Gua dapat PLKN!

6:52 PTG

PLKN PLKN PLKN! Waa, sekarang nie semua sibuk nak check plkn tuh, termasuk la jugak aku. Tapi aku lambat sikit la -.- pasal line dia asyik tak dapat jea. Lambat pun lambat la. So bila dah dapat tengok sendiri perkataan Tahniah tu, aww, bukan main puas lagi hati aku HAHAHA. Time tu baru la aku percaya aku memang betul betul dapat plkn. Bestnye bestnye :P Tak sabar pulak, kalau boleh esok jugak aku nak pergi *melampau
Apape pun, ada beberapa kesimpulan yg aku dapat buat antara kebaikan and keburukan bila aku terpilih masuk plkn nie


Kebaikan :

1-Dapat ramai kawan.
   Yeah. Bila dah stay kat camp tu sampai 3bulan, mustahil lah kalau engkau tak dapat pun sorang kawan kan. Gila tu namanye. Sedangkan camp yg cuma beberapa hari je kau dah boleh make friends dgn ramai orang kan. Lagi lagi lah 3bulan, dah macam 1family gamaknye. Dengan macam macam jenis bangsa lagi, pengalaman betul

2-Dapat turunkan berat badan dan berdisiplin.
   Hahaha :P Yela, even kat camp tu dia bagi ko makan sampai 6 7 kali sehari, tapi berat badan ko tetap boleh turun. Jadual kat sama pack gila sampai semua kerja kau kena rush. Then, macam macam aktiviti berkumpulan dia nak bagi kau rasa seperti mendakibukit, berkhemah, latihan lasak dan sebagainya

3-Pengalaman yang berharga.
   Yea, yang ini confirm confirm lah kau akan dapat. Macam macam activity yang selama nie kau tak pernah buat, kau akan dapat pengalaman tu kat sana. Lagipun banyak kerja kerja amal and activity yang menyeronokkan. So takda lah kau bosan kan. Confirm seronok weh -.- pergi pun belum aku nie


Keburukan :

1-Semua rancangan lepas SPM terbengkalai.
   Ye ah, sebelum kau tau kau terpilih masuk plkn, mestilah ko dah rancang macam macam yg ko nak buat lepas habis je spm. Contohnye cam ambil lesen kereta, masuk kelas bahasa, kerja, lepak hari hari dll. Tapi, semuanye hancuss gara gara kena masuk plkn :'( apa boleh buat

2-Kena tahan nafsu.
   Nafsu yang aku maksudkan kat sini bukan nafsu makan tau sebab makan tu ko boleh melantak pun kat sana. Maksud aku nafsu nak surf internet, nak calling calling, texting, shopping. . Haaa, ko kena tahan semua tu. Apa ko ingat dia bagi ko pergi shopping hujung minggu online segala bagai? Takda takda, harus bisa tahan semua tu

3-Perkara yang tak diduga.
   Like siapa tahu akan jadi apape time ko kat sana. Malas nak cakap banyak. Kesimpulannya, kau kena pandai jaga diri lah. Masing masing dah besar kan :P Hehe

Apape pun, saya tetap excited nak g plkn! Hehe
Eh, ada contest baru. Moh usha SINI

You Might Also Like

10 ulasan

  1. thniah..
    byk pglaman bru leh dpt tu..

    BalasPadam
  2. srius PLKN best..:)

    mrs penah dpt dlu kat kem benum hill resort..

    srius best..:)

    BalasPadam
  3. selamat berPLKN.. cikmas dulu pernah kena PLKN masa 2006 kat kluang.. tak sangka2 pemergian cikmas yang sengal2 ke sana akhirnya dapat jugak anugerah wirawati terbaik.. dan jadi ketua SKUAD WIRAWATI, johan pertandingan kawad kompeni (masa tu cikmas ketua skuad kompeni alfa).. banyak sangat kenangan yang tak dpt nak lupakan.. harap2 awk pun kena jadi cm cikmas, mc orang lain2 jugak.. :)

    cuba carik peluang sehabis baik masa kat sana, jaga diri baik ye.. makan 6 kali sehari, makanan plak sedap2.. so memang tak kan jadi kurus kot, tapi badan jadi makin tough! hehe

    kamu kat sana nanti timbalah pengalaman berharga di sana.. kenal and jaga persahabatan dengan kwn2..apepun tahniah and gud luck sayang!! chaiyok!!! :)

    BalasPadam
  4. haha.. congrates dapat PLKN..hee~

    BalasPadam
  5. ramai yang pegi plkn berat badan naik taw haahha . jangan isau . depend jugak . tapi kat sane best gila ;D

    BalasPadam
  6. ramai yang pegi plkn berat badan naik taw haahha . jangan isau . depend jugak . tapi kat sane best gila ;D

    BalasPadam
  7. hehehe, sumpah,PLKN best meyh!!!!
    lyana pown macam 2 mula2, tapi, kat sana, ada kelebihan yg mana kita xperlu pikir papew problem, member confirm ramai, cuma satu jewplah-jadi diri sendiri n kena pandai pilih kawan :)

    mesti adik dapat ramai member:D

    BalasPadam