Perubahan Produk Dr Hasseenah

9:00 PG


Assalamualaikum Hai.


So dah pun cukup 5 bulan Nad guna produk Dr Hasseenah. Yeap around 5 months jer rasanya. Starting from 4 June hingga harini 1 Dec. So sekarang Nad nak cerita perjalanan dari mula Nad pakai sampai lah sekarang ye hehe. Excited sikit nak cerita kahkah.


AMARAN!!
ENTRY INI AGAK PANJANG


Before March 2014


Sebelum March 2014 ni Nad pakai Vitamin E Collagen yang RM15 satu set tu. Memang berkesan cantik je kulit hehe alhamdulillah lah kan. Nah, rasa yakin aje nak pergi ke mana pun. nak amik gambar pun takda hal punya lah kan T_T





March 2014


Tak lama lepastu dengar ura-ura mengatakan produk tu ada mercury. So Nad pun bertukar lah ke Loreal. Siap beli satu set tau. Bukan takat pencuci muka sahaja. Haa beratus jugak lah kan. Sebabnya kita kalau boleh nak la muka kita secure. Tapi tak sangka pulak makin teruk jadinya T_T




Hah set Nad bagi. Teruk gila ya ampun T_T Sedih sgt tau. Korang sendiri bezakan lah ye. Dah la time ni tengah final exam tau, habis dah orang tegur. So untuk slow down kan pengeluaran jerawat tu Nad pun amik lah supplemet sne & be yang RM200++ tu pehh habis je terus tak mampu repeat beli dah hahaha. Sne be berkesan (tengok gambar bawah) tapi mahal sangat ni.


June 2014


So akhirnya time bulan 6 tu Nad pun amik inisiatif untuk jumpa doctor pakar. Senang. Terjamin. Dan mahal T_T Kahkah tapi nak buat cemana so ini wajahku time first day appointment. Time naked face untuk doctor kenalpasti apa masalah kulitku.





August 2014


2 bulan pakai baru nampak beza sikit jeee. Memang kena sabar betul pakai produk ni T_T Dah la banyak pantang, mahal pastu kena sabar k. Demi kulit yang lebih elok. Hmmm.


Whoops, maaf atas perbezaan warna kulit. Faktor pencahayaan mungkin?


November 2014



Nahh. The scar tak 100% lagi hilang but nah cuba bezakan gambar June dengan now hehehe
I think there is different


Hmmm. I don't expect much from this product since pantang larang makan ayam pun Nad langgar. And kekadang pemalas sangat nak cuci muka since banyak sangat step. Tapi kalau nak compare dari first day till now guna product doctor ni memang berkesan and banyak perubahan


Sekarang Nad baru fasa hilangkan jerawat and yeah no more jerawat. Sepatutnya lepasni fasa hilangkan parut pulaa. Tapi family ada masalah kewangan sikit so mana yang kurang penting kita tak teruskan. Jaga muka memang penting tapi ada banyak lagi benda lebih penting kan?


P/s : Tolong suggest apape product bagus untuk hilangkan parut pls? ^^

You Might Also Like

49 ulasan

  1. Akak singgah ye...

    Cadangan akk utk hilangkan parut boleh amik Vitamin E. Akk pengguna VIT E shaklee. Akak juga pengedar sah shaklee. Kalau nak tau lebih lanjut boleh wassap akk di 013-9337697. Singgah blog akk juga ye...salam kenal..😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm tula. Banyak dengar Shaklee elok tapi Nad tak suka laa makan supplement jenis pil hmm takleh nak telan T_T Thank you kak for suggestion

      Padam
  2. Cubelah try Bio Oil tu. Hahaha. Akak dengar boleh hilangkan parut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tu tapi tak pernah try kat muka :'/ Haha nanti try ehh

      Padam
  3. cuba try produk glamoskin yang baru tu. keluaran legacy secret.:)

