Kelas Menjahit di KL

3:03 PTG


Assalamualaikum Hai.




Kelas Menjahit? Ya, belajar menjahit semenangnya salah satu benda yang Nad memang teringin nak belajar. Kalau nak diikutkan Nad memang ada buku buat duit dengan menjahit. Haa semangat tak semangat? Hahaha tapi buku aje lah. Takde praktikal try try menjahit pun.




Lepastu Nad try pergi ke kelas jahitan Syaza dan belajat menjahit hehehe. Kak Syaza ni dah belajar menjahit since dia 15 tahun dan sekarang dah kawin and ada anak pun. Haa boleh imagine tak banyak mana experience kak Syaza ada dalam bidang jahitan ni. Kak Syaza sangat lucky sebab muda muda lagi dah di expose dalam benda yang boleh buat duit kan.



Kalau masuk kelas kak Syaza memang penuh dengan jubah, peplum, dress, baju muslimah mahupun kanak-kanak. Semua tu memang ditawarkan kalau nak belajar di kelas jahitan Syaza ni. Tapi Nad belajar benda paling simple sekali untuk satu hari ni which is belajar menjahit skirt. Walawehhh hahaha.




Di kelas jahitan Syaza, korang akan diberi notes panduan untuk belajar menjahit. Notes ni berganda-ganda akan memudahkan kita time belajar nanti. Just ikut steps and nahhh tetibe terhasillah pakaian yang korang nak tu. Jangan risau, sebab kak Syaza just ambil 3-4 pelajar untuk satu kelas so dia boleh fokus ajar awak sampai pandai hihi.




Cikgu menjahit, kak Syaza :)




Kebiasaannya kelas diadakan pada waktu hujung minggu. Okay Nad explain eh. Korang bayar RM200 untuk satu class dan belajar satu benda. Contoh nak belajar jahit dress. Bayar RM200 dan belajar jahit dress. Tempoh masa diberi adalah 3 hari. Kalau second day korang dah berjaya tamat belajar jahit dress then hari ketiga tak perlu datang. Tapi kalau baru separuh jalan then hari ketiga adalah hari terakhir untuk korang siapkan dress tu. Faham? Sijil penyertaan juga disediakan.



Ini hasil sehari belajar jahit skirt :)



Kelas Jahitan Syaza

Alamat : No 42-1, Block C, Jalan Danau Lumayan 1, Off Jalan Tasik Permaisuri, 56000, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : Weekday (Rabu dan Khamis)
                        : Weekend (Sabtu dan Ahad)
No telefon : 017-8612310 atau 03-91713034




P/s : Hmm sekarang rasa sayang nak keluar duit beli skirt tapi nak buat malas T_T

You Might Also Like

30 ulasan

  1. Lepas ni boleh la tempah baju dengan Nad kan.. hehehe

    BalasPadam
  2. Okay akak nak surprise skirt pula lepas ni. Thank you ! :D

    BalasPadam
  3. k.yan langsung takde bakat jahit.. asben x percaya.. ntah macam mana kantoi dia jumpa k,yan punya jahitan kat seluar sendiri yg koyak,.. dia ingat akk main2 kot tak gheti jahit..hahahaha..

    BalasPadam
  4. silalah buat lps ni lbh puas hati hehehe.

    BalasPadam
  5. Akak pun minat.. hehe

    Nad buat kelas kt blog plak laa lps ni..")

    BalasPadam
  6. bagus join kelas macam ni..tambah ilmu tambah kemahiran..boleh buat duit kan..saya pon suka

    BalasPadam
  7. ok nak tempah skirt la kat nad hahahaha

    BalasPadam
  8. Bestnya..sy belajar melalui youtube je, tapi skang stop dulu sebab mesin jahit ade problem..hukhuk

    BalasPadam
  9. Bestnye..Cik Mimie tak berapa minat la pulak..hehe

    BalasPadam
  10. nk guna mesin jahit ..nk jahit lurus pun senget benget ni nk belajar jahit dalam masa 3 hari ... hahhahanampak gaya nye tak berjaya kot

    BalasPadam
  11. Bagusnya kak nad. Saya pun penah jugak ada kelas menjahit kt skola, tpi saya ni pemalas gila bab2 jahit ni T_T jeles gak kat org yg pandai jahit sbb boleh cipta stail pakaian yg dia nak ikut suka hati

    BalasPadam
  12. Bestnya pergi kelas menjahit. ^_^

    BalasPadam
  13. hahaha sayang nak beli tapi malas nak buat ? hehehek..
    biasalah tu.. unless keje kita buat baju baru rasa tak malas.. skali skala boleh la buat skirt baru.. jimat jimat..

    BalasPadam
  14. bestnya kak nad dah pandai menjahit ^^ nanti boleh lah buat duit melalui menjahit kan.. ^^

    BalasPadam
  15. Wahhh..kelas menjait, menariknyeee..tapi x ada masa plak nak gi.....tau beli siap jeh....tapi orang jual mahal melampau..

    BalasPadam
  16. wahh Nad, cantiklah skirt tu.. menjahit ni perlukan kesabaran yan g tinggi kan Nad..? cayalah Nad.. teak sabar nak tengok hasil seterusnya 😊😊

    BalasPadam
  17. akak paling alah dengan menjahit. hahahaah :P

    BalasPadam
  18. sy pn suka jgk belajar jahit nih.. tapi xde masa lg nk p bljr...

    BalasPadam
  19. Mcm best jer...
    Hehe... Sukanya dpt belajar menjahit...
    Jeleslah...

    BalasPadam
  20. wauu bestnya dpt belajar menjahit..saya suka jg menjahit tpi malas nak buat hihi..

    BalasPadam
  21. aaaaaaaaaaaaa nak menjahit jugak hm hm hihihih
    eh kak nad!!!
    eipp jgn malas hihihi
    jahit satu plussize skirt untuk qila cpt hihihi

    BalasPadam
  22. Bagus eh pandai menjahit ni. Saya memang tak pandai menjahit.

    BalasPadam
  23. untungnyee cepat belajar menjahit. cantik pulak tu skirt dia T_T

    BalasPadam
  24. nad, mama pun sekarang attend kelas menjahit.. seronok dapat tambah ilmu jahit menjahit ni..

    BalasPadam
  25. best tu kalau dah tahu menjahit. nanti senang :D

    BalasPadam
  26. best gilaaaaa pandai jahittt! boleh style2 ikut style sendiri. ready made bukan cantik sgt punn haha

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    BalasPadam
  27. saya tgh servey kelas jahitan area kl ni...nasib baik la jumpa blog ni..at least boleh buat rujukan..thanks ya...

    BalasPadam
  28. Rindu pula dekat kak Syaza.. :)

    BalasPadam