Dapat Panggilan Temuduga Pegawai Khidmat Pelanggan

11:01 PG


Assalamualaikum Hai.


Alkisahnya, masa bulan 9 haritu Nad baru dapat tau pasal spa bagai. So bukan main excited la time kawan cerita tu terus la Nad pun pandai-pandai je isi apply mintak kerja. Tapi disebabkan diploma ni pun tak habis lagi, Nad pun guna jela keputusan spm kan. So jawatan dan gaji yang dipohon semua taraf-taraf spm jee. 


Tiba-tiba 2 hari lepas masuk dah email kata ada temuduga kerja pegawai khidmat pelanggan 18hb ni T_T Nad dengan serba salah nya. Kalau nak pergi pun dah la ni Nad dah sem 6. Takkan la nak stop macam tu je tanpa diploma. Yela, gaji pun RM952 je kot sebab guna spm punya sijil kan.


Tapi, kalau la tawaran ni masuk lepas Nad habis diploma maybe Nad terima jela kot. Sambil-sambil tu boleh la buat pjj untuk degree sekali ke kann? Tapi macam rugi la sebab Nad amik pun diploma kejuruteraan awam tiba-tiba kerja khidmat pelanggan dah apa kena-mengena? Hahaha. Tapi biasa lah, sekarang ni kerja pun tak boleh nak memilih kan. 




P/s : So apa pendapat korang? Kalau tolak, susah dah ke nak dapat kerja dari kerajaan lepasni?


You Might Also Like

21 ulasan

  1. tak pa..belajar2 juga..ni baru panggilan kan.. g je dulu..tgk amcam keputusannya kelak.. masa saat keadaan nanti..boleh buat solat istiqarah..insyaallah... tak salah nak mencuba kan...

    BalasPadam
  2. Hi nad, wuu dpt job. heheh pada aku lah kan, maybe you can give a try, its only an interview. Nanti after iv, kalo betul dpt job boleh fikirkan balik,mntak pendapat family, istikharah. sbb nad boleh gain experience dari iv ni dan boleh gunakan pengalaman ni masa akn dtg lps tamat belajar nnti. why not kan? :)

    BalasPadam
  3. nad :) miza dah biasa pergi temuduga dari spa nieh :).. Lagy pun nad kan dah semester akhir :) nad pergi ja temuduga :) ^^ then tya org tuh..kalau larh diberikan peluang dpat..agak3 bila start?? and thing..selalu mmber2 ckp.kalau nak dapat..cakap x study...kalau xnak ckp dah study :) ...and nieh panggilan temuduga ja..kalau x pi pun xpa...x kena blacklist :)...yg kena blacklist tuh sebb dah lulus temuduga tp x pi :)

    BalasPadam
  4. yupp//pergi je itview... 900 tu belom campur elaun semua tu kann.. banefit lg... =) good luck..

    BalasPadam
  5. Hihi..rugi kalo tolak, tp kalo yana tolak jer sebab da pernah ade pglmn jd kp swasta n xbrpe nk ske dgn kje skop tuh..huhh

    BalasPadam
  6. Rasanya better abeskan dulu belajar. Lgpun dah sem 6 kan. Pergi je iv tu untuk ambil pengalaman.

    BalasPadam
  7. hehhehehhee chaiyuk in making decision kak nad!
    try jelah gi interview dulu hehe.
    Tanya parents jugak btw hihuhi mesti lah kan ekeke.

    Fighting!

    BalasPadam
  8. hari tu BV dapat jugak tawaran dari SPA, interview untuk pembantu akauntan. memang macam kaknad la, serba salah nak interview, kalau pergi interview dan dapat mesti sayang gilaaa dh nak tolak kan, apatah lagi akauntan sgt la bukan berkaitan dengan bidang BV. so BV tak pergi T.T sebab nak habiskan diploma dulu. better kaknad isthikarah, manatau ALLAH bantu bagi keputusan.

    bg BV, kalau ada rezeki lain kali, inshallah dapat lagi, :D manatau gaji guna diploma lebih skett. hahaha :D

    BalasPadam
  9. xreti bagi pendapat.. anyway all the best akak ~

    BalasPadam
  10. intebiu ok lg nad.. akak selalu kena jawab exam tp mesti xlepas. try dulu mana tahu rezeki kan :) skrg susah nk kerja ikut course yg kita study.

    BalasPadam
  11. apa kata kak Nad try interview dulu?interview je kan..istikharah la akak..moga dapat petunjuk dan sennag buat keputusan,

    BalasPadam
  12. pegi je dulu,dpt pengalaman interview.:)

    BalasPadam
  13. Pegi pun takpe..kalo x pegi pun takpe...lagipun spa dah jamin kalo tak pegi pun tak kena blacklist..kalo dah rezki takkan,ke mana

    BalasPadam
  14. Nad, skang keje memang susah nak dapat, nie nasib baik satu melekat pun dah okay zaman sekarang. Nak pilih keje yang kita memang susah kot.

    BalasPadam
  15. em.. buat la solat petunjuk nad.. semua rezeki dah tertulis utk kita,cuma tinggal usaha ja.. kalau nak pergi,dapaat ja pengalaman..

    BalasPadam
  16. Temuduga tu pergi je dulu.. dapat ke tak dapat.. nak kerje ke tak nak itu nombor dua.. :D
    Tapi muda lagi.. nak fokus 100% pada study untuk sekarang pun tak salah ...

    BalasPadam
  17. pg jer Iv 2.. cari pengalaman.. hehehe

    BalasPadam
  18. IV yang sama Cik Mimie dapat :) Better pergi je Nad, tak salah mencuba...gudluck :)

    BalasPadam
  19. Takde pengalaman lagi :) Takleh kata apa-apa ^^ All the best ye apa-apa sahaja keputusan yang Kak Nad buat :D

    BalasPadam
  20. sy dah iv hari isnin 15/12 haritu. nad cane? ok x?

    BalasPadam