    BalasPadam
  4. yunk ce try dua produk ni,,corrector cream oil (cco) & tomato clear skin(tcs)...produk semulajadi tanpa bahan kimia..dan free paraben.,banyak da testimoni nana baca,harga pun mampu milik :) now nana pun tgh guna,hihi....nad boleh tgk2 dlu ye kat fb kak wan ni

    https://www.facebook.com/wann.mistine

    lipstick,eyeliner,syampu,lotion semua adoo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best ke Nana? Nad dah usha dah macam best sebab comel haha and tomato is good for skin kann

      Padam
  5. Assalamualaikum. Klau nak hilangkan parut or jerawat, bleh try Jerslin oil. Harganya tak mahal sangat. Saya prnh pkai dulu. Tpi skrng dh stop. Ok la bila pkai benda tu. Jerawat kurang, parut pudar sikit. Smpai nenek pun tegur. Hihi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam kak Nad. Jerslin oil? Em tak pernah dengar ni. Berkesan eh? Dekatmana boleh dapat eh?

      Padam
  6. nak suggest tak tau...tapi kalau ada bgtau la...

    p/s : Dnars pun dengar kata okay..kak sally pakai Etude House @ Tony Moly (Korea je)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dnars tapi sekarang banyak yang fake lah kak Sally. Hmm takut kang terbeli yang fake makin susah pulak

      Padam
  7. now jerawat cik belbel naik macam hape. rasa nak pakai pencuci muka glorox je ni. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ish ishhh jangan. Relax duluu, take time nak slow down jerawat ni hmm

      Padam
  8. Ada nampak perubahan tu. Kulit muka saya pun agak sensitive, tak boleh salah pakai produk. Tengah cari produk berkesan jugak ni nad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah memang ada perubahan :) Alhamdulillah, bukan senang. Tulah, kena hati-hati. Nad pun baru try product baru ni

      Padam
  9. Nad. Saya suggest awak godek2 blog nesa ni sb dia masalah sebijik macam awak. Asalnya pakai vitamin e collagen tu lah.
    Cuba cari entry dia yg lama2 n tbaru. Dia on dah ada perubahan. Try okey?

    http://knnessa.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awhhh seriously? Thank you Fatyn!!! :* Baiknya hehehe okay Nad usha!

      Padam
  10. One more. Elakkan pakai pelembab banyak n something yg oil. Sekali skala nad sapu madu.
    Allah dah cakap kan madu mampu ubat segala jenis penyakit kcuali mati. Xpayahlah pakai yg pekat2. Kak fatyn pn campur dgn air n sapu guna kapas. Insyaallah nad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes yes memang tak suka pakai moisturiser cz makin tambah minyak adalah hmm. Madu kalau kat rumah rajin pakai but now dekat hostel macam hmm. Thankyou kak Fatyn, such a good helper you are! :*

      Padam
  11. nampak perbezaannya..Cik Mimie tak pasti product ape yang boleh hilangkan parut tapi rmai ckp bio oil ok..cuba la ye :)

    nad singgah sini http://norshamimi.blogspot.com/2014/12/10-pengomen-tegar-november.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you cik Mimie! :) I'll try Bio Oil kalau ada rezeki lebih hehehe

      Padam
  12. Amboiii lawa sgt nad ni ah. Ptt la cantik je huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa mana ada lawa sangat pun kak Tasha. Just better :)

      Padam
  13. Chaiyokk nad! Ketara gila perubahannya.. :)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah .. nampak la perbezaan di situ.. tak sia2 la nad spend sket untuk menjadi lebih baik :D

    BalasPadam
  15. Amboi..comel daa haa.. Byk perbezaan tuh nad..yana nye jrwt dlu cam nad jgak.. Tp skunk ni besau2 lak, bkn kcik2..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah jerawat dulu tu memang besar besar camtu emm. Alhamdulillah dah tak.

