Adnan Sempit 2

10:14 PTG



Wee~ Okay dah basi dah ye? Kauorg semua dah tengok ye? Haha tapelaa, na update jugak. Disebabkan keboringan yg melampau, si Nadzirah ajak layan Adnan Sempit 2 niy. Saya yg terlampau banyak masa free setuju jer.



Filem Adnan Sempit 2 merupakan sambungan dari sekuel dari Filem Adnan Sempit arahan Ismail Bob Hashim dan merupakan Filem Melayu yang mencetuskan idea dan fenomena dalam industri Filem Malaysia. Wahhh gitu! Actually, aku merupakan peminat setia pengarah Ismail Bob Hashim dan semua filem dia, aku follow sebab genre yang dia selitkan takde yang mengecewakan aku.

MG 9427 Review Filem Adnan Sempit 2 l Sinopsis dan Trailer

Korang dah tengok trailer Filem Adnan Sempit 2? A must watch movie yang boleh buat korang pecah perut kat panggung. Kali nih mengisahkan Adnan yang dah diterima oleh bakal mertua tapi perlu melalui beberapa halangan untuk bersama dengan Nadia. Boleh dikatakan semua watak yang diselitkan dalam Filem Adnan Sempit 2 nih menjadi dan nampak keserasian dari Ibu dan Ayah Nadia sampailaa watak bobby dengan Wawa.

Plot antara Adnan dan Nadia nampak sweet gila terutama bila bahasakan diri ”Mama dan Papa”dengan riak muka Adnan yang bersahaja tambah pulak dengan watak Nadia sebagai anak orang kaya tapi tak menjengkelkan walaupun lebih kepada untuk menjadi gediks! Sungguh aku terasa seronok dengan lakonan Intan Ladyana yang lembut dan sopan tapi manja. Setiap scene antara dorang nampak as a lovely kapel dan thumb ups kepada pengarah sebab berjaya menghasilkan elemen real life ke dalam filem tanpa cacat cela. Terbaik punya!

MG 0707 Review Filem Adnan Sempit 2 l Sinopsis dan Trailer

Selalunya dalam filem mesti  a few aje watak yang buat kita tertunggu – tunggu nak tengok adegan seterusnya tapi overall filem ini dari Adnan sampai watak Bobby dan parent si Nadia, semuanya aku tertunggu – tunggu. Setiap scene aku bantai gelak sampai berpusing kiri kanan dengan mata yang berair sebab tak tahan ketawa sampai pecah perut belum lagi dengan orang sebelah aku yang macam – macam aksi dia gelak.

MG 9075 Review Filem Adnan Sempit 2 l Sinopsis dan Trailer

Wawa dan Bobby, perghhh pasangan bercinta yang kerap gaduh sebab sikap bobby yang acuh tak acuh. Bobby nih ada stall burger tapi boleh sampai orang curik barang dalam stall pun dia tak sedar. Setiap pelakon dalam Adnan Sempit 2 nih bagi aku ada unsur humor sebab lawak tak nampak plastik.

MG 4371 Review Filem Adnan Sempit 2 l Sinopsis dan Trailer

Paling aku suka dengan lakonan Yana Samsudin. Haruslah kan pelakon kesayangan kot! Dalam Adnan Sempit 2, Yana berlakon sebagai Wawa yang kapel dengan Bobby (along Cham) dan jugak kawan baik pada Nadia. Paling kelakar tang menjual ubat hah mention aje ubat apa nak ubat serapat, krim luka woaahhh semua ado! Ehhh tengok pada gambar Wawa macam main kayu tiga kan? Well, yang tuh korang kena tengok sendiri la betul ker Wawa dah beralih arah. Kahkahkah!

MG 7489 Review Filem Adnan Sempit 2 l Sinopsis dan Trailer

Dah nama pun Adnan Sempit huii tak rock kalau takde adegan merempit kat jalan. Rempit antara Adnan dan Bobby dengan motor Modenas sampai semalaman perghhh kelakar habis. Masuk part rempit memang aku kaw kaw punya gelak.

MG 7610 Review Filem Adnan Sempit 2 l Sinopsis dan Trailer

Hampir semua pelusuk dorang masuk dari shopping mall sampailah kat pasar. Paling kelakar tu haaa bila kena turunkan motor melalui tangga. Siap Adnan boleh tolong usung sekali padahal motif awal merempit sebab nak kejar Bobby.

MG 1432 Review Filem Adnan Sempit 2 l Sinopsis dan Trailer

Overall aku suka gila dengan Filem Adnan Sempit 2. Setiap saat pun aku tak bosan cuma ada beberapa scene yang menganggu sikit terutama dari satu babak ke babak lain macam banyak jump. Ada satu part antara Wawa dan Bobby yang gaduh tapi tiba – tiba dah berbaik? Kurang jelas sikit part tuh tapi still lakonan dorang membantu kekurangan yang ada.

Mungkin persepsi aku pada Rempit lebih kepada perempuan yang tak bertudung tapi dalam nihh first time aku tengok Minah Rempit yang pakai skaf tertutup. Bagi aku, sedikit kureng sebabnya macam tak sesuai walaupun realitinya memang ada. Spoil mood nak bergelak ketawa sebab macam mencacatkan maruah orang yang bertudung? Mungkin. Itu pandangan aku. 90% aku suka gila dengan filem nihh jadi aku rekomenkan korang untuk pergi tengok cepat – cepat. Rating? Aku bagi 4.5/5 bintang!



Sumber : Pen Merah


< Siapa belum tengok lagi? >
< Pergilah tengok cepat, lawak cerita niy >
< Kebetulan line sit aku dgn Nadzirah sume kitaorg dua je >
< Sit couple pun ta ramai >
< Memang panggung tu macam kita yg punyaa >
< Gelak kemain semua >

You Might Also Like

1 ulasan

  1. tak sempat nak tengok citer ni la..
    busy kot =..="

    BalasPadam