6 Cara Jimatkan Penggunaan Elektrik

12:36 PG


Hi Assalamualaikum.



Baru-baru ni dengar cite bil elektrik dah naik. Ke tarif? Eh entahla. Tapi kalau dah naik tu apa lagi? Jom la kita amalkan cara-cara untuk jimatkan penggunaan elektrik ni. Takdelah dok membazir lepastu duit semua ke arah untuk bayar bil. Kalau jimat sikit kan duit tu boleh buat makan sedap-sedap sikit. Eh. Nahhh cara-cara nak jimatkan penggunaan elektrik dekat rumah korang :




Jangan Guna Terlalu Banyak Sabun Ketika Membasuh Baju

Point yang ni untuk yang basuh guna mesin lah ye. Yang basuh guna tangan tu haa, membazir air je tak membazir elektrik pun. Terlalu banyak sabun buat mesin basuh ni bekerja lebih keras dan seterusnya guna lebih banyak tenaga. So, elektrik pun dia charge lebih la.





Gunakan Lampu Mengikut Kesesuaian

Contohnya cam korang nak gi toilet. Bukak la lampu toilet sahaja. Jangan disebabkan takut memalam sepanjang hallway nak ke toilet korang bukak lampu hahah. Tak pun time nak baca buku, guna lah lampu khas untuk buku sahaja. Tak semestinya bukak lampu sebesar-besar ruangan tu pun.








Matikan dan Cabut Plug Apabila Tidak Digunakan

Matikan suis. Okay itu normal. Memang ramai yang buat untuk save elektrik. Tapi cabut plug? Rasanya tak ramai yang buat. Sama macam Nad jugak. Sebab leceh dan malas. Nanti kalau nak on kena plug in balik. Haa kan dah malas. Tapi sebenarnya kalau tak cabut plug tu, alatan elektronik kita tu berada dalam stand-by mode, so arus tetap berjalan even berkurang.

Big thumb 5c61





Kurangkan Masa Mandi

Kurangkan masa mandi ni bukan lah maksudnya takyah mandi. Maksudnya cam kalau biasa korang mandi 30 minit, kurangkan lah jadi 10 minit pun dah cukup kot. Mandi lelama ni bukan setakat membazir elektrik lampu, tapi jugak heater haa. 

Big thumb 2495




Gunakan Lampu Pendarfluor

Gunakan lampu pendarfluor. Walaupun kos pemasangan mungkin lebih mahal, tetapi cahayanya lebih terang dan bayaran bulanannya jauh lebih murah. Lampu ini juga menggunakan 75% kurang tenaga dan tahan lebih lama.






Gunakan Penghawa Dingin Hanya Jika Cuaca Terlalu Panas

Kebiasaanya, kekerapan penggunaan penghawa dingin adalah lebih daripada alatan elektrik yang lain. Bukan sikit, 16% kot. So caranya, mohon switch off aircond tiap kali nak keluar rumah or tak ada dekat ruangan tersebut. Bukan apa, kadang orang saja biar aircond on nak bagi ruangan tu sejuk dulu. Pembaziran Pembaziran.






Yeayyy akhirnya habis jugak. Dah baca tu sila lah amalkan. Sambil-sambil boleh jimat & kurangkan bil elektrik untuk bulan-bulan yang akan datang. Sekarang ni semua benda nak naik kan? Dengar cite terbaru, harga tol pulak nak naik. Betul ke? Be prepared eh~


You Might Also Like

39 ulasan

  1. dah start berjimat dari awal tahun lagi....sebab najib dah bagitau awal ..ekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhh, bagus abg Jaymie sediakan payung sebelum hujan :)

      Padam
  2. Tips berguna
    Tapi anak2 akak..kalau lepas tengok cerita seram...siang hari pun nyala lampu.. haru kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe takpe kak, slow slow.. Anak tula yang kena kawal :) Mesti kecik-kecik lagi ni kan

      Padam
  3. Tu la. Lagi senang pakai cahaya bulan je waktu malam... hahahhaa...=P

    ZH Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak pun tidur awal :p Save sikittt

      Padam
  4. kena blaja berjimat ni...hihi..nice tips..tahun depan serba serbi naik..gaji x jugak naik2..aptb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul, kena belajar berjimat :) Haha gaji tu memang lambat la kak

      Padam
  5. Assalamualaikum
    harap boleh tolong klik link dan LIKE..

    1st. join group .
    https://www.facebook.com/groups/180902235420660/

    2nd. LIKE this picture
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200865524465175&set=oa.226545554189661&type=3&theater&refid=13

    p/s: kalau nak exchange LIKE utk contest yg awk join nnti just msg me ^^
    nanti saya tolong awk pula
    dah like pm done ^^ thank you

    BalasPadam
  6. nice tips kak :D alelelew papa najib dah warning, jadi kena start amalkan dari sekarang, hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe betul tu Alis. Tak berjimat, kita jugak yang susah kan

      Padam
  7. i tried my best tau nak berjimat ni. but yaa. duduk dengan family. phm je lah. aircon dlm bilik masing masing. susahnya i nak tolong control kan. bila guna aircon i rasa mcm rosakkan bumi. hahaha. rumah i tak guna lampu pendarfluor. i thought that's the one of factor bil eletric high. kan. hm.

    okay okay. thank you so much fr sharing. bye.
    heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh mesti guna lampu neon kan ni? Romantic jela rumah Nurul eh? Hew

      Takpe, slow-slow.. Memang susah la nak control satu rumah kan
      Hehe

      Padam
  8. Suka entry ni! Akak tak pernah namapk pun lampu utk baca buku tu. Serius style.. Anyway letrik maybe akan naik, huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe mekasih ;) Tulah, lampu tu rare!! Haha susah nak dapat kot

      Padam
  9. nice tips...nanti bleh try. hee :D

    BalasPadam
  10. oo baru tau kalau sabun banyak, mesin guna elektrik lebih. nice.!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hee sama lah kita, Nad pun baru tau jugak ><

      Padam
  11. pakai lilin je pun okay.. hahaah..

    nice tips..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tunggu letric mati baru pakai lilin. Romantic gitu :p

      Padam
  12. kena berjimat lah kan,hehe... :)
    nice sharing,kak nad :D

    BalasPadam
  13. ehehehehheheehehe nak beli lampu khas untuk buku tu lah heheheh

    alaaa. Yang basuh baju tu :/
    Selalu terbubuh banyak sampai meletup buih hahahahah
    Thanks kak naddddddddddd <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belikan akak sekali QIlaaa! :D Hehehew

      Qila ni -.-" Haha memang seronok main buih banyak banyak ekeke

      Padam
  14. serius tips kat atas kalau amal betul memng berkesan..tambah2 tarikh elektrik dah naik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Terpulang kat diri kita la sebenarnya..

      Padam
  15. Hahhaa :) Kurangkan masa mandi. Kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kantoi mesti Abell selalu mandi lama kan? :p

      Padam
  16. hm..dduk dlm gelap jela pasni. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala jgn cedih kak Liza. Kita mesti boleh punya kurangkan penggunaan tu :)

      Padam
  17. letrik nak naik nex year, pakai lilin n kipas tgn je ..huhu :)

    BalasPadam
  18. Haha.. tapi kalau saya baca buku macam tu mesti kena marah :3 Rumah saya tak ada air-cond :D !!!

    BalasPadam
  19. Haa betul tu nak jimat, guna penghawa dingin bila betul-betul panas lembap sahaja.

    BalasPadam
  20. Bab mandi 2 minit tu tak leh tahan, tapi ape pon tips yang sangat bagus. berjimat itu adalah terbaik.

    BalasPadam