RIP : Paul Walker Kemalangan dan Meninggal Dunia

7:09 PG


Hi Assalamualaikum.



Dari semalam lagi bila scroll timeline asyik jumpa je orang dok kata RIP Paul Walker blablabla. Eh betul ke dia dah mati ni?  Macam tak peprcaya. Kadang berita camni tak betul sgt kan. Kadang saja nak buat gimik je, hmmp. Tapi bila Nad baca-baca balik cerita nampak macam betul pulak hahah.



Ini cerita dia :



Paul Walker (pelakon Fast & Furious) telah meninggal dunia dalam satu kemalangan pada 30 November 2013 dalam satu kemalangan apabila beliau (penumpang) dan rakan memandu GT Porsche dan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu.

Menurut sumber, Paul Walker menumpang kereta kawannya untuk menghadiri acara amal untuk membantu mangsa taufan Haiyan Filipina di Santa Clarica.

Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya dua hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast & Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.









Ni muka yang katanya dia kemalangan tu. Ngeri kot. Tapi meninggal dunia tu taktau lah. Harap-harap lah tak :( Nad cerita Fast & Furious 7 dia jugak! Dah la handsome. Harap cerita ni gimik je lol


You Might Also Like

40 ulasan

  1. rasanya sebagai umat islam tak dibolehkan untuk kita mengucapkan perkataaan RIP tu Nad....ada sebab-sebab yang dilarang dalam islam.harap maklum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf maaf :( Thanks abg Jaymie tolong tegur

      Padam
  2. Huhuuu..ngeri tengok keadaan kereta tuh...betul Nad...dahla hensem...tapi klau dah ajal dia...kan...takder la sambungan Fast & Furious 8 plak nnti...

    Apapun...kita tunggu berita sahih nanti...


    x0x0 ^___^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula, nampak teruk je kan?

      Betul tu, dah ajal dia :)

      Padam
  3. ada org kata dia still hidup tpi taktaulah betul ke tak :/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun ada dengar jugak Mazni :) But now, memang dah confirm Paul dah meninggal..

      Padam
  4. ramai jugak org yg masih blm percaya tentang perginya pelakon ni ea..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe percaya....... Cuma kurang boleh terima je Niesa hehe :p

      Padam
  5. wah...smalam sempat tengok pic kreta remuk dia je..tak sempat plak search muke dia...terok lha sampai gitu skali :S

    BalasPadam
  6. saya tak pernah tonton citer nie. so, saya tak kenal dgn paul. kikikiki btw, memang sana sini penuh dgn muka dia sekarang nie -.-

    BalasPadam
  7. kat twitter pun heboh pasal ni. leen pun suke gak cerita tu. lepas ni tak best la kalau takde die ;___; gambar bawah sekali tu menakutkan la ._.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha semua tempat tgh kecoh pasal dia sekarang. Tulaa ;(

      Padam
  8. eee ngerinyer. xleh nk komen pjg2 kebusyan sgt ni ! mengejar waktu lunch tuk terjah laman kawan2 !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe busy busy pun luangkan masa utk comment. Terima kasih Kesuma :)

      Padam
  9. Kannnnn dah lah hencem gila heheheheheheh harap tak mati lah haih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu ah pasal kan Qilaaa. Tapi takleh buatpe, dia dah takde dah T_T

      Padam
  10. gambar tu orang lain. huhu.. sbb mata tak sama.
    :) tapi sedih la nnti tak best dah fast n furious

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke ni Liza, acano nak nampak beza mata tuu

      Tula pasal en, nak try tengok kalau takda dia best ke tak hehe

      Padam
  11. kasihan, dah ketimpa kemalangan, banyak orang publish cerita dan foto-foto macam tuh, padahal tak buleh lah, harusnya yang elok-elok mereka orang publish kat blog nih,,, :)

    BalasPadam
  12. semalam heboh cakap dia meninggal.
    Lepastu ada yang cakap sebenarnya dia masih hidup..
    tak tahulah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hee sekarang dah pasti. Dia dah takde :/

      Padam
  13. Balasan
    1. Dah kak Leeza, jgn tengok lama-lama sgt T.T

      Padam
  14. betul la cite ni coz ada masuk dlm berita.. :)

    BalasPadam
  15. ngeri ny gambar tu.. tak best la nanti cite fast furious dia dah takda.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulaa, harap harap la jalan cerita and pelakon hyang ganti Paul tu nanti best hehe

      Padam