Apa Yang Tak Perlu Dalam Perkahwinan? Agama vs Adat

8:30 PG


Assalamualaikum Hai.


Harini nak cerita kawin kawin ehehe. Seronok ye baca artikel kawin kawin ni T_T Hahaha masya Allah. Bawak lah bersabar ye. Semua orang kalau boleh memang nak kawin, tapi ramai yang plan 5-6 tahun akan datang. Kenapa? Haa kenapa tak at least setahun dua then terus jalan je? Haa banyak faktor ye banyak faktor orang kawin lambat. Salah satunya adalah disebabkan kos. Kos apa? Antaranya:-



Wang Hantaran



Wah wah wah amboi. Kalau macam tu Nad tengah dalam golongan 4k - 8k tuu. Kejap lagi habis dip terus naik golongan 12k - 15k hahahahaha. Macam ni ke ukur berapa banyak wang hantaran nak kena bagi? Kalau nak ikutkan zaman sekarang ni 10k pun orang anggap common punya value, ada pulak yang anggap 10k tu da habis rendah dah T_T Sebenarnya kan wang hantaran ni pemberian pihak lelaki kepada pihak perempuan semampunya.



Barang Hantaran



Bila sebut je barang hantaran, automatic keluar persoalan "Berapa dulang?" "Barang apa nak bagi?" Haaa kalau boleh nak berbelas belas ye dulang. Semuanya kena ada  brand, hiasan semua harus tiptop rare orang lain takpernah buat lagi T_T Aaa nangis aa cam ni.



Pelamin dan Bersanding



Pelamin juga macam merupakan satu benda wajib ye nak buat. Lagi gah lagi bagus sebab nanti nak amik gambar dekatsitu kannn. Bagi nampak mewah sikit semuanya. Jarang sangat lah orang kawin then takde pelamin ni kann. Rasa macam tak lengkap, macam pelik je kalau takde pelamin ni. Tapi sebenarnya pelamin tak wajib punn.



Doorgift



Kalau zaman dulu, doorgift orang bagi bunga telur je senang. Sekarang ni macam macam ada. Yang bagi tasbih, cupcake, coklat pun ada tau. Kan dah keluar kos banyak dekatsitu. Tu belum lagi kali dengan berapa ribu jemputan haa. Kalau tengok doorgift sekarang ni memang menarik menarik semuanya.



Photoshoot



Kalau dulu ada gambar time kawin pun da cukup hebat dahh. Sekarang ni dengan pre wedding, wedding, post wedding, malam berinai semua ada. Kalau nak shoot cantik cantik confirm lah kena hire photographer yang professional kan? Photog sekarang pun ribu ribu tauuu. Selain photoshoot, ada juga nak bayar kompang, mak andam, pengacara majlis dan kad undangan.



Sewa Tempat Majlis



Tempat kawin sekarang bukan senang ye nak cari. Even dewan kecik kecik sekarang ni pun mau cecah berapa ribu alahai. Nak sewa tempat pun dah pening kepala kejap lagi T_T Seberapa banyak jumlah jemputan, seberapa besar dan banyak lah tempat majlis dan jumlah makanan. Nasib kita duduk kampung je laman luas buat depan rumah je kannn (",)


Dah itu jelah rasanya benda benda yang sebenarnya tak wajib pun tapi masyarakat kita buat seolah-olah benda tu wajib. Nak pun tak berani nak ulas sangat sebab kita pun taktau wedding kita nanti camne kan :) Boleh jadi semua benda kat atas ni Nad pun buat hmm hmm. Tapi nak buat cemana, sebab benda tu dah seolah-olah benda biasa yang dibuat.


Nahh, maklumat lanjut pasal kawin kawin ni boleh pergi SINI


P/s : Kalau parents bagi kita jalan ajee mana yang mampu hahahhahahah k tak.


