Sinopsis Tuan Rumah Pembantu Rumah

9:15 PTG


Assalamualaikum Hai.




Dengar cerita start dari minggu lepas dah start tayang cerita Tuan Rumah Pembantu Rumah ni. Tengok poster macam best ahahah. Style sekarang drama adaptasi dari novel. Ala biasa lah kann. Hehe memang best lah bila dah dijadikan real dalam movie.







Sinopsis Tuan Rumah Pembantu Rumah

Mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) kerana Taufeeq curang bersama wanita lain, Bellarina (Ramona Zam Zam). Kemudian, Areen membuat keputusan untuk membawa diri bagi menenagkan hatinya.

Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan mulakan kehidupan yang baru. Lalu, Areen mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya. Dengan bantuan Sara (Syahira), Areen berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan). Areen memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan latar belakang diri serta keluarganya.

Ketika Areen memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan. Insiden itu menyebabkan Areen tidak menyukai Emir. Tambahan pula, di rumah Emir suka mengarah Areen dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Areen pula sengaja berlakon seolah-olah dia tidak faham Bahasa Inggeris. Areen turut menggelarkan Emir sebagai ZE:A celup kerana rupa Emir seperti artis K-pop kumpulan ZE:A.

Hari demi hari, Emir semakin ligat mengacau Areen kerana dia menyangka Areen seorang yang lurus bendul. Ada sahaja rancangan Emir untuk mengenakan Areen. Emir tidak tahu bahawa Areen sebenarnya anak orang kaya dan sebelum ini bekerja sebagai ketua chef di hotel milik keluarga Areen.

Lut (Syafiq Kyle) iaitu pembantu peribadi keluarga Emir telah jatuh hati pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata. Lut sentiasa mengambil peluang untuk mendekati Areen. Kehadiran Lut turut disenangi oleh Areen. Kemesraan yang terbit di antara mereka berdua membuatkan Emir cemburu. Kemudian, Emir membuat keputusan untuk mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan mereka berdua tidak mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan. Pelbagai insiden lucu terjadi apabila Emir berusaha untuk menjarakkan Areen dari Lut.

Ketika Areen membersihkan kawasan stor rumah, dia terjumpa seekor tikus. Areen terus menjerit dan melompat di atas dukungan Emir sehingga mereka berdua bertentangan wajah. Perasaan malu menghimpit mereka berdua. Sejak itu, Areen merasakan ada satu perasaan berbeza timbul  dalam dirinya terhadap Emir. Bagi menutup perasaannya, setiap kali bertembung dengan Emir pasti Areen sengaja memulakan pertengkaran.

Sementara itu, Emir hairan apabila mendengar Areen fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Perancis. Emir mula tertanya siapakah Areen sebenarnya. Dia semakin curiga terhadap Areen apabila melihat Tuan Fadhiludin (Hilal Azman) iaitu ayah Areen memujuk gadis itu agar pulang ke rumah. Lalu, Emir segera menyiasat latar belakang Areen dengan pergi ke hotel milik keluarga Areen. Selepas itu barulah Emir tahu bahawa pembantu rumahnya selama ini merupakan seorang chef dan anak orang berada.

Taufeeq pula kembali mencari Areen selepas terdesak kerana dia bakal kehilangan pekerjaan. Ketika Tufeeq bertemu Areen dia ingin menyentuh pipi Areen. Namun, Emir yang menegekori Areen dalam diam telah menyerang melulu dan menumbuk muka Taufeeq serra mengaku dia adalah kekasih Areen. Areen geram dengan tindakan Emir dan mereka berdua terus bertekak. Tanpa disedari, Emir terlepas cakap yang dia sukakan Areen. Emir turut menggunakan kuasa veto sebagai tuan rumah yang ada pasanya untuk memaksa Areen menjadi teman wanitanya. Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Pelakon

Zoey Rahman sebagai Dr. Emir Jihan
Nad Zainal sebagai Intan Asha Areen
Hisyam Hamid sebagai Taufeeq Badree
Ramona Zam Zam sebagai Bellarina Herin
Syafiq Kyle sebagai Lutfi Addif
Sofea Shaheera sebagai Sara 
Aleza Shadan sebagai Puan Juria 
Hilal Azman sebagai Tuan Fadhiludin


