Barangan Elektrik Terbaru Keluaran Mitsubishi

2:40 PTG


Assalamualaikum Hai.


Mitsubishi Electric | Mitsubishi sememangnya satu jenama yang gah dan sudah pun dikenali di Malaysia. Sebut sahaja Mitsubishi semua sudah tau jenama barangan elektrik. Fakta ini memang tidak boleh disangkal lagi.








3 Januari yang lalu, Mitsubishi telah mengadakan satu talk event selama 3 jam bagi memperkenalkan 4 produk keluaran terbaru mereka. Talk event yang bertempat di ofis Mitsubishi, Petaling Jaya adalah bagi mempamerkan produk-produk tersebut seperti air-conditioner, jet towel, fan dan fridge.



Air-Conditioner




Air-Conditioner Mistubishi ini mengandungi filter nano platinum yang akan menambahbaik lagi proses pengumpulan habuk atau debu. Ia juga mempunyai 5 langkah kawalan udara yang pastinya menjamin haluan udara mengisi seluruh ruang. The best part is air-conditioner terbaru Mitsubishi ini JIMAT. Yes, jimat. Sebabnya air-conditioner jenis ini mudah untuk dibersihkan hanya dengan 3 langkah sahaja. So boleh buat sendiri tanpa mengharapkan bantuan syarikah baikpulih pendingin hawa. Bertambah jimat bila kita rajin servis sendiri air-cond yang turut merendahkan kos bil elektrik. Selain itu, air-cond ni 5 star which means less energy used!



Jet Towel (Hand Dryer)




Biasanya kita jumpa hand dryer ni dekat mall or restaurant je. Tapi sekarang, dekat rumah pun dah boleh letak tauuu hihi. Semuanya dari Mitsubishi. Penggunaan hand dryer ni adalah untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga dan memastikan kita sentiasa selesa. Ruang untuk mengeringkan tangan juga luas so tangan yang gebu-gebu pun boleh fit in sekali hehe. Hanya letak tangan 10 seconds then tadaaa dah kering tak perlu letak sapu tangan lagi sekarang.



Fan

·    

Keselamatan : Bahan-bahan bukan self-flammable dan motor tersembunyi digunakan bagi meningkatkan lagi keselamaran penggunaan kipas dan menghalang bahan lain daripada memasuki bahagian motor. Ini turut mengurangkan kemungkinan kemalangan.
Perlindungan : Fius kupas akan berhenti secara automatic apabila arus elektrik berlebihan manakala fius terma menghentikan aliran elektrik apabila motor terlalu panas.

Warranty untuk kipas adalah selama 3 tahun.


Fridge




Fridge keluaran Mitsubishi sangat unik dengan adanya “Vitamin Factory Triple Colour LED”. Ia membantu meningkatkan 1.5 kali dalam mengekalkan nutrient dan meningkatkan vitamin sayur-sayuran. Lepastu boleh kawal kelembapan udara untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama. Kesimpulannya, semua akan segarrrr. Sama seperti air-cond, kipas juga 5 star so kurang energy yang digunakan. Lagi –lagi pada waktu tengah malam, automatic energy level akan turun untuk mengurangkan penggunaan tenaga.



Keempat-empat barangan elektrik yang disebutkan di atas adalah barangan terbaru keluaran Mitsubishi. Barangan yang sudah pun dinaiktaraf kan dan kualiti terbaik hanya dari Mitsubishi.


P/s : Kalau ada rumah sendiri ni fuhh, syiok cuci mata barangan elektrik pulak haha.

You Might Also Like

11 ulasan

  1. tolonglahh jet towel tuu menawan hati. hahah :P

    BalasPadam
  2. wooooooaw.. ehehe dapat free ekon tu bestnya hehek..

    BalasPadam
  3. wah dapat pergi event dengan blogger2 hebat.... nak ikut....

    BalasPadam
  4. jet towel! jet towel! lawa gilaaa ><

    BalasPadam
  5. Jenama mitsubishi memang bagus, peti sejuk rumah aku jenama ni. haha xD

    BalasPadam
  6. Nad pegi ke event ni..tak nampak pun...hihi

    BalasPadam
  7. wahhh, ingatkan Mitsubishi kereta je :D

    BalasPadam