Tonton Ariana Rose (The Wedding Breaker) Online Full Episode

12:01 PG


Hi Assalamualaikum.



Sejujurnya Nad memang tak layan ah cerita ceita camni. Mr Arrogant la, Sebenarnya Sya Isteri Dia la, Playboy Itu Suami Aku and banyak lagi lah cerita dekat tv3 tu. Rasanya memang semua Nad tak tengok. Pastu tadi jenjalan usha usha blog pastu ternampak cerita The Weeding Breaker ni. Baca sinopsis eh macam best je ekeke.





Sinopsis

The Wedding Breaker mengisahkan tentang Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal.

Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana.

Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan .

Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya.




Haa dah baca sinopsis tu agak agak best tak cerita ni? Bagi Nad agak menarik jugak lah. Kalau korang nak tengok online ataupun download, boleh la pergi dekat link-link ni. Nad In Shaa Allah kalau ada masa baru tengok ehehe







You Might Also Like

22 ulasan

  1. tak sanggup nak tunggu setiap hari depan tv hehehe

    BalasPadam
  2. jahat beno tengku adam tu yep...tak suke tak suke...wkakakakka

    BalasPadam
  3. lani drama apa pon mesti adaptasi dari novel kan :)

    BalasPadam
  4. cerita ni adaptasi dari novel jugak ke??

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. nad layan online ke?? akk tgk kt tv je.. mmg layan sbb kalau cerita tv3 pukul 7 msti best.. ;)

    BalasPadam
  6. kalau novelnya best sgt..drama..so far ok..hehe tunggu la episd2 akan dtg cmna..hope best cm novel TWB gak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..

      Padam
    2. betul tu..
      novel dye memg best giler..
      tp hrp2 crite dye pun sama..

      Padam
  7. tetap tak rasa macam nak tengok hahhaaa.. :D
    suka tengok ceriat aksi lasak jer.. huhuhuu..

    BalasPadam
  8. Wahh..ni yang drama baru tu... :D

    BalasPadam
  9. woww. nad dah buat tv show hee :P

    BalasPadam
  10. novel dia best gilak !
    tp. jgn jd mcm pisa sudahhh. hampeh je. kuikuikui.

    BalasPadam
  11. join GA sya
    http://flowerliciousazzahrah.blogspot.com/2014/01/first-giveaway-by-stifazara.html

    BalasPadam
  12. kak niesa dr ari tu nk tgk drama ni tp x berkesempatan..akak bookmark entry ni nanti senang nk dwload..hehe..thanks dear!baca sinopsis mmg best...

    BalasPadam
  13. tunggu dah habis baru donlod semua episod.. nak tgk online memang tak la, line tenet slow yang amat.. hehehe..

    BalasPadam
  14. Macam beest je .. Macam best je tapi x sempat nak tengok huhu

    BalasPadam
  15. dah baca dah novel dia . Best gila gila . hehe

    BalasPadam
  16. Huhuhuhu qila sempat tengok episod satu je xD
    pastu jeling2 cemtu jah. Umi je semangat tengok har har har xD
    Thanks kakk nad, kalau episod last umi tk sempat tengok boleh lah refer sini yay

    BalasPadam