Jangan makan guna tangan kiri yea

6:28 PTG


Selamat menyambut bulan puasa ;)


Alkisah..
Seorang kakak sedang berbuka puasa dengan menggunakan tangan kiri. Er, maklumlah, tangan kanan sudah terkena lauk pauk. So, tangan kiri digunakan untuk memakan buah. Tiba tiba, si adik yang berusia 6tahun berkata "Janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana bahawasanya syaitan makan dengan tangan kiri". Si kakak was like =.=  

Kemudian si adik terus blah. Tidak berapa lama kemudian, si adik datang semula dengan membawa kitabnya di sekolah. Dia terus membuka buku tersebut sambil meneruskan ceramahnya. Antaranya :
- Bermula yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata
- Sinarilah rumah rumah kamu dengan sembahyang dan membaca al quran
- Ziarahi kadang kadang, anda akan beroleh kasih sayang
- Sebaik baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain
- Cintailah tanah air itu sebahagian daripada iman
- Ulama itu pewaris Nabi
- Sembahyang itu tiang agama


See? Hebat tak adik aku? -.- Si kakak iaitu saya hanya mendengar sahaja si adik mengulang ulang ceramahnya. Aku redo. So agak agak siapa yang nak mencuci telinga dan membersihkan hati di bulan yang mulia nie, silalah, jemput datang rumah. Free free adik aku boleh bagi HAHAHA :P

You Might Also Like

6 ulasan

  1. huhu...bgus tul adik die..hihi ;)

    BalasPadam
  2. hahaha. stail giler lah adik nad. adik ainaa pon slau nasihatkn ainaa. =.=

    BalasPadam
  3. bagus nye adik. bertuah2..

    BalasPadam
  4. dah paham da orang macam kamoo~

    BalasPadam