Sinopsis Drama Ramadan Jangan Pergi

11:24 PTG


Assalamualaikum Hai.



Bila dah masuk bulan Ramadan ni, banyak lah drama / movie yang berkisarkan tentang bulan Ramadan kan. Raya nanti mesti lagi banyak cerita yang ditayangkan. Tak ketinggalan juga drama terbaru Ramadan Jangan Pergi di slot Samarinda yang ditangkan di TV3.




Sinopsis Drama Ramadan Jangan Pergi



Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan, Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.


Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.


Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.



Pelakon

Firdaus Rahman
Siti Saleha
Lufya Lulu
Sheila Rusly
Watie Sadali
Datuk Eizlan Yusuf
Catriona Ross
Muntazar Ghani


Untuk menonton, sile ke SINI


You Might Also Like

19 ulasan

  1. waaaa...cita ni..menci tgk watak dia..huhu...apa2 pun selamat berpuasa..!:)

    BalasPadam
  2. Salam ramadhan nad:-)
    PG ada tengok drama ni last week.
    Memang kasihan tengok nasib si farah.
    Tak sabar nak tengok minggu ni pula :-)

    BalasPadam
  3. Sy ada tgk cerita ni last week. Kesian sgt kat dia..

    BalasPadam
  4. dah tengok haritu satu episod.. mmg best cite nie.. cuma hero dia tu x pernah tengok berlakon. hero baru kot.

    BalasPadam
  5. Belum kesempatan nak tengok cerita ni lagi..macam busy je kan..hahaha

    BalasPadam
  6. tak suka...sebab sedih huuuu..haha..ummm tak suka cerita konflik macam ni..ooho touching..

    BalasPadam
  7. suka drama ni sebab siti saleha lakon. hehe. hero tu pelakon baru dr singapore. and sheila rusly jd jahat memang jd la. nak2 ni memang js picture punya.

    BalasPadam
  8. jahat johan dah la halau farah... siap curikk atm lagi... org mcm ni layak kene sula... hahahaha

    BalasPadam
  9. Pyka ada tgk cita nie jgk . Bnci tgk watak laki dis tuh . Haish !

    BalasPadam
  10. Siti Saleha selalu berlakon pakai tudung sekarang nie.

    BalasPadam
  11. sempat tengok sikit je cerita ni

    BalasPadam
  12. dah tgk episod first,mmg dah jatuh cinta ;)

    BalasPadam
  13. almak...ini time2 lepak nie..hehehe...kena tonton secara online laa nampaknya...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  14. Fisha pun tengok cerita ni sikit, kesian Farah kena fitnah dengan ibu mentua dia T^T

    BalasPadam
  15. Hate fir rahman character.such a mummy boy!!!and kaki kikis

    BalasPadam
  16. Tapi makin lama mkn x logik pun ada

    BalasPadam
  17. X suka tgok cite ne sbb farah tu bodoh sangat. Sangat bodoh. Benci tgok bila wanita dibuli2 cemtu!!!

    BalasPadam