Resepi : Pancakes Mudah Tanpa Susu

8:19 PG


Assalamualaikum Hai.


Kenapa Nad cakap mudah? Eh, sedangkan orang yang tak reti masak macam Nad pun boleh berjaya buat, means mudah lah tu kan? Hahaha trust me. Campur je semua bahan tu memang menjadi terus, takyah pening pening, as long as ikut arahan betul betul la.



Bahan Bahan

1) Telur 3 biji
2) Gula kastor 1/2 cawan
3) Minyak 2 sudu
4) Madu 2 sudu (optional)
5) Esen Vanila
6) Air 1/2 cawan
7) Tepung Gandum 2 cawan
8) Baking Powder 1 sudu



Cara Membuatnya:

1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2) Masukkan minyak, madu dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
3) Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit. Sambil masukkan air, pukul sebati.

*Kalau adunan terlalu pekat, boleh tambah, ikut keperluan, jangan terlalu cair.





Senang je kan? Campur je semua bahan kat atas, gaul hingga sebati then masuk kuali je taraaaaa siap dah pun muehe taktau ah kenapa buat pancakes macam senang sangat pulak? Tapi memang senang je :) Korang try la eh.



HASIL


Sebenarnya ikut hati je nak letak madu or tak. Sebab tadi dekat ingredient dah letak madu kan, so memang dah manis. Tapi ni Nad nak nampak cantik ahaha.


P/s : Lepasni nak try buat apa pulak eh? Hehe


You Might Also Like

28 ulasan

  1. Aduduh..pagi2 da nmpk mknan, lapar sudah! Huhu

    BalasPadam
  2. mudah dan sedap! hehe boleh try buat ni..;p

    BalasPadam
  3. resepi yang akak keep letak susu..

    BalasPadam
  4. saya buat penkek sellaunya tak bulat.. huhu., ker sebab terlebih air ekk..?

    BalasPadam
  5. wow! dah lama teringin nak buat. tq ye bagi cara2 ni hehe
    tapi kita nak tanya bila dah keluarkan dari kuali nnt bentuk mcm tu jugak ke?

    BalasPadam
  6. Wah, nad dah berjinak2 di dapur...hehehe..sedapnya pancakes..boleh try la nanti :)

    BalasPadam
  7. wow..sedapnya..memang mudah..nak try gak lah nanti..

    BalasPadam
  8. acecehh.. akak nad masuk dapur laa.. selalunya jenjalan aje kerjanya.. hihi.
    serius cantik elok je pancake nyaa.. whoaa

    BalasPadam
  9. nanti boleh try ... cam bfast kat negeri omputeh plak kan

    BalasPadam
  10. hmmm sedap sekali, berkunjung ke mari setelah sekian lama tidak berkunjung, semoga sihat selalu ya, salam

    BalasPadam
  11. wow nad ala2 bekpes mcd gituuu

    BalasPadam
  12. cam besh jgk ..resepi roti canai ada x nad?

    BalasPadam
  13. okay rasa nak buat pancake sekarang jugak haha

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
  14. Nad,

    lagi senang if orang lain buatkan...hehehe... :-)

    BalasPadam
  15. wohoaaaa... nih yg suka Nad nih... simple jah rupanya :D

    nanti nak try.. :D

    tapi part minyak tuh, org tak pakai olive oil TT^TT family ada 10 member.. habis sehari ja minyak tuh nanti ahahahhaa...

    minyak masak lain boleh ke kalau nak pakai? :D

    BalasPadam
  16. mcm sedap je yunk . trtiba tringin nak mkn . haish .

    BalasPadam
  17. selalu pakai instant nona tu pancake..eheheh.. sbb malas nak bancuh tepung sukat2..

    BalasPadam
  18. pancake simple but delicious....i like it...!!!

    BalasPadam
  19. sedapnya nad.. tak pernah try lg

    BalasPadam
  20. tak sempat nak try aritu time lapar XD tadi baru lpas makan ayam goreng nanti lah buat hehe XD

    BalasPadam
  21. Omg i still remember i cried in the ver morning in form3 sbb pancake qila tak jafi uggghh
    Thanks kak nad i lap u hehe qila nak buat nanti nomnom

    BalasPadam
  22. Suka suka suka...... Nak cuba... Done salin resepi. Hehehehe Tengkiu for sharing, Kak Nad ! ^^

    Eyh, dah 2015. Kihkihkih

    BalasPadam