Review : Produk Safi Rania Gold

9:57 PG


Assalamualaikum Hai.




Ingat lagi tak entry Majlis Pelancaran Majlis Safi Rania Gold? Ala time nak lancarkan produk baru Safi Rania Gold and lantik Nora Danish jadi ambassador tu? Hehe haa yee. Yang bulan lepas tu :p So now, Nad nak review produk terbaru diorang niii. Tak best ah setakat bagitau boleh mencerah tapi taktau pun apa je produk diorang.


Plus, haritu ada yang comment tanya berapa range harga kalau nak pakai produk Safi Rania ni. Hmm kalau nak dibeli semua memang beratus lah habis. Tapi ni Nad nak tunjuk produk yang kira wajib pakai jelah yee. Ada 4 je kesemuanya dan tak sampai RM100 pun! Haa yeay kan?



Pembersih Wajah dan Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD



Membersih dan Meremajakan Kulit

50g - RM8.90 (SM) RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) RM15.50 (SS)

Pencemaran dan kotoran mengakibatkan kulit kering, lemah serta tidak sihat. Pembersih wajah Safi Rania Gold dengan Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera membersih kotoran dan sisa mekap dengan lebih efektif. Sementara Vitamin C pula memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Buihnya yang mewah berkrim membersih sehingga ke liang pori. Kulit terasa licin, lembut dan sihat. 


Membersih dan menyegarkan kulit

50g - RM8.90 (SM) RM9.20 (SS)
100g - RM14.90 (SM) RM15.50 (SS)

Cuaca panas dan tak menentu menjadikan kulit mudah kering seterusnya melemahkan struktur kulit. Gel pembersih wajah Safa Rania Gold dengan Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera membersih serta mengembalikan kesegaran wajah sementara Karnosin yang merupakan agen antioksida, melindungi kulit daripada radikan bebas yang merosakkannya. Pembersih bertekstur ringan dan berasakan gel serta pH seimbang ini membersih wajah dengan lembut tanpa menghakis lembapan semulajadi agar kulit wajah kekal lembap.



Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD



Mengembalikan Keremajaan Kulit

20ml - RM33.90 (SM) RM35.30 (SS)

Penghasilan kolagen secara semulajadi di lapisan dermis kulit mula berkurangan apabila usia meningkat ke pertengahan 20an. Atasi dengan Serum Konsentrasi Safi Rania Gold. Diperbuat dengan lebih 50x Bio Nano Emas 24k bersama kombinasi Protein Sutera, ia mengandungi molekul yang lebih kecildan efektif supaya menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar memperlahankan tanda penuaan pramatang sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gabungan Tri-Tone Equaliser pula mengembalikan tona wajah agar tidak kusam dan wajah segera kelihatan lebih bermaya malah cerah berseri. Keremajaan kulit kini dikembalikan.



Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD



Merawat Kulit Ketika Tidur

40g - RM26.90 (SM) RM27.90 (SS)

Kulit yang sentiasa terdedah kepada panas matahari, pendingin hawa dan pencemaran di siang hari boleh memudaratkan dan mengakibatkan kemunculan garisan serta kedutan. Proses pemulihan yang sesuai untuk mengatasinya ialah waktu malam. Krim Pelembap Malam Safi Rania Gold dengan Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera merupakan krim yang merawat kulit sambil meningkatkan penghasilan kolagen. Sementara Phyto-SLC memulih kulit daripada lapisan kulit paling dalam, meningkatkan dan menggalakkan sel-sel baharu kulit  pada waktu malam sambil mengurangkan kemunculan garisan dan kedutan.



Haa itualah keempat-empat produk Safi Rania Gold yang kiranya wajib lah untuk korang tepek dekat muka okay. Sebenarnya ada banyak je lagi produk lain seperti penyegar, skrub muka, krim pelembap siang dan bb krim. Tapi yang kira asa yang atas ni lah ye :) Total kan semua haa tak sampai RM100 pun. 


P/s : Nad sekarang dah amik supplement jugak and konsisten hihi.


You Might Also Like

21 ulasan

  1. Uii supplement ape ? Hehehehe. :D

    BalasPadam
  2. kitaa pun dah usha usha nak guna yang ni. wehuuu :P

    BalasPadam
  3. wahhh menarik .... ok la dpt free boleh test dulu klu serasi teruskan kan

    BalasPadam
  4. Murah n berbaloi. Klu lah blh tukar produk huhuhu

    BalasPadam
  5. dulu shad suka sangat try produk itu dan ini...hehe..
    skrg just guna sabun tomato sahaja..
    jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad

    BalasPadam
  6. produk safi ni ramai org kata berkesan. tpi belum prnh pakai safi rania gold ni

    BalasPadam
  7. wahhh... best ni.... dahla murah.. akak office ni pakai berkesannn

    BalasPadam
  8. Ehh, aku bagi mak aku pakai..hehe :)

    BalasPadam
  9. teringin nk niiiii try since ND jd ambassador tu heheehe

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
  10. Belum pernah try lagi produk rania ni..hee

    BalasPadam
  11. Saya kalau pakai produk safi mesti muka berganda ganda minyak. sedih gila.

    baru 17 tahun nak pakai gold gold ni rasa macam over la pulak ahahaa.

    BalasPadam
  12. Hi adik yg maniss.... datang dan follow blog disini... :D

    BalasPadam
  13. kak niesa tkt nk cuba mcm2 produk..nak cantikkk jugak..hikhik

    BalasPadam
  14. dulu pkai gak safi tp skrg dh tukar produk lain..
    safi mmg puas hati pkai..
    yg penting selamat

    BalasPadam
  15. Haiii nad..sha guna produk ni jgak..mmg puas hati laa guna sebab produk ni sangat berkesan bagi sha

    BalasPadam
  16. leh nampak comel macam nora danish

    BalasPadam
  17. Wah... Complete set penjagaan..

    BalasPadam
  18. sekarang nie nad still guna set safi rania gold ker ? elok ke ? saya ex-patient Dr, haseenah, sbb tak bpe nak mmpu, so, tak bpe nak teruskan. heee

    BalasPadam