Cabaran 30 Hari | Day 1: 5 Fakta Tentang Diri

11:59 PG


Assalamualaikum Hai.


Aduhai ketinggalan sungguh yee, Hahaha orang lain dah sampai hari ke-8 kita baru nak start first day. Bukan apa, masih dalam dilemma nak sahut ke tak cabaran ni ahaha. Makanya, bila tengok blogger lain konsisten je boleh update sampai 8 hari berturut turut, memang tercabar habis dah. Kalau orang lain boleh, Nad pun mesti boleh kan? Walaupun dah ketinggalan :p Hehehe.


Cabaran 1

1 gambar terbaru anda
5 fakta tentang diri anda



And that's me.
Location : Taman Rekreasi Gunung Lang


Mula berblog since 2010 yakni pada usia 16 tahun. Memula blog hanya entry entry entah apa apa. And dah lama baru tau pasal Nuffnang, advertorial, affiliate, SEO but hey I'm still learning. 

I can't cook. Sebut apa sahaja menu, memang Nad taktau. Parah dia tahap bila kawan kawan ajak pi Tesco siap ajak main teka teka nama sayur. 

Taksuka tempat yang terlalu crowded. Maybe ikut perangai ayah. Kalau kejap je takpe kot. Tapi kalau lama lama boleh rasa annoying gila ah ramai sesak camni pastu terus hilang mood.

Selalu berangan nak travel satu dunia. So far dah berjaya ke Indonesia last year. So next stop should be Singapore / Thailand / Vietnam. Alaa yang dekat dekat please at least once a year kena jugak travel luar. Walaupun Malaysia tak habis pusing lagi.......

Still tak ada matlamat hidup. Masya Allah ini masalah paling besar. All this while, Nad cuma go with the flow je. Nad taktau apa akan jadi dengan diri Nad 5 tahun akan datang. I just, don't know. 


Yeayyy! Hehehe berjaya jugak habiskan cabaran Day 1! Tak kisah la walaupun kita dah ketinggalan, tetap nak sahut jugak hehe. Alhamdulillah berjaya jugak :)
#kelabbloggerbenashaari


You Might Also Like

32 ulasan

  1. boleh belajar memasak dr skang....semua kat hujung jari boleh belajar online lagi tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe betul tu. Nad dah start sikit sikit yg mudah je. Tapi tak minat sgt masak lauk T_T

      Padam
  2. hai makwe, salam kenal dari mama.. cewahh!!!

    lebih kurang sama je kita bab tempat bersesak tu.. rimas kan.. mama pun tak suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe salam kenal mama Niza :) Hehe yeay gang!

      Padam
  3. Tak tersahut lagi cabaran 30hari ni :D hee. Now focus kat cabaran 10 hari dulu ;D

    BalasPadam
  4. tempt xcrowded.....mcm kat gunung lang tu la kan.....naik bot...bertenang je.,..
    Mask?dik....akak kawen umur 24 bru masuk dapur...hihihhi..nk mask bukak blog maskn...ahaha//

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Tenang gila hehe suka. Hahahha yeke? Nad percaya :) Takpe boleh je survive kan?

      Padam
  5. Masak ni org kata automatik tau. Bila kawen nt sendiri je pandai ;) Saya pn suka travel. Masa single mingle gi spore, indon, thailand, sabah. Bila dah kawen dan ada anak kecik ni. Jenjln dlm Msia je la gamaknya hehehe.

    http://pinky-lynn.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-ke-8-5-lagu-cinta.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan? Nad setuju. Nak taknak memang kena pandai masak jugak bila dah kawin nanti. Wahhh yeke? Memang enjoy habis la eh time single tu hihi

      Padam
  6. Fret not .. Nnt dh kawin, lama2 pandai la masak. Smpi skrg pun, husband lebih tau nama ikan lg byk dr sy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yeke? Sweetnya husband. Best lah camtuu

      Padam
  7. salam... :)
    bab tak suka sesak tu, sama hehehe

    jemput singgah http://ummuamar.blogspot.com

    BalasPadam
  8. apa ni apa ni? hehe cam menarik jerr

    BalasPadam
  9. Kak hana pown xpandai masak sangat. Haha

    #Gud luck. Kak hana dah hari ke 6. Esok dah start bz. Entah dapat proceed ke tak. Hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha takpe kak Hana, kak Hana busy kerja tuu. Nad pun tak habis T_T

      Padam
  10. Mcm best je tau. Hehe, PG tak tersahut lagi sebarang cabaran abg ben kita tu :D
    Menarik! Macam nak join juga. Hehe.

    BalasPadam
  11. your gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.

    BalasPadam
  12. Saya pun tak pandai masak. Tapi, dah mula belajar. Walaupun macam failed selalu, tak mahu putus asa. Kalau tak, kebulurlah dekat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yelah Farah memang kena! Haha sebab jauh dari Malaysia dah nak buat cemanaa

      Padam
  13. sama la kita tak reti masak . haha :p eh ptot la pyka sggah blog lain pon update mcm nie jgk . apakah ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh eh Pyka kena la belajar nak kawin dah kan hihi

      Padam
  14. hah.. tak reti masak,,, baik ko belajo nyahhh ooo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah sabar ya Encik Arman. Nad dah start belajar lah nii

      Padam
  15. Balasan
    1. Hehe samaaa!! Senang cerita suka jenjalan lah hehe

      Padam