Perfume Sweetheart by DD Cosmetics


Assalamualaikum Hai.


Perfume memang penting sangat sangat bagi kita perempuan ni kan. Bagi Nad, memang wajib pakai perfume ke mana saha. Walaupun cuma untuk turun ke food court beli makanan hahahah. Kena jugak pakai. Rasa macam tak complete kalau bersiap tanpa perfume. Kadang tu dah keluar rumah sanggup masuk balik semata-mata nak pakai perfume sahaja. That's just how important it is.


So baru baru ni, Nad ada try perfume baru which is Sweetheart by DD Cosmetics. Bau dia masya Allah sweet gila!! Hahahahaha. Sekali sembur je lepastu terus cakap kat adik eh wangi kan. Dalam banyak banyak perfume, sejenis bau ni memang Nad tak pernah ada lagi. So memang excited lebih sikit! Rasa macam an new me hehe. Bau dia camne eh nak cakap dia bau sweet. And takdelah terlalu kuat sampai pening tapi tak terlalu soft. Dia in between hehe.

Okay. Lagi lagi kenapa korang kena try? Sebab bau dia memang setanding bau international perfume! Bau dia jugak tahan up to 12 hours, So tak perlu risau dah tak wangi ke apa k. Bau tu memang melekat je haa kat kita. Nak solat pun tiada masalah sebab perfume ni mesra solat! Ya Allah bestnya kan. Bau dia pun buat kita rasa bersemangat je.


Apa pun, korang jangan risau. Even dia kecil (30ml) tapi dengan sekali semburan pun dah cukup. Serious talk! Botol dia pun kecil senang nak bawa ke mana saja. Confirm muat punyalah masuk dalam bag tuu. Harga dia pun berbaloi hanya RM49.90. Bagi Sabah Sarawak pula hanya RM59.90. Kumpul duit sikit dah mampu nak beli dah. And yes, mesti korang akan jatuh cinta punya lah dengan bau dia. Sedap sangat!

Nak tahu lebih lanjut boleh visit blog ni ye..



Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

WW : Finding Motivation


Assalamualaikum Hai.






11 Syawal : Beraya Rumah Kawan Kawan


Assalamualaikum Hai.

Walaupun dah nak penghujung Syawal, rasanya sempat lagi nak update untuk 11 Syawal ni hahahahha. I don't care. Must share to you guys juga. Setelah beberapa tahun Nad langsung tak dapat turut serta kawan kawan beraya disebabkan Nad study jauh and cuti sekejap tak pun kerja bermati-matian. Akhirnya tahun ni berkesempatan nak join alhamdulillah yeay.

So after pergi wedding haritu, Nad terus sambung beraya dengan kawan kawan pergi open house sana sini. I must say it was fun! Hahahhahaha. Seronok sangat dapat jumpa balik kawan kawan sekolah menengah, catch up latest stories and throw back memories. Eh semua lah!



Disebabkan class Nad dulu tak ramai sangat perempuan Melayu, so boleh dikatakan bonding antara kitorang agak rapat juga lah. Sebab hadap muka muka tu je kan ahahha. Pastu dah alang alang Nad naik kereta dengan Acap and Ajik, Nad angkut je diorang ke sini walaupun kenal tak kenal hahahha nasib!



Nak dijadikan cerita, hujan pulak time tu. So beraya di rumah kedua ni agak lama hahaha. Berjam juga lah sementara nak tunggu hujan reda kan. Haaa amik, family picture sekali ha siap package dengan kucing kucing semua tu.


After that banyak lah lagi rumah. Malam tu baru Nad dengan Acap beraya di Kajang. Tinggal kami berdua je, yang lain busyyy. My first impression about the house, wow! Wow! Okay, i might be jakun here but T_T Please lah. Dulu selalu berangan tengok Teen Crib sebab rumah diorang bapak besaq dengan pool, teater, bowling eh and besar lagi lah tahu lah omputih punya kaya tu macam mana.

