Goodbye 99 Speedmart Pandamaran

7:41 PG


Assalamualaikum Hai,

Hai hai everyone! Hehehe ya goodbye 99 Speedmart. Bila dah goodbye tu, baru lah ada masa nak bukak balik blog kan? TT Hahahah. 




Nad mula kerja dekat 99 Speedmart since 8 June lagi as a management trainee dekat 99 Speedmart Sentosa. Seriously memang seronok tambah tambah lagi sana high sales so kedai sentiasa meriah ada orang hahaha and kita pulak kerja ikut shift so banyak masa nak berehat. Training ni just 2 minggu sahaja so bila dah pass exam mula lah posting.




Start 23 June Nad pun posting as assistant branch manager dekat 99 Speedmart Pandamaran. Hehehe. Weh first day masuk cuak aa seram aa semua ada lah. Walaupun hari before tu ada terjumpa manager lain and dia kata manager Pandamaran sangat baik orangnya tapi tetap cuak kottt. And, ya, memang baik pun hahaha. 

First day tu banyak diam je buat hal sendiri try try sesuaikan diri apa semua. Dah masuk nak seminggu tu eh bapak best! Hahhahahah. Serious alhamdulillah Nad memang bersyukur sangat posting sini. Manager okay, staff okay. Just kurang staff thats why Nad asyik kena full shift setiap hari. Walaupun kekadang ada lah jugak kan salah faham apa semua tapi memang syok aa kerja sini. 



Bila mana assistant lain normal shift so sempat melawat kau 2-3 kali sedangkan kita ni hari hari full shift so hanya tunggu dilawat. Thanks Sein!



The staff!

Serious staff memang mainkan peranan penting. Alhamdulillah Nad dapat staff yang tahu bergerak sendiri ape benda kerja nak kena buat tanpa disuruh. Weh dah 3 tahun kot kerja takkan nak kena bgtau kann. Then semua pun happy go lucky asyik nak bersembang je hahaha. Malah, kekadang tu Nad rasa yang supervisor sini lebih tahu nak buat kerja dari Nad sendiri T_T

And maybe, korang boleh nampak takde staff lelaki kan? Sebab memang takde! Hahahhaha. Dari kerja mengangkat beras, satu karton air mineral, satu karton beer, satu bundle gula. Masya Allah semua kitorang buat sendiri. Sebab tu Nad gunakan konsep kalau larat, buat. Sebab semua perempuan so takkan nak memaksa kalau diri sendiri pun tak larat.



The manager!

Hai abg! Wehhh alhamdulillah bersyukur dapat manager camni. Sangat kemas orangnya buat kerja & filing semua kalah Nad hahaha. Tak banyak bising and pandai nak bagi teguran. Banyak sabar punya orang dapat assistant menggelabah and pemalas sikit and cuai macam Nad ni. Serious penyabar abg ni!

Bila menaip ni rasa rindu nak kerja. Kadang dok topup touch&go tengok mesin epay tu pun dah rasa rindu nak kerja. Hahaha amende doh! Macam ni lah jadinya bila berhenti tanpa rela. Asal boring sikit teringat pukul 2 patutnya buat apa dekat kedai, pukul 6 patutnya buat apa. Haish parah!

P/s : Tengah fikir sumber sumber nak mencari duit pasni camne.

You Might Also Like

23 ulasan

  1. Seronok aihh main tepung. Hahaha :P

    BalasPadam
  2. hihi.. mcm meriah je bila tgok gmbr3 tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe memang meriah pun. Ghindu diorang.

      Padam
  3. Dikelilingi sahabat2 yang baik itu akan menjadi nice moment..

    BalasPadam
  4. Lepas ni, buat apa pula, Nad?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha so far got no plan yet. Just hmm duduk rumah je dulu kot.

      Padam
  5. Namy, kak Normi, Seraa

    At first nak resign sebab nak sambung degree tapi takde rezeki pulak. Pastu ayah Nad tetap suruh resign so i just proceed :)

    BalasPadam
  6. salam nk tanya, lepas training 2 minggu tu, exam kan, mcm mne exam die? huhuhu training tu blaja ape je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Jangan risau. Exam dia open book, so make sure notes complete :) Mostly belajar nak handle kedai and cara kira sales.

      Padam
    2. 2 minggu tu.semua kt outlet yg diberi ke.orientasi sehari sahaja ke?maksud cik posting tu dihantar berkerja sebagai ABM terus ke.maaf saya bertabahlah sebab next month dah start training

      Padam
  7. assalamualaikum..maaf saya nak tanya cik nad ni kerja as apa ea? sebabnya saya ada mohon kerja as assistant management.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sebagai assistant branch manager (ABM) :)

      Padam
  8. Oi ak salah sorg dlm gmbar tu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weh jap serious aaa? Ni siapa? Hahahahah.

      Padam
  9. kol 2 n kol 6 gi shoping...

    BalasPadam
  10. kol 2 n kol 6 gi shoping...

    BalasPadam