      Padam
  16. huhu. kite pun ade masalah jerawat. pasni kena jaga2 la nad kalo nk beli produk kecantikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Always kena hati hati! Sekarang ni berlambak sangat product dah T_T Haihhh

      Padam
  17. hi dear. i always used nutrimoist. dari CNI . cuba awak google. benda tu elok untuk scar. semua jenis scar. saya kalau naik jerawat sebiji je mesti terus letak. dalam tiga hari jerawat takut naik. hee. lepas tu. nutrimoist ni mcm berangin sikit . tp alhamdulillah okay. adik saya pun saya bagi pakai nutrimoist . bila dia naik jerawat je sy bagi :) cuba la nutrimoist. dia ada mcm dalam tube and bekas. beli yang tube murah sikit . haa. alang-alang. ni link :) cuba intai. http://www.cni.my/buy/single/6188/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nutrimoist? Biasa ada jual dekatmana eh?

      Padam
  18. farra salu scrub2 je kalau nak hilangkan parut2,buang sel2 mati tu..lepastu makan vitamin c,mkn pudar parut jerawat farra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously? Hmm vitamin c apa eh yang best? Not pill. Scrub, yes i should do scrub la hmm. Thank you Farra! :) Hehe

      Padam
  19. kite blom pernah lagi alami smua ni kak. so dont know much. sbb kite mmng dari dulu guna fair & lovely and tak tukar2 atau cuba produk lain sbb tak berani sangat. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaa bestnya Tashira. Jangan tukar tukar ok! Nanti nasib tak baik makin terul. Kak Nad ni senang terpengaruh. Tashira if dah serasi teruskan je okay.

      Padam
  20. waahh. dah okay tu. cuba try NOUR AIN. ramai bagi feedback okay. try google. kawan aisyah pakai licin je muka dia. dulu macam ni jgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haiiii hihihi haah kita memang tengah try Nour Ain hehehe. Baru sehari and hope dalam 2 weeks dah boleh bagi feedback positive please hehehe

      Padam
  21. alhamdulillah i am happy for you.
    Takpe pain sikit untuk jadi cantik qila pun nak gak jd cantik mcm kak nad ekeke.

    Thanks kak nad qila nk bookmark sbb nak hilangkan parut dkt kaki :(
    Nyamuk banyak gila gigit pastu qila selalu garu mcm kudis kurap dah ugh i hate myself haih.
    Thanks kak nad love u

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oiii Qila dah cantikkk hm :< Kak Nad je tak hmmm. Parut tuu Qila try pakai Mederma, bagi kak Nad okay ah. Tapi tak berani pakai kat muka hehehe sebab oily. Iloveyoutoo Qila! <333

      Padam
  22. jeragat ur mom Dr. rawat cmne? boleh share x? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti balik i interview my mom dulu okay :)

      Padam
  23. kak nad , kita baru pakai produk dr haseenah. since tengok kat blog akak, saya dapat inspirasi nak mencuba. saya nya jerawat masih baru2 je lagi nak muncul . tapi sedih ah kalau dia selalu muncul kat muka :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miera seriously?!! Kena konsisten tauuu. Pakai produk Dr satu malam terskip pun dah boleh naik jerawat so kena discipline :) Kak Nad pakai 6 bulan dah okay :) Kena sabar tauuu

      Padam
  24. nak tanya, you just pakai produk Dr atau you ada buat treatment yg peeling tu sekali ? Sbb its quite impresive la your face now. Face I pon macam you and tgh berkira nak pergi ke Dr ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I just konsisten guna produk Dr je for 5 months tu. Tak sempat buat apape treatment. Alhamdulillah okay jer. Kalau treatment dah kira harga lain. I pakai produk je for 5 months around 1k. Hope this helps :)

      Padam
  25. salam sis :).Saya baru je buat first appointment kat klinik dr hasseenah and alhamdulillah 2 minggu pakai ubat Dr ,dah nampak perubahan tu.tapi part pantang larang makan tu susah sikit laa haha..Thanks tau share pengalaman awak kat klinik Dr H selama ni.saya nekad pergi jumpa Dr pun selepas baca blog awak hehe.

    BalasPadam