Appointment 4th and 5th Dr Hasseenah

9:32 PG


Assalamualaikum Hai.


Rasa macam sekejap je masa berlalu dah sampai appointment keempat dan kelima Nad dekat klinik Dr Hasseenah. Kenapa Nad sekali kan entry appointment 4 dan 5? Haa ni nak cerita.


Sebabnya waktu awal bulan September Nad terpengaruh dengan sensual plus serum yang kotak colour kuning tu. Time tu memang tengah hot la senang cerita, melambak lambak testimoni. So Nad pun terpengaruh la kan dengan harga murah lagi tu. So Nad pun beli dan konon yakin dengan produk tu maka Nad stop guna produk Dr Hasseenah kecuali pencuci muka. 


Sampai je penghujung September, haa start lah muka ni naik balik jerawat yang besar besar macam awal sebelum guna produk Dr Hasseenah ni. Bezanya ni baru naik sikit la dalam 2-3 ketul je tp still rasa beza sebab since guna produk Dr Hasseenah bulan June, jerawat tinggal kecik je kalau ada pun. Time tu memang menyesal ya ampun, terus simpan serum guna balik produk Dr.


PANTANG MAKAN

So makanya masa appointment keempat tu, Dr pun pelik apesal ubat makan tak habis habis? Padahal stock sikit je dia bagi. Mau tak habis Dr? Sebulan skip! Haha. Lepastu Nad lupa nak cerita kat korang, first appointment dulu Dr dah pesan ada 3 benda takleh makan.
1) Takleh makan Ayam! Sebab dedak (makanan ayam) tu tak elok untuk kita.
2) Takleh makan ikan keli! Sebab gatal.
3) Takleh minum air gas! Sebab terlalu manis. Badan kita boleh stress kalau makan minum manis sangat so nanti dia akan keluarkan lebih minyak and cause jerawat.


Kebetulan time tu Dr tanya, ikut lagi tak pantang ni. Hehh, kantoi lagi. Sebulan Nad tak pakai produk Dr memang Nad bantai je makan ayam semua tu. So Dr pun cakap kalau awak betul nak, awak ikut la. So appointment keempat ni Dr takde tambah apape produk so just kena bayar RM30 for consultation.


Appointment 5
Dr tekankan suruh makan ubat makan ubat jangan malas hehe. Pastu Dr tambah moisturiser ni dari aloe vera so memang elok harga RM48 je pastu tambah dia consultation so total RM78.



Aloe Vera Soothing Gel
Lepas pakai tidact, pakai ni dulu before pakai krim jerawat 3
Selang selang 10mins jugak 
Dr cakap waktu pagi lepas cuci muka pun boleh pakai ni




Total up selama 5 appointments Nad dengan Dr adalah RM990. Tu pun kalau Nad ikut peraturan makan ubat ikut time, sepatutnya kena tambah ubat lagi. So, untuk 4-5 bulan korang gi klinik Dr, korang spend around RM1000 la senang cerita.


P/s : Haritu ada anon comment, dia baca blog Nad sebab nak follow up pasal kulit Nad lah. Hehe dear anon, 1 Dec nanti Nad tunjuk ye camne beza since first day Nad pakai till now. Tunggu 1 Dec hehe.




You Might Also Like

39 ulasan

  1. Nad appointment tu kita tetapkan atau Dr yg tetapkan bape kali :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa Dr yang tetapkan tapi depends juga bila waktu kita free :) Hihi

      Padam
  2. Almak xleh mkn ayam? Peveret tuh! Tp tlur ayam boleh x nad?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha taklehhh T_T Kan kan ayam cam makanan harian kottt. Boleh je telur hihi (Y)

      Padam
    2. haha..miss..telur ayam datang dari mana..dr ayam jugak..^^so kira x bole gak..huhuuu..

      Padam
  3. hi...nice to meet you all..please visit me back..thanks

    BalasPadam
  4. Akak pun tak sabar nak tengok hasilnya dan perbezaannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehhehehe thank you kak Farah follow up hihi

      Padam
  5. kejap kejap. tak bole makan ayam? ni utk orang yang ada masalah kulit je ke, untuk semua orang? hohohoh btw Jom dapatkan Ole-ole dari Phuket!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahaha untuk masalah kulit berjerawat yang memang sensitif macam Nad ni hahaha rilek eh kerusiburok awak boleh makan ayam TT_TT

      Padam
  6. Balasan
    1. Haha sedih kan? Ala ala ala cik Mimie T_T

      Padam
  7. boleh tu boleh makan aym tp jangan kerappp ... yaya pn bnyk gak makanan kena pantang sb yaya ni ada masalah gstrik truk . masalah kulit muka alhamdulilah xteruk sgt . air gas tu memg kena pantang . seelok2 nya tlur pn jgn sb yaya ada masalah kulit dkt tgn kalau makan tlur mmg gatas habis sampai merah2 .. jgn lpa ikot psan dktr ye kak nad . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah betul, sekarang Nad pun dah start makan tapi jarang jarang. Hehe thank you Yaya :D

      Padam
  8. Balasan
    1. Hahahha Thiqi, belum rip lagi lahhhh hahahha

      Padam
  9. Pantang no.1&2 tu cam susah je nk ikut....^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah pun cikna T_T Tapi kalau betul nak cantik kena lah ikut kan

      Padam
  10. Salam nad, jemput datang ke myblogfest minggu ini

    http://utama.myblogfest.com/2014/11/semua-di-jemput-hadir.html

    BalasPadam
  11. Ayam kalau boleh buang siap2 kulit tuh.
    Air Gas memang tak elok ekceli...avoid k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lemak tak elokkk. Air gas memang Nad tak minum kak Fuza hihi :)

      Padam
  12. Takpe, nak cantik memang perlukan pelbagai cabaran. Chaiyok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlukan pengorbanan lah Azwar T_T Hehe thank youuu

      Padam
  13. Sis Nad, that bad ker your Jerawat? I do not think chicken is the main problem - you just have to baked or steam or braise them. no oil at all. and of course water is important - anyway just pelik lah sebab rawatan dulu skrg lain from when akak ada jerawat. - akak use St. Ives and Neutrogena

    hope everything will be okay

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah teruk kan sis? Hmm but now dah makin okay. I think St Ives and Neutrogena memang okay kot sis Alsa :)

      Padam
  14. ada jugak dengar ayam tak elok dimakan untuk orang yg ada resdung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh yeke? Patutlahhh. Kak Nad memang ada resdung ni Za

      Padam
  15. memang makanan kene pantang..tapi akak tak pantang pun..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jaga makan ni memang susah sikit kan kak Nadia. Eh susah banyak TT_TT

      Padam
  16. Im praying all the best for u beautiful lady hm
    I lap u kilat kilat si chantik hehe <333
    hugs!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehhehehe thank you Qila! <33 Ni semua berkat doa Qila lah ni hihi

      Padam
  17. Like seriously ? Banyak nya habis duit . Kalau saya tak mampu rasanya . Tp better la daripada asyik beli skincare je . Lagi membazir rasanya . Happy for your skin result . Much better , Alhamdulilah . :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe yeap. Ni kira murah dah compared to doc pakar yang lain. Alhamdulillah hehe thank you :)

      Padam