Taman Rekreasi Gunung Lang

8:48 PTG


Assalamualaikum Hai.


Taman Rekreasi Gunung Lang. Engkorang pernah dengar tak? Hmm kalau kekawan Nad tak ajak datang sini memang Nad taktau langsung pasal kewujudan tempat yang indah macamni. Pheww. Jarang tau tempat menarik dekat Perak hehe ampun orang Perak. Serius tempat ni memang menarik gila nyaman and tenang je rasanya.



Haa tengok tu tenang tak? Kalau just nak lepak lepak kat tepi ni boleh je takyah bayar pun. Tapi memang menarik sesangat. Menarik dia tu sampai time Nad pergi berderet orang yang dok buat photoshoot katsini hihi. Background nature camni memang lawa lah kann.




And if korang nak masuk ke dalam tempat taman tu pulak Nad just bayar RM3 untuk naik boat. Ala kejap aje pun naik boat tu hm dalam 300m camtu jer so jangan expect cam korang naik boat pusing Langkawi tu hahaha.


Harga Tiket Taman Rekreasi Gunung Lang

RM3 untuk dewasa
RM2 untuk pelajar sekolah menengah 
RM1.50 untuk warga emas
RM1 untuk pelajar sekolah rendah
RM0.50 untuk kanak-kanak


No maximum time. Means tak kisah la korang nak lepak berapa lama dalam tu. Kot rasa nak balik tunggu je tepi jetty then nanti ada lah boat amik. Ha macamtu.





Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang tempat yang sesuai untuk satu family bersantai. Sebabnya siap ada taman permainan semua. Biasa lah budak budak kan. Eh then ada mini zoo tau. Lupa nak amik gambar T_T Wuaa. Pastu emmm boleh juga kalau nak book tempat ni buat BBQ ke apa.



Kahkah gambar header ni pun dekat Taman Rekreasi Gunung Lang ok



Info Taman Rekreasi Gunung Lang

Address : Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30100, Ipoh, Perak
Working Time : Monday - Thursday (9am - 12pm) (1.30pm - 7pm)
                       : Friday (8am - 12pm) (2.30pm - 4pm)
                       : Saturday- Sunday - Public Holiday (8am - 6.30pm)
No Tel : 605-5063088


P/s : Tetibe rasa dah lama tak jenjalan camni T_T Windu

You Might Also Like

27 ulasan

  1. Oh ipoh ke. Kampung saya dkt dgn ipoh tpi tak tahu menahu pulak pasal taman ni. Harga tiket dia pun ok jugak

    BalasPadam
  2. Cantek tmpt ni. Sejuk mata memandang

    BalasPadam
  3. saya lahir di Perak...cuma tahu rumah saya je...oh...kena balik explore ni...cantik tempat tu.

    BalasPadam
  4. saya dah tolong click nad punya 8share kekeke

    BalasPadam
  5. ooohhh dh ada mini zoo...dulu tx da...dh lama tx lepak dgn geng kat sni...kalau dulu sini la tmpat lepak plg best...tenang menghijau...

    BalasPadam
  6. nak release tension boleh ah datang sini. nyaman kot :D

    BalasPadam
  7. Ok lah tuh..murah jer, berbaloi pergi sne..

    BalasPadam
  8. kalau perasan kan, ikan kat belah jeti sebelum naik bot tu semuaaaa gemok2 banding ikan kat seberang sana. hehe pernah pergi 2 tahun lepas.

    BalasPadam
  9. oh kiranya dah lama la pegi ni yek? header ni lama da kan gmbar nim :P

    BalasPadam
  10. Pokcik pernah sampai kat sini tapi taklah naik bot tu. Tempat ok memang cantik

    BalasPadam
  11. Cantik view dia..tapi jauh ank kesana..hukhuk

    BalasPadam
  12. Akak study perak 3 tahun , tapi tak sempat langsung nak pegi Gunung Lang. Dengar nama dah banyak kali , sampainya tak. (Nampak sangat rajin study). lol ! :P

    BalasPadam
  13. best juga sekali-sekali datang ke taman rekreasi ni kan..dapat rilekskan minda..btw, cantik gambar header dengan background tu.. :)

    BalasPadam
  14. besttttttttttttt nyaa.... saya suka ikan2 tuu semua hehehe =) untung aa dapat gi sana.. hurmmmm

    BalasPadam
  15. Cikna yg org Perak pun xprnh dgr....... tiket ok la

    BalasPadam
  16. Oh akhirnya terjawap juga gambar header tu di Gunung Lang rupa nya :D

    BalasPadam
  17. Wah thanks for sharing kak nad hehe boleh gi lah KALAU gi perak hikhik

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum awak. salam perkenalan. wahh lawanya. kalau ada rezeki pergi ipoh, boleh singgah sini. heheh cantik la tempat ni. FRIM pun takda naik boat hehehe

    BalasPadam
  19. Ooo... rasanya mcm penah nmpak ms lalu kat highway... boleh la sggah nnti...

    BalasPadam
  20. masa tu pergi semak samun , langsung tak terurus, tambah pulak dia tengah renovate. Time tu langsung tak ada orang berdereyt beratur cuma kitorang sahaja, maklumlah rombongan. :3

    BalasPadam
  21. Cantik...!!! Blh suggest utk g rombongan sekolah.

    BalasPadam
  22. lagi senang nak pergi.. dekat ngan exit highway..
    lalu banyak kali singgah tak pernah muahaha

    BalasPadam
  23. baru g hr tu.. first time selepas 15tahun dok ipoh..hehe

    BalasPadam