Buffet Ramadhan Casa Ombak

1:59 PTG


Assalamualaikum Hai.



Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak.






Countdown!! Tinggal 2 hari saja lagi sebelum kita memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak. Tak sangka cepat je masa berlalu. Nanti bila dah bulan Ramadhan mesti pening je tiap-tiap hari taktau nak berbuka puasa apa kan? Pergi bazaar dah, berbuka puasa di restoran pun dah. Lama lama sampai taktahu nak makan apa. Jangan risau, tu perkara biasa.



Untuk orang-orang di sekitar Kuala Lumpur, apa kata korang try berbuka puasa buffet Ramadhan di Casa Ombak yang bertemakan ala ala garden. Alahai kejap lagi bukan sibuk tengok menu, sibuk amik gambar je. Tema garden pulak kan. Memang nice dan pastinya menenangkan.



Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur




Background Ombak Creative

Ombak Creative adalah sebuah syarikat event di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn. Bhd. yang telah menjalankan pengurusan event lebih dari 10 tahun. Team Ombak Creative pastinya mereka yang berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis korporat dan majlis persendirian.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal kunjung tak lama lagi, Ombak Creative telah menyediakan promosi buffet Ramadhan yang juga terbuka untuk tempahan.




Menu & Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak

Pelbagai menu yang menarik disediakan bagi menjamu selera para pengunjung. Namun, menu utama di Casa Ombak ialah hidangan kampung yang meriah. Ada disediakan buffet stall terbuka untuk para pelanggan. Turut disediakan, instant cook stall corner bagi menjamin keselesaan dan kepuasan para pengunjung. 



Buffet Ramadhan Casa Ombak 1


Harga:

Dewasa - RM 55.00 nett
Kanak-kanak - RM27.00 nett (5-12 tahun)


Sebarang tempahan untuk kategori individu, group/family, mahupun syarikat turut diterima. Haa menarik kan? Boleh buat gathering jap makan ramai-ramai dengan orang tersayang dengan tema ala ala garden dan suasana yang santai. Ish, perfect!




Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur


Lokasi Casa Ombak : Casa Ombak Sdn. Bhd., No 22, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 
55000, Kuala Lumpur



Sebarang tempahan, boleh hubungi:

Call / Whatsapp : Akma Omar (013-2680001)
Tel : 03-21818750

Call / Whatsapp : 013-6241417

Call / Whatsapp : 012-6621062

Facebook Page : Ombak Creative Page



P/s - Tempat solat ada disediakan buat kemudahan para muslimin dan muslimah.





You Might Also Like

43 ulasan

  1. macam menarik jer tempat nie...harga pun not bad gak...ini kalau nk buka pose ramai2 kat sini pun macam best gak nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best buka reramai dekatsini Lan. Meh belanja kitorg hehe

      Padam
  2. Uikss .. mana dapat gambar tu .. derang ada buat promosi dulu ke?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... Buffet Ramadhan Casa Ombak tempat yang paling sesuai untuk mereka yang ingin berbuka puasa di luar. Salam Ramadhan Al-Mubarak buat anda. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  4. Buffet Ramadhan Casa Ombak menawarkan juadah berbuka puasa yang pastinya menepati citarasa kita semua!
    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    BalasPadam
  5. Buffet Ramadhan Casa Ombak menawarkan juadah berbuka puasa yang pastinya menepati citarasa kita semua!
    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    BalasPadam
  6. jarang buka puasa kt luar, selalu beli dari bazaar je. btw salam ramadhan kak nad! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untungla, kak Nad beli dekat foodcourt campus je T.T Salam Ramadan Mazni!

      Padam
  7. boleh try ni sesekali. maklumlah jauh dari family kn ramadhan ni :( sobss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha alaaa jgnla buat ayat sedih kak syira T.T Kita pun jauh dr family

      Padam
  8. Sangat menarik dengan tempat solat juga disediakan. Itu yang penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, lagi lagi buka waktu Maghrib camni. Memang penting pun

      Padam
  9. Bestnya kalau dapat berbuka puasa kat situ tapi jauh lah pulak T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha alaa yeke takpe takpe mana tau kebetulan Fisha datang sini ke :)

      Padam
  10. Huhuhu makan~ *cakap cara zombie*

    BalasPadam
  11. salam ramadan al mubarak dari AUC
    moga ramadan tahun lebih elok dari tahun sebelumnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ramadan AUC :) Ameen in shaa Allah

      Padam
  12. Assalam Terima kasih kerana sudi menyertai contest saya ini, semoga berjaya ya dan selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  13. Salam ramadhan..

    Insaallah sis akan terjah ke casa ombak untuk menikmati buffet ramadhan disini..:)

    BalasPadam
  14. Selamat berbuka puasa, semoga berjaya ustazah doakan dalam contest ni

    BalasPadam
  15. gud luck.. moga berjaya menempa nama sbg pemenang

    BalasPadam
  16. Semoga berjaya dalam peraduan Buffet Ramadhan Casa Ombak yang dianjurkan oleh Akma Omar.

    Ikhlas,
    Arieon.my

    BalasPadam
  17. Artikel sungguh menarik. Ada peluang nak menang. Semoga berjaya. Saya datang dari contest yang sama. TQ.

    BalasPadam
  18. entry review menarik
    good luck
    sop pun dah join :)

    BalasPadam
  19. ada tak agaknya diorang hidang cendol kat sana nanti?

    BalasPadam
  20. adik manis... good luck ye.. lagi satu, manya comel ini blog :D

    amal singgah sini... dibulan ramadhan ni, moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin

    BalasPadam
  21. Elok benarlah kalau dapat peluang berbuka puasa di Buffet Ramadhan Casa Ombak ini... Sebab serba-serbinya nampak menarik.. ;)

    BalasPadam