Santai Petang di Taman Parklands

9:45 PTG


Assalamualaikum Hai.

Disebabkan cuti semester Nad dah mereputs je kat rumah so terpaksa lah merajinkan diri jugak bila ibu ajak keluar petang-petang tuuu. Kononnya nak ber-jogging tapi hahaha Nad terlaluuuu malas so hanya join santai-santai gitu jer. Ibu and makcik-makcik dok berjogging, sepupu yang kecik-kecik dok main rollerblade, yang kite? Amik gambar je hahaha.

Tempat ni dekat je dengan rumah Nad dalam 15 minit macamtu dah sampai tapi ni baru first time Nad ke sini. Before ni tak pernah tau pulak kewujudan tempat ni sebab dia belakang deret kedai and perumahan so macam tertutup sikit. Dekat sebelah-sebelah tu pun busy dengan construction project.


santai petang

santai petang

jogging tepi tasik

Cantik dia tu sebab ala ala taman tapi ada trek jogging juga walaweyyy. Serious cantik tempat ni sampai second time pergi haritu ada pengantin photoshoot dekat sini hihiw. Lepastu jogging by the lake haaa siapa taknak? And dekat tasik tu kekadang ada orang main bot mainan tuuu. Bukan bot betul yeee. Bot control.

padang bola sepak

santai petang

Selain tu ada jugak padang bola sepak, peralatan sukan ni and taman permainan. Tapi time ni awal lagi Nad pergi so tak ramai lagi. Dah pepetang sikit tu ramai dah main boleh and guna mende ni semua sampai segan eh kita pun nak guna jugak hahaha. Oh lupa, orang jual ice cream pun ada! Hahahhahaha.

main roller blade

Kebanyakan yang main rollerblade and skateboard main dekatsini. Hahahhaha. Serious comel tau bebudak main siap buat kereta api lah apa lah. Nad ni kalau reti memang da main dah. Tapi sebab tak reti so duduk tepi makan ice cream. Orang dewasa pun ada main jugak tapi tak ramai, mostly budak budak jee.

senaman kaki

Nad gini je mampu.


Nad sekali sekala nak layan benda gini okay lah lagi kannn. Kot suruh layan hari hari malas lah pulak haha. Dah nama cuti semester kan, nak la jugak bermalas-malasan dekat rumah ni tidur makan tengok tv blog repeat hahaha. 

P/s - Semalam lupa update blog nervous tunggu result. Kah!

You Might Also Like

20 ulasan

  1. wahh cantik betul tempat dia ^^ tempat ni kat mana ? i mean kat negeri mna ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe memang cantik awakkk! Eh lupa nak bgtahu, dekat area Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

      Padam
  2. cantik jugak tempat nii boleh buat photoshoot pre wedding ngehngeh >< nak google jap parklands kat mana. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha cantik! Memang ada yang buat photoshoot dekat sini pun Fieyqa :D

      Padam
  3. Balasan
    1. Haha kannn. Rasa lucky dapat jumpa port jogging best camni.

      Padam
  4. kalau lah area rumah kitorang ada taman macam ni mmg dah lama kurus dah hahahaha lols

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha yeke niii Tashira? Hihihi. Jangan jadikan tu alasan! Dah pi jogging! Hahhaa.

      Padam
  5. Balasan
    1. Hehe jogging kat memana pun sama je awak :) Cuma view tu jela.

      Padam
  6. cantikla pulak taman ni. syok nak melepak dgn kawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kan kan Mazni. Bukannya nak ber jogging pun, dok lepak petang je ahaha.

      Padam
  7. cantik nyaaaa tempat tu aaa nak giiiiii jogging dgn kak nad pls hihihi. but hey! pijak2 batu tu pun sounds really good right now aaa nak gak!
    rollerblade pun qila tak pnh main hahahaha nak gi parklands rite now like seriously hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahaha kannn! Bestttt pijak pijak batu tu hahaha dia rasa maca, fresh, lancar darah jalan dalam badan ni haha. Rollerblade fail lah Qila susah kannnn? Haha. Ala Qila area KL tu lagi banyak jugak haaa park yang lawa lawa :D

      Padam
  8. bestnya santai2 waktu petang kat luar..kita ni je yang malas. miahahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahaha sama lah. Nad pun memang jarang gila pergi tempat camni. Malas sangatttt T_T

      Padam