Cabar Diri Cuba Benda Baru

6:51 PTG


Assalamualaikum Hai.


Dalam hidup ni semua benda ada pertama kali. Semua benda yang kita nak buat, ada risiko. Cuma nak dengan taknak, berani dengan tak je. Untuk cuba buat pertama kali, mungkin benda tu benda baru lah kan bagi kita, tapi the next one mungkin kita dah biasa or boleh improve and buat better dari first time tu.


So macam mana sebenarnya kita nak cari inspirasi untuk cuba benda baru tu. Apa yang menginspirasikan korang untuk terus maju ke hadapan. Untuk berani dan yakin? Emm kalau takde or takleh nak figure out apa, meh jadikan benda benda ni sebagai satu pegangan untuk korang cuba benda baru dalam hidup.



Sanggup Bekerja Lebih



Hidup ni memang susah. Mostly susah la, takde yang senang kan. Macam tu juga laluan yang kita nak amik untuk berjaya tu. Dengan pelbagai cabaran dan dugaan, semua tu nak kena tempuh untuk berjaya. Cuma sangguo tak sanggup jelah kan nak harungi semua tu. In shaa Allah kalau sanggup, takde benda yang mustahil.



Kisah Orang yang Berjaya



Bila dengar cerita orang orang yang dah berjaya ni memang betul betul memberi inspirasi. Sebab mostly diorang pun insan biasa je jugak macam kita tapi boleh jadi something yang luar biasa. Diorang pun start dari bawah and zuppp naik atas, atas usaha diorang sendiri. Diorang boleh buat keputusan untuk tentukan jalan hidup diorang berbeza sikit dari orang lain tapi haa boleh berjaya.



Sokongan dari Kawan dan Keluarga



Tiap orang mesti ada sokongan atau dorongan yang orang berikan p[ada kita. Sama ada kita sedar atau tak je. Sometimes korang comment comment kata semangat pun sebenarnya tu satu dorongan buat Nad hehehe Nad sedar tu :) Sokongan tu juga bagi Nad satu cara nak show kasih sayang. Ye ke tak eh? Haha. Percaya lah sokongan dari orang sekeliling boleh buat kita terus maju ke hadapan.


Haa cepat cepat motivate diri sendiri. Sejujurnya tiap orang mesti ada inspirasi sendiri yang buat korang terus move dalam hidup ni. Bagi Nad 3 benda ni memang betul betul satu benda yang penting buat Nad. Bukan senang k nak terus ter-inspirasi dan semangat. Tapi in shaa Allah, kalau kena cara mesti boleh.


P/s : Ehem hemm, esok nak pergi .......

You Might Also Like

24 ulasan

  1. setuju. tiga tiga tu penting. haipp. esok nak pi mana hah? detim leteew. hahah :P

    BalasPadam
  2. Betul tu ..3 benda ni pasti buat kita tambah semangat nak lakukan sesuatu tu kan..

    BalasPadam
  3. Btol2. Hakak suka tgk org yg berjaya post gmbar2 shoping.terus rasa teruja

    BalasPadam
  4. yes sokongan dari kawan & family tu mmng penting. hee

    BalasPadam
  5. chaiyuk kaknad hehe <3
    eipp nak ke mana tuuww

    BalasPadam
  6. betul tu. nak buat sesuatu...... paling berat tu time nak mula la. bila da start...everything is okay! hahaha

    BalasPadam
  7. betul..setuju sangat2..yg ptg mst nekad dan ada sokongan dari family :) ..bukan mudah utk menjadi senang namun tak mustahil utk menjadi senang..

    BalasPadam
  8. kisah org berjaya akan buat kita be motivate..good point

    BalasPadam
  9. setuju sangat. hehe. banyak cara nak motivate diri nie. hehe. nice sharing :)

    BalasPadam
  10. Biasanya bila dengar kisah orang berjaya memang selalu buat saya rasa bermotivasi.

    Read my latest entry : Wishlist Tahun 2015

    BalasPadam
  11. yeah, motivasi kena sentiasa ada dalam diri, baru boleh maju ke depan. Kalau tak, lembik je manjang.

    BalasPadam
  12. Sebenarnya, banyak je lagi cara untuk motivate diri.

    Nak ke mana tu, Nad?

    BalasPadam
  13. Salam. Jenjalan kat sini. Nice one. Sangat bersetuju dengan points yang awak elaboratekan. izzahazryna.blogspot.com

    BalasPadam
  14. ermm, hahaha, terinspirasi pulak bila baca. tengah putus semangat juga. ;( huhu

    BalasPadam
  15. Chaiyok2 Nad :) Fighting ok..hehehe :)

    BalasPadam
  16. Inspiring betul entry awak ni nad! Tetibe semangat berkobar-kobar pulak nak mencabar diri sendiri untuk perform lebih baik dan gigih lagi for next sem. Sem ni hancur lebur setelah habis menjawab last paper final exam haritu. Memang dah move on, tapi hati mereput habiss.... Hopefully, next sem I can do better! InsyaAllah aminn...

    P/s: uitt! Nak ke mana tu?? Nak ikuuttt!!! :D

    BalasPadam
  17. semua betul belaka ^_^ yang penting, 2nd dgn 3rd ada, insyaAllah yang 1st tu jalan.. hehe :) kalau yg 2nd tu selalunya tgk senior berjaya pun dh rasa teringin nak jadi mcm tu jugak tp usaha selalu kena lebih lebih dan lebih hm T__T

    BalasPadam
  18. Salam. Inspirasi boleh dtg dalam pelbagai bentuk. Antaranya, inspirasi untuk melancarkan projek 1 dapur untuk 1 keluarga yangsedang berlangsung di blog saya. Dengan itu, saya ingin menjemput join giveaway di sini yer http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/giveaway-ambank-givealittle-membantu.html . Terima kasih .

    BalasPadam
  19. yeay, sangat best !
    Nadiah, nadia here.

    Cari push dan pull factor.
    Dari situ banyak sangat inspirasi yang kita nak !
    InshaAllah, nadia pun sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik !

    BalasPadam
  20. setuju..bukan senang berjaya, kene berusaha keras utk capai..

    BalasPadam
  21. akak pula.. bila dah rasa bermotivasi,sekejap ja..esok lusa trus down balik..iman tak kuat.

    BalasPadam
  22. mmm nk cuba benda baru boleh. tp biasanyer sy tgk dulu kisah2 disebalik apa yg sy nk cuba tu..slalunyer ikut pngalaman sy kalau xdgr pendapat atau buat survey mmg susah nk ikut secara total..n biasanyer akan gagal...so kalau nk cuba sesuatu yg baru elok juga 'tuntut ilmu' dulu kan?

    BalasPadam