You Might Also Like

21 ulasan

  1. Wanita yang terbaik ialah mereka yang memudahkan perkahwinannya.. Papaglamz kawen mude.. Ngeeee.
    Jalan2 sini..

    BalasPadam
  2. Itulah zaman sekarang ni.. ramai yg nak gah utk satu hari tu.. sanggul simpan dua3-4 tahun .. tpi lepas sehari je dri kenduri kawen.. habia pening kpl nak bayar itu ini.. well bagus entry ni bagi beringat sket pd mereka yg nak gah sgt tu.. huhuhuu

    BalasPadam
  3. Kalau ikut Cik Mimie nikah je da cukup dah..tapi parent pulak nak buat mjlis bagai..nk xnk kna amik masa sikit la...byk nk kna prepare...huhuhu kos skrg x sama mcm kos dulu..

    BalasPadam
  4. baru je tadi baca dkt 8shared . hmm . nilai hantaran tu mcm melampau2 plak siap nak ikot tahap pelajaran kitaa . kalau dah degree lg tinggi . kesian laa si lelaki nak cekau duit mcm tu . better ikot kemampuan yg si lelaki mampu . mas kawin plg penting :)

    BalasPadam
  5. Ikutkan hati akak ni sebenarnya Nad , taknak pun sanding sanding tu. Kakakakaa. Tapi family kata tak boleh ! Hahahaa. So , tadaaaaa. T_T

    BalasPadam
  6. Hahahha. wang hantaran tu kemahenn. ramai lah tak kawen kalau gitu.

    BalasPadam
  7. yep sekarang semua orang nak yang mantap-mantap.. jadinya pening jugak bila fikir hal kahwin. harap2nye akan dtg nnty dapat buat simple dan ikut kemampuan. harapnya gitu. amin. hoho. XD

    BalasPadam
  8. eheemm ! nad. da prepare nampak? hehehee. dlu 1 kampung dtg tlg.
    now duit kena la seguni , baru sekampung dtg. reality kan. hehee
    buat mana yg mampu .. lg elok.

    BalasPadam
  9. sekarang nak bersanding belanja memang besar.yang penting ada akad nikahnya..

    BalasPadam
  10. Nikah gantung jea dlu nad bg yg x berkemmpuan. Islam pn galakkan. Bnyak hikmah. Hindar dr wat dosa sb dah halal. Bila dah bkmampuan barulah bsama. Cuba search. Hehe

    BalasPadam
  11. Tahu takpe nad..spm pon org bg 10k, mmg org da anggap 10k tu plg rndah..adoii.. Pening nk kawin klo duit hantaran tinggi sgt.. Huhu.. Risau lps kwin da xde duit jer..

    BalasPadam
  12. Kalau tengok belanja perkahwinan sekarang, memang rasa macam tak mampu nak kahwin.

    BalasPadam
  13. Ikut pngalaman kak tasha. Bnyk rasanya membazir. Klu blh pusing blk masa nk kawin lg skali ahahah

    BalasPadam
  14. Hmm, depends on individu jugak.Macam I dulu buat sekali dgn adik so, budget boleh share untuk majlis.

    BalasPadam
  15. betul sangat entry ni... teringat satu blog saya baca tadi... pasal Uwan (Nenek) yg bercerita dia nikah minum kopi o ngan biskut mayat jer... keluarga je hadir... tu je mampu, bahagia sampai mati... apa yg saudari nyatakan di atas adalah pembaziran yg melampau... ini sudah jatuh haram dan perkahwinan mungkin akan membaurkan halal dan haram sekali... jangan jadi ibubapa yg menjerumuskan anak2 ke dalam neraka..

    BalasPadam
  16. adeh. ini semua wang! kos kos kos.... pusing kepala den gini.. hihi

    BalasPadam
  17. baru pergi kursus kawen last weekend nad.. ape penceramah tu cakap, kos untuk kawen yg sebetul2 nya tak sampai pun 1k. simple lagi sweet kot.

    BalasPadam
  18. hahaha 'no money,jangan harap lah',that is what my mom say -.- erhhh

    BalasPadam
  19. terkejut sangat yang pasal hantaran tu.. patut lah ramai lelaki yg rela membujang dr berkahwin zaman sekarang ni.. hantarannya bukan main mahal..

    BalasPadam
  20. hee, kena cakap berlapik jugak ni, tapi macam best jugak kalau kita jadi pemula langkah untuk majlis yg sederhana :)

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  21. I buat yg paling simple. Biarlah orang nak kata apa, yg tanggung bukan mereka (:

    BalasPadam