Petua Merawat Resdung

7:07 PG


Assalamualaikum Hai.



Habis je cuti semester balik uitm terus tetibe resdung menyerang haihh. Dah la dengan banyak test apa semua. Nad punya resdung ni kalau dah datang memang pening gila mata hidung semua gatal takleh buat apa, tidur jelah jawabnya. Tu yang tak suka tu. Habis kalau dah tidur, test entah ke mana apa semua terabai lah. Sedih je.



So gigih haa mencari tips camne la nak kurangkan resdung ni. Sebab mengganggu pastu dah lama tak dtg tetibe kena. Pernah je Nad pergi buat facial untuk resdung semua tu tapi takdelah dapat tahan lama. Sekejap je pastu nanti kena lah balik. So here goes some tips for you guysss >




TIPS MERAWAT RESDUNG


Perah limau nipis 8 biji, daun pandan dihiris halus macam bunga rampai, gaulkan sampai sebati. Sapukan di muka. Kalau sesuai, tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.

Kisar sedikit jintan manis dan bungkus dalam perca kain. Hidu tiap kali sebelum tidur.

Amalkan memakan habbatussauda. madu dan buah delima setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Amalkan secara istiqomah membaca ayat ayat syifa' supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

Basuh muka dengan sabun herba resdung untuk membunuh semua bakteria di sekitar kawasan muka.


Itu lah sedikit sebanyak tips yang dapat Nad share. Yang lain lain tu Nad boleh la amalkan. Tapi yang cara cara tradisional nak amalkan dekat dalam kolej ni lain macam je rasa. Mana la nak seludup jintan manis bagai tu semua ye? Hahaha. So takpelah. Itu nanti buat kat rumah.Ikut je kesesuaian korang nak buat dekatmana eh.


You Might Also Like

22 ulasan

  1. mu hbby resdung kuat.sampai leh pitam.hurm.terima kasih dgn perkongsian nie.insyaAllah mungkin boleh amik tips nie..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, memang teruk sgt dah tu kak. Takpe ubat slow slow yee :)

      Padam
  2. Hahahaha tapi ngeri plak kalau dia kua. Teheee. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha jangan nak ngeri sgt kak Nurie. Elok tuuu

      Padam
  3. bagus info ni..boleh cuba nanti.tq.. :D

    BalasPadam
  4. Samala kita pun resdung jugak..Yg no.1 tu cam tkut je Cik Mimie nk try..lau sampai kluar ulat resdung..eee..seramla..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha kalau camtu takyah la cik Mimie. Cuma cuba elakkan apa yang boleh yee. Moga sihat selalu ^^

      Padam
  5. Ulat resdung tu macam mana? Geli tak? Kalau geli xsanggup nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia putih putih macam whitehead jugaa. Takdela geli sgt ahaha. Taktau lah

      Padam
  6. thanks nad for sharing...boleh bagi anak buah lan baca nie...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome Lan ^^ Hehe share share apa yang patut yee

      Padam
  7. masa kecik ada resdung tp skung dah baik sendiri alhamdullilah :D

    BalasPadam
  8. Nice sharing :) Cepat sembuh ye ^^

    BalasPadam
  9. salam. masih ada masalah ni sampaila sekarang...thanks share nad :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam cik Itah. Takpe, normal lah tuu, kita elakkan apa yang boleh :)

      Padam
  10. Petua yang bagus. Resdung memang menyusahkan nak makan seafood pun tak boleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan? Resdung ni banyak benda nak kena jaga

      Padam