Bantuan Kewangan Diperlukan Untuk Kos Pembedahan Adik Izz Rizzqi

9:53 PTG


Assalamualaikum Hai.




Selalu kita terbaca mengenai penyakit yang menimpa kanak-kanak kan? Atau bayi. Kesian sangat tengok anak anak kecil ni kena tanggung semua tu. Imagine kalau org yang rapat dgn kita yg kena nasib macamtu. Nauzubillah. Takde ibu bapa yang nak anak diorang ditimpa penyakit. Tapi kekadang Allah tengah nak uji.



Baru baru ni perkara tu terjadi dekat adik kepada bestfriend blogger kak Nurie [Blogger Rina Ellisa]. Ya Allah, semoga awak kuat & terus tabah ye kak Rina.







Petikan dibawah ini diambil di status facebook Ika sendiri.

Salam Jumaat..

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..



Ya Allah, betapa lah berat beban yang ditanggung. Kita yang tengok & baca ni pun ish sampai meremang bulu roma baca. Nauzubillah taknak sampai ada ahli family kita yang kena kan. Kos RM50,000 diperlukan untuk pembedahan adik Rizzqi pada minggu hadapan (tarikh belum tahu lagi). Tak dapat tolong banyak, tolong sikit pun rasa lega dah dapat membantu. Nad pun pasti kak Rina hargai setiap wang & bantuan yang disalurkan untuk adik Rizzqi. 



Agak-agak ada rezeki lebih sikit kita tolongla bantu dengan bankin ke nombor akaun dekat gambar adik Rizzqi tadi ye? Spread the news bloggers!! 


You Might Also Like

26 ulasan

  1. comel sangat baby Izz... semoga semuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  2. kesiannya baby secomel ni ada penyakit.. semoga ada yg ikhlas menderma. sama2 berdoa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel sgt kan Amalina. Alhamdulillah ramai yg sudi

      Padam
  3. banyak blogger share tentang baby comel ni, prihatin sangat... semoga semuanya dipermudahkan ye... amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe apa guna jadi blogger kalau tak spread news camni kan kak Niza? Hihi

      Padam
  4. salam. hmm sedih. comel baby tu..semoga dipermudahkan segalanya ..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalm cik Itah. Sedih betul, baby tu memang comel sgt

      Padam
  5. sedihnya, kesian baby comel ni. semoga ada yang ikhlas menderma dan semoga dipermudahkan amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ramai yg sudi derma utk baby comel ni Fisha ;)

      Padam
  6. semoga semuanya dipermudahkan.... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya lah kak Ima. Tp Allah lebih sayangkan baby Izz

      Padam
  7. Semoga ibu bapanya tabah menghadapi dugaan yang menimpa mereka...

    Regards.
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen :) Anak sulung pulak tu kan Lan

      Padam
  8. Izz baby yg super strong, dlm sakit senyum manis sgt..get well soon izz :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak Syira :) Sebab tu baby Izz berjaya bertahan lama sikit dgn sakit dia.

      Padam
  9. sedihnya baca pasal adik ni,semoga dia panjang umur :(

    BalasPadam
  10. kesiannya baby ni...smg diberi kekuatan dan kesembuhan..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian sgt kan Thiqi :( Tapi Allah dah amik balik baby Izz

      Padam
  11. Harap-harap cepat sembuh :'/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baby Izz dah tak ada Yun Sing hmmp :(

      Padam