Resepi : 5 Minutes Chocolate Mug Cake

7:12 PTG


Assalamualaikum Hai.

5 Minutes Chocolate Mug Cake. Uish, lama dah rasanya Nad tak update pasal resepi ni ahaha. Padahal masa cuti sem haritu kemain memacam resepi yang simple Nad try. Tapi tulah, tak menyempat je nak update dekat blog. Bila cuti tu lagi la memacam kita nak buat dekat rumah kan. 

Tak silap Nad resepi 5 Minutes Chocolate Mug Cake ni pernah je viral dekat Facebook kejap. Pastu Nad pun rajin la dok cari variasi yang lain dekat Youtube. At the end Nad pun main gabung-gabung je resepi semua haha. And mostly semua guna bahan sama yang lebih kurang jee.

Ok ok jom tengok Nad buat cemana :p


Bahan-bahan Chocolate Mug Cake

2 sudu gula.
2 sudu milo.
2 sudu susu segar.
2 sudu tepung naik sendiri.
2 sudu minyak.
1 biji telur.
Suku sudu esen vanilla
Chocolate chip/Almond/Nuts (Optional)

Simple right? Bahan pun pakai sikit je haha.


Masukkan kesemua bahan dalam mug. Masuk semua dulu baru kacau. Kalau masuk sikit sikit nanti berketul huhu T_T Sebab tu buat 3 mugs nak ber eksperimen sikit ahaha. Kacau kacau kacau sampai sebati sampai semua teradun dengan cantik.

Pastu masuk dalam oven! Untuk 5 mins dalam 160 degree celcius. 


Huduh sikit haha kalau atas tu letak chocolate chip jadi cantik lah tuuu. 


Anddd tadaaaa. 5 minutes je dan dah siap terhidang. Kot lapar sangat kat rumah takde makanan, 5 Minutes Chocolate Mug Cake ni memang menu paling sesuai sekali nak buat! Semua pun mampu silap silap budak 10 tahun buat cake sendiri haha. Korang try lahhhh sorang buat satu mug hehe.

P/s : Memang mengundang buat entry camni time tengah kat kolej. 

You Might Also Like

20 ulasan

  1. wah sedap n senang nak sediakan ^^

    BalasPadam
  2. tau tak apa yg menarik kat sini? resepi dia simple tgk so cam tertarik nak buat hahahahahah ;D

    BalasPadam
  3. wah.. mcm sedap je tu
    rasa nak buat juga lah :)

    BalasPadam
  4. Senang je nak buat tapi tetap rasa malas nak buat. ahaha

    BalasPadam
  5. ala xde oven la nk buat..
    huhu.. sedih

    BalasPadam
  6. saya pon ada jugak buat cake dalam mug. Tapi 1 minit dalam microwave. Hehe. Tapi kadang2 macam jadi, kadang2 macam x jadi. wakaka xD

    BalasPadam
  7. Hai Nad,

    Nampak senang tapi tak tau akak buat jadi ke idak..

    BalasPadam
  8. wah simple sangat ni, nak try la. macam main kacau2 then bakar. hehehe thanks nad share. hehe

    BalasPadam
  9. nmpk sedap tapi kiter xde oven.. huhuhu

    BalasPadam
  10. menarik nie. :D kalau ada masa free nanti cuba :D

    BalasPadam
  11. senangkan nk buat nad.. dh try buat sampai tak cukup peti ais nk mnyimpan

    BalasPadam
  12. Dah boleh masuk minang dah ni....hehehe

    BalasPadam
  13. tak pernah cuba.. tak ada microwave.. kalo oven over tak ?

    BalasPadam
  14. nadd... fie dah cuba bwt lebih dri 3 kali kowt.. senang cepat n mudah...
    sedap ke x tu ermm ermm kdg2 sedap kdg2 x.. hahah..

    BalasPadam