You Might Also Like

46 ulasan

  1. bestnya bila baca sinopsis ni. nak beli novel dululah ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti peminat novel ni haha kalau kak Nad tengok cerita jelahh jawabnya

      Padam
  2. nad zainal!! suka tengok dia berlakon. n, hensemnya zoey :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kann? Nad comel Zoey handsome! Haha

      Padam
  3. Ingatkan Nad pun berlakon tadi...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kalau Nad yg berlakon, kita promote habis habisab td kak Fuza ekeke

      Padam
  4. Baca sinopsis nya best. ni buat rasa nak tengok ni. Hahahaha.

    BalasPadam
  5. haha...dah baca novel dia dah...best giler novel dia.....haha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best gila eh Zahrenn? Kak Nad tak baca pun oh novel dia

      Padam
  6. macam best jer citer nie.... :)

    BalasPadam
  7. macam best jer citer nie.... :)

    BalasPadam
  8. Haritu akak sempat tengok part Areen tu nampak tunang dia curang. Perghhhh ! Panas ati itteeeww. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh eh tunang Areen yg curang, kak Nurie yg panas? Okay memang sakit hati punn

      Padam
  9. tak suka sangat starting cerita ni, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tiap org ada pendapat memasing kan Farah kann

      Padam
  10. Waah Nad Zainal, nama dia sama dengan kak Nad lah hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehehe nama je sama kan best kalau kecomelan pun sama. Eh

      Padam
  11. hahaha ingt nad yg berlakon :P ehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha aip aipp Fiqa. Saja je tauu hahah

      Padam
  12. Balasan
    1. Betul tu Dzureen :) Selamat menonton! ;)

      Padam
  13. tak tgk lg tp novel dh baca.. boleh tahan lawak.

    p/s: ha'ah.. selalu gak mkn kt subway sunway carnival tu. student uitm rupanya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajinnya baca novel dia dulu ahaha. Ha ah hehe dekkat je kita :p

      Padam
  14. Ehem. hai Nad. Saje test komen selepas 2 tahun xkomen. Hahah! Best ke cite tu. Xlayan sangat drama2 mcm ni.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhahah hai Apeach! Lama gila do menghilang haihh. Haha best jerr bagi Nad, Apeach taktahu lah kann

      Padam
  15. dah baca dah novel dia.. hihi.. best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan, hehe selamat menonton cerita dia pulak yee :)

      Padam
  16. Balasan
    1. Hehe yeap cerita baru. Selamat menonton yee :)

      Padam
  17. untuk orang yang malas memaca novel, drama adaptasi novel macam nie memang rasa alternatif yang bagus..hehehe..baca sipnosis pun macam sedap tapi tak tahu laa boleh follow tak watu siaranya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha sama ha, Nad pun tak minat novel do. Eh eh alaa bookmark je entry ni. Bebila free tengok jela cerita tuu hehe

      Padam
  18. Balasan
    1. Haha jangan sedih je. Tu boleh tengok semua episode sekali haa

      Padam
  19. ni yg akk x nk terlepas tgk ni..
    wan terlepas tgk!! kejar la balik.. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahahha jangan sampai terlepas kak. Nanti jadi malas pulak nak tengok dah. Hahhaha kan kan? Kejar balik cepat Wan!

      Padam
  20. dh agak dah ni adaptasi novel..haha..kalau baca sinopsis mcm best..mcm komedi romantik je..hewhewhew... :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha sekarang memang banyak cerita adaptasi novel kan kak Niesa :)

      Padam
  21. Alamak dah terlanjur baca sipnopsis memang kena tengok dah.. best giler kwot.. .__.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sila sila tengok Yun Sing :) Selamat menonton yee

      Padam
  22. Balasan
    1. Hahaha yaa Allah ramainya yang dah baca novel diaa. Selamat menonton pulak zz :)

      Padam
  23. ape tajuk ringtone yang nad zainal guna dalam cerita ni??bagitau please

    BalasPadam
    Balasan
    1. beast - beautiful night :)

      Padam
    2. beast - beautiful night :)

      Padam