Cara Berdating Waktu Tengah Pokai

9:02 PG


Assalamaulaikum Hai.


Hahaha tajuk hm. Ala biasalah siapa yang tengah bercinta tu tau lah pentingnya duit time nak keluar ni kan hahahha. Keluar je mesti pakai banyak gila duit T_T Dengan makan tau nak sedap je, tengok movie pulak tau nak marathon, pastu taknak jammed semua nak highway so tol lagi hahaha semua nak best-best jer. Dah cuba jugak nak bajetkan tapi tetap habis beratus.


Makanya Nad pun terfikir-fikir lah cara nak dating selalu tapi cara bajet. Ala cara bajet tu cam tak keluar duit sangat pun asalkan dapat spend time sesama and have fun. Kan kan? Nak happy tak semestinya kena keluar duit kot.



Bersiar Siar



Bersiar siar ni dalam erti kata lain boleh la lepak dekat pantai ke or jenjalan dekat taman mana mana. Haa confirm nak masuk pantai tu free of charge kan? Hahaha. Jenjalan je sesama. Bila takde buat pape camni boleh la borak lama lama sikit kan? Amik gambar and save the memories. Amik gambar dengan nature ni biasa cantik hahah. Lagi, boleh tengok sunset alah sweetnya.



Download Movie



Tengok movie ni pun agak satu pembaziran sebenarnya T_T Hahaha sebab movie dekat area KL Selangor ni bukan murah murah pun lagi lagi weekend. Cerita dah berzaman pun tetap berbelas ringgit. Belum lagi cerita baru kan. Pastu tau lah berdua, nak duduk couple sit je lol maka berganda lah. Nak jimat, download je movie then korang tengok ah sesama dekat taman ke apa feeling feeling dekat oversea gitu. Ha kan? Takdelah pelik sangat sebenarnya. Nak lagi best pergi bentang tikar sekali makan makan sikit. Ehh

Kalau premier screening takpe sebab free :p



Pergi ke Perpustakaan


Pelik ke pergi ke perpustakaan? Tak pun sebenarnya. Sweet adalah. Hahaha lagi lagi kalau yang suka baca novel ke aduhh. Seronok rasa dapat buat aktiviti kegemaran ditemani orang kegemaran jugak ha ayat haha. Kan? Ala lagi sekali amik jela gambar save the memories. Lagi standard sekarang dalam library ada je wifi so boleh je online je dalam tu ke.


Haa tiga contoh jela Nad dapat bagi untuk dating sewaktu pokai atau dating dalam keadaan berjimat ye. Yang penting dapat spend time sama-sama dapat jumpa buat something sesama. Tak semestinya nak dating kena keluar duit banyak, boleh je sambil saving. Yang mana tengah saving digalakkan amalkan ye :p


P/s : Hafiz, we should do this to save moneyyy hahaha (",)


You Might Also Like

36 ulasan

  1. Hahahahaha akak setuju semua point Nad ! Even lepas kawen pun rasanya boleh apply benda alah ni.Nice one ! ^_^

    BalasPadam
  2. Salam kenal Nad.
    Terbaiklah.Memang save RM dan boleh bersantai bersama.

    BalasPadam
  3. idea yang bernas. lepas ni boleh simpan duit sampai kepuk kepuk gituuu. hahah :)

    BalasPadam
  4. Part besiar2 kat alam skitar n kat movie ada jea gambar. Kalau kat perpustakaan xda pn gambar bdua? Nampak sngat ulat x buku sangattttt! Hahaha. Nice :)

    BalasPadam
  5. oi apa ni ajar qila berdating ahhahhahaahahh!!
    thanks kak nad for the tipssss hihiihihi
    nnt qila wajib buat ni ekeke

    BalasPadam
  6. ehem2~ ana setuju point2 nad tu. dating cara saving pon boleh je hehe

    BalasPadam
  7. sampai ni xde lagi makwe , jadi xyah la dating2 . jimat duit :p heheee

    BalasPadam
  8. Ececehhhh
    Pastikan diteruskan dating tu sampai dah beranak pinak tau

    BalasPadam
  9. HAHA. Terbaikk nadd. Sepadan habis.

    BalasPadam
  10. dating sebulan sekali ok kot..

    BalasPadam
  11. yang penting jangan gi tempat yang tak de orang ye~ paham-paham je la ekekeke

    BalasPadam
  12. Hehehe.comel jek.

    Anyway visit mine kt
    http://myraanneba.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. hahaha bagus nie...bleh guna tips nie !!!

    BalasPadam
  14. Cara Cik Mimie pulak suka lepak kopitiam...pesan kentang goreng or roti bakar dgn air..lepak n borak2 je kat situ..hahaha..

    BalasPadam
  15. Huhuhu bagus tol ni nad.

    Pssss : nad jgn cantik sgt blh huhuhu

    BalasPadam
  16. hahaha kite tak ada pakwe kak -.- hahahaha

    BalasPadam
  17. bawak bekal gi picnic kat taman tasik pun boleh.

    BalasPadam
  18. kalau dah berdua tu kat mana pon xpa kan. tengok muka masing2 pon dh rasa kenyang ja . memang tak yah spend apa2 pon la . hihihi

    BalasPadam
  19. yg 1st n 2nd tu kak niesa sll buat!haha..petang2 lepak waterfront mkn eskrem pastu sembang2 lg seronok!pastu tgk movie kat ipad je..

    BalasPadam
  20. nk jimat lagi kahwin haha bila kahwin dah jarang sgt nak keluar2 hehe

    BalasPadam
  21. Huhu dik...malu plak ai yg kakak2 ni baca ....haha


    BalasPadam
  22. Idea bernas.. tapi Misaki tadak bf dekat dunia real bwahahaha XDD

    suka part datingdekat library.. so sweet D mwahahaha.. best jugak kalau dating sambil main game tuh pun kalau dua-dua suka main game XD

    yg bab movie tuh serius idea terbaik XDD tapi cam tak best je kalau tengok kat luar.. prefer tengok movie dalam bilik tidur.. tapi tuh lah kan.. ahahahaha XD tgok ngan kawan ja lah or dgn family :3

    BalasPadam
  23. ^ atas ni mmg win komen dia. sokong2

    BalasPadam
  24. haha. +1! bawak bekal makanan dari rumah! haha. been there done that. memang lawak tapi fun hehe

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
  25. Serious ke kalau orang keluar dating ni selalu beratus?

    BalasPadam
  26. haha.. licha kalau malas selalu nya dengan suami masak kat rumah lepas tu tengok movie dari pagi sampai petang :)

    BalasPadam
  27. ^____^
    w0w ! nice tipss...maybe s0meday i nak dating ngan suami i je nanti...konfem lagi sweet dan diberkati...

    BalasPadam
  28. perghh yang last part tu... tak boleh bayangkan.. but.. the idea is very brilliant lah nad!

    BalasPadam
  29. amboi-amboi..hehhee...pergi jumpa nad pun die kene ade duit..hahaa

    BalasPadam
  30. Point yg kt library tu... Tenangg je sunyi sepi...

    BalasPadam
  31. Haha ... saya suka dating kat Library .. :)

    BalasPadam