8 panduan bagaimana menjana pendapatan sampingan

11:40 PG

  


Siapa yang kat sini banyak lagi masa terluang? Taktahu nak buat ape? Haa korang boleh try lah aktiviti-aktiviti kat bawah ni yang boleh membantu korang menjana pendapatan sampingan :D Berminat? Boleh baca sampai habis~


1- Mengajar

Setiap manusia mempunyai kemahirannya tersendiri. Lebih baik sekiranya kemahiran yang dimiliki itu digunakan untuk mengajar orang lain demi kebaikan bersama. Secara tidak langsung ia dapat membantu menjana pendapatan sampingan seperti mengajar tuisyen, mengaji, kelas memasak, menjahit dan sebagainya.
Selain itu, anda juga boleh menjadi jurulatih atau memberi khidmat nasihat mengikut kepakaran yang dimiliki dengan mengadakan seminar atau motivasi. Ramai cikgu, konsultan atau bidang-bidang professional yang lain menggunakan cara mengajar ini untuk menjana pendapatan tambahan.

2- Penulisan

Mungkin anda seorang yang suka untuk meluahkan seseautu pendapat melalui penulisan. Pada zaman Internet kini, ia lebih memudahkan anda untuk menjana pendapatan sampingan melalui hasil karya. Misalnya, anda boleh menjana pendapatan melalui blog yang dibina sendiri ataupun menjadi penulis jemputan untuk laman web.
Selain itu juga, sekiranya anda berbakat anda boleh mencuba nasib dengan menghasilkan novel, cerpen, skrip atau sebagainya dan manalah tahu sekiranya anda bernasib baik untuk dipilih.

3- Percakapan

Sekiranya anda merasakan dengan hanya bercakap mampu untuk mempengaruhi orang lain, cari pekerjaan sampingan yang bebas untuk dilakukan seperti ejen menjual insurans, ejen produk kesihatan, ejen jualan kad prabayar atau sebagainya.
Ramai juga diantara mereka menjadikan pekerjaan sampingan ini sebagai sumber pendapatan tambahan dimana mereka boleh melakukan kerja ini di tempat kerja, di tempat belajar, di rumah atau dimana-mana sahaja.

4- Jual Barang Yang Tidak Digunakan

Sekiranya anda memiliki barangan yang sudah tidak dipakai namun masih elok, lebih baik dijual berbanding menyimpannya. Ia juga secara tidak langsung akan membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan.
Anda juga boleh membina blog anda sendiri untuk memasarkan barang yang anda ingin jual atau mewujudkan akaun di facebook untuk melancarkankan lagi penjualan barangan terpakai anda. Jadi selain dari menambah pendapatan anda, anda juga dapat membeli semula barangan baru dengan hasil jualan barangan lama anda.

5- Masakan

Sekiranya anda mempunyai kemahiran ini, tiada masalah untuk anda menjana pendapatan sampingan jika anda bijak mencari peluang. Anda boleh mewujudkan buku resepi anda sendiri dan buku resepi ini anda boleh jual melalui internet kerana sambutan amat hangat mengenai resepi masakan.
Selain itu juga, anda boleh mengadakan kelas memasak untuk mengajar mereka yang ingin memepelajarinya. Zaman kini ramai wanita yang tidak pandai memasak bahkan ada juga golongan lelaki yang ingin belajar memasak. Anda boleh mulakan pekerjaan sampingan ini di rumah anda sendiri.

6- Sewa

Sekiranya anda memiliki banyak aset berharga yang mungkin orang lain tidak mampu, memberi khidmat sewaan adalah idea bijak untuk menambah lagi sumber pendapatan anda.
Contohnya anda mempunyai kereta yang tidak digunakan, anda boleh membuat perkhidmatan kerete sewa. Begitu juga alatan-alatan pertukangan seperti drill, tangga, atau sebagainya juga anda boleh sewakan kepada yang memerlukannya.

7- Menawarkan Perkhidmatan

Mungkin ramai yang berminat untuk berkebun tetapi tidak banyak yang suka untuk menguruskannya atau menguruskannya secara perseorangan. Tawarkan perkhidmatan yang sering mendapat permintaan daripada orang ramai seperti menjaga kolam ikan, memotong rumput atau sebagainya.
Dengan ini anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan tambahan tetapi anda juga boleh membina reputasi di antara anda dan orang lain dimana anda boleh melebarkan lagi hubungan kemasyarakatan anda.

8- Teknologi

Sekiranya anda mempunyai kemahiran teknologi seperti membina laman web atau grafik anda juga gunakan kemahiran yang ada pada diri anda ini untuk menambah sumber pendapatan anda.
Ramai pereka grafik yang mengambil tempahan menghasilkan grafik secara sampingan seperti menghasilkan kad perniagaan, laman web, editing gambar dan sebagainya.

You Might Also Like

23 ulasan

  1. apa yg penting adalah usaha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :)
      tapi kalau usaha,biarlah dgn cara yg bijak.
      :)

      Padam
  2. nak duit turun dri langit la..haha

    BalasPadam
  3. agree with all that...bijak2....

    BalasPadam
  4. jalan-jalan singgah mengomen kat sini..hihihihi

    BalasPadam
  5. usaha mcari rezeki yang halal :)

    BalasPadam
  6. salam ziarah ...
    yup! yang penting ada keinginan nak ubah hidOp ... usaha yang berterusan jugak penting ...

    jOm singgah sini tentangbOolan.blogspot.com

    BalasPadam
  7. no 5 tu saya memang fail la. wawawa. yang 2 ok kot.

    BalasPadam
  8. berusaha mencari rezeki..insyaAllah akan beroleh kejayaan suatu hair nnti. syieda pun nak jugak la bt mcm ni -.-

    BalasPadam
  9. ni nak komen pun kena bayar jugak ker?... haaa3x

    nice info.... suka pada no 4.. tu yg selalu letak barangan kat Mudah.com... dari membazir dan bersepah di rumah baik jual murah2x je...

    BalasPadam
  10. okay, berguna and akak tertarik nk follow these steps cume segan.. hihi =)

    BalasPadam
  11. saya pulak ada blogshop..at least boleh tambah pendapatan sendiri :)

    BalasPadam
  12. Asalkan ada usaha dan kehendak...
    Pasti ada kejayaan...

    BalasPadam
  13. senang je nak buat duit skrg kan.
    x semestinya kene blaja tinggi2 :)

    BalasPadam
  14. yang perkhidmatan tu cam menarik.hak3

    BalasPadam
  15. btol btol..tpi yg paling penting,kena berusaha..kan..:)

    BalasPadam
  16. Cara mudah untuk menjana pendapatan sampingan dengan hanya menjual topup prepaid pada kadar keuntungan yang tinggi. Sila layari 3gtopup.blogspot.com

    BalasPadam
  17. I think is very good idea,,,,

    BalasPadam
  18. Good idea for life,,,

    BalasPadam
  19. tq...bagus info di atas kalo diikuti :)

    BalasPadam