Masya Allah, Kren Tumbang di Masjidil Haram

6:19 PTG


Assalamualaikum Hai.

Makanya, pagi-pagi pun dah kecoh la group whatsapp kata ada kren tumbang di Masjidil Haram. Banyak gambar pun dah diterima. Rasa macam eh betul ke? Ke fake? Ke orang saja buat main-main ni? Hmm. Sekali tengok website Astro Awani pun dah keluarkan and bloggers pun dah banyak post entry ni so betul lah tu ya. Tak sangka :/

Dimaklumkan kejadian terjadi pada 6.38pm waktu Mekah. Hujan lebat dan ribut pasir melanda Mekah dan menyebabkan kren tumbang betul-betul di hadapan Kaabah. Masya Allah, imagine jelah depan Kaabah. Confirm-confirm memang ramai manusia yang tengah beribadah katsitu. 


Kren Runtuh di Masjidil Haram


Taknak share banyak-banyak. Taknak share gambar orang cedera parah berdarah atau mayat. Dimaklumkan dalam 100+ meninggal dan 200+ cedera. Moga jemaah-jemaah haji yang lain dapat dimudahkan segala urusan di sana.

P/s : Moga-moga yang meninggal tu meninggal dalam keadaan syahid. Ameen.

You Might Also Like

28 ulasan

  1. sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada jemaah yang terkorban

    BalasPadam
  2. al fatihah.. semoga mereka ditempatkan di kalangan ahli syurga. aminn

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah. Sebak bila baca berita atau tengok gambar/video pasal kemalangan ni.

    BalasPadam
  4. Alfatihah, semoga mereka menjadi tetamu syurga Allah..simpati namun ajal merak di Tanah suci

    BalasPadam
  5. Ya Allah sedih sangat..
    Sama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada jemaah yang telah meninggal dunia dan semoga jemaah yang hilang dijumpai segera..

    BalasPadam
  6. heartbreaking..tapi syukur, perginya di tempat yang suci..moga roh mereka aman disana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Pergi di tempat suci. Beruntung sangat..

      Padam