Sekali rumah yang Nad pergi ni okay 3 tingkat tu normal. Tapi dalam dia ya Allah subhanAllah, baik betul akak tu siap buat house tour k! Kami sempat lagi masuk bilik wayang dia ber karaoke semua, ber-boxing dalam gym, ber skywalk dengan lantai glass tu, tengok depan mata my dream closet. Nak pengsan! Selalu tengok dalam tv je.

Maka, dalam beberapa hari lagi akan terhasil lah entry My Dream House! Hahahahha izinkan saya berangan :)


And nawh, Ecah. Bff since 2010, always be my fav girl love you.

P/s : Okay dah la dah habis raya dah pun kan byeee.

[KOREAN DRAMA ] Beautiful Gong Shim


Assalamualaikum Hai.

Beautiful Gong Shim atau tajuk lainnya Pretty Ugly. Hehe yeayyy dah khatam another drama. Drama ni baru je habis dalam beberapa hari yang lepas. So elok lah Nad share dekat korang. Boleh terus marathon je takyah nak tunggu tunggu next episode. Kan kannn? Bookmark dulu ye kalau rasa nak tengok nanti nanti :)

Beautiful Gong Shim


Sinopsis Beautiful Gong Shim

Mengisahkan tentang 2 beradik perempuan. Si kakak (Seo Hyo Rim) memang cantik dan pandai. Kira full package lah. Si adik (Min Ah) pula ada masalah rambut, kurang bijak dan lame. Tapi, hati dia memang baik dan caring dan penyayang. So kebiasaanya, full attention akan dapat pada si kakak cause you know, people do judge our appearance.

Kemudian, ada pulak 2 orang lelaki. Seorang lawyer (Nam Goong Min) tapi hidup susah. Duduk pun dekat apartment kecil dan memang hidup susah sedari dulu lagi. Lagi seorang (Ohn Joo Wan) pula lahir lahir memang dah dalam keluarga kaya raya dan mempunyai syarikat besar. Kira dia lah pewaris syarikat tersebut.

Namun, ada kisah di sebalik semua ni. Dan kedua-dua orang lelaki tu suka dekat si adik :p Haaa takmo cerita lagi dah. Saksikan~


Beautiful Gong Shim





Beautiful Gong Shim

Beautiful Gong Shim

Released : 2016
Genre : Comedy, Romance
Episode : 20 episodes

P/s : Entry ni ditaip dalam keadaan tergendala 5 jam sebab takde electric TT_TT

Selamat Pengantin Baru Fairuz Fadilah


Assalamualaikum Hai.

Yeayyy another friend of mine dah selamat bernikah. Dalam ramai ramai yang kawin, ini baru wedding kedua yang Nad dapat pergi (dalam batch Nad). Invitation tu memang banyak tapi masa and keadaan yang tak berapa nak mengizinkan sangat. Kadang tu memang ada hal lain tapi kadang tu Nad memang tengah dekat UiTM Permatang Pauh so tak dapat lah nak join any wedding dekat Selangor ni.

Walaupun ni wedding kedua yang Nad dapat pergi, tapi Fairuz ni adalah classmates first perempuan yang kawin class kitorang! Bayangkan la eh dah la perempuan Melayu class kitorang cuma dalam 11 orang gitu je sebab yang lain lain mostly Chinese Indian, haa lagi lah kitorang punya excited kawan nak kawin tu macam apa je dahhh. 


Tahniah Fairuz!

Senyap senyap pun jodoh sampai awal je tau haa dia ni. Alhamdulillah. Study dekat Penang, dapat pun orang Penang ehhh? Maka duduk Penang lah jawabnya hahaha. Semoga bahagia selalu and berkekalan selamanya tau! Happy happy je tau. Semoga dipermudahkan segala urusan and dapat family besar besar nanti!


And nahhh, the four of us reunited! Last meet up was back in January i guess haha!
Missing each of you so much.
Tapi sekarang da tak rindu dah. Nope.


#motd

 P/s : Dah penat pergi wedding orang je ni. Wedding kita bila lagi? Eh.
Powered by Blogger.