Tolong Faham Konsep Tabayyun!

5:36 PTG


Assalamualaikum Hi.



Harini Nad nak bercerita konsep tabayyun. Tahu apa maksud tabayyun? Nad pun baru je nak mandalami maksud tabayyun. Tabayyun ni bermaksud proses pemeriksaan sesuatu berita/khabar sebelum disebarkan. Perkataan tabayyun ni juga ada terdapat dalam al-Quran dalam surah al Hujurot 49 ayat 6. Ya, betapa penting tabayyun ni sampai ada dalam al-Quran tapi ramai yang masih taknak ikut,

Maklum lah zaman sekarang ni ada cerita sensasi sikit, ada gossip sikit, ada silap sikit semua benda nak viral! Viral viral viral tak salah. Tapi, tolong pastikan apa yang diviralkan tu adalah benar dan sahih. Ramai pandang ringan perkara ni sebab tengok kawan share so kita pun nak share. Walhal, kita sebenarnya langsung taktahu cerita sebenar di sebalik kejadian.

So di bulan yang mulia ni, Nad nak sentuh pasal zakat. Setiap negeri ada cara masing-masing untuk kutip dan agihkan zakat. Macam Nad duduk di Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang akan kutip dan agihkan zakat. Bagi Wilayah pula, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah yang akan kutip kemudian diserahkan kepada Baitulmal (MAIWP) untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf yang layak.



Jenis-jenis Zakat :
1)      Zakat Pendapatan – Zakat berdasarkan gaji termasuk bonus, dividen, hibah, pencen
      2)      Zakat Perniagaan – 2.5% dari harta perniagaan yang layak dizakatkan
      3)      Zakat Wang Simpanan – Wang yang disimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan semasa, ASB dll
      4)      Zakat KWSP – Wajib zakat apabila dikeluarkan dari simpanan
      5)      Zakat Saham - Zakat dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima
      6)      Zakat Emas – Zakat terhadap emas yang dipakai dan tidak dipakai
      7)      Zakat Perak – Jongkong, matawang, perhiasan rumah atau barang kemas perak
      8)      Zakat Pertanian
      9)      Zakat Ternakan



Kenapa Kena Berzakat?

Pertama sekali mestilah sebab zakat adalah perkara yang difardhukan kepada umat Islam yang telah cukup syarat. Dari sekolah rendah dulu cikgu-cikgu dah ajar dah ni. Kedua, untuk menyucikan harta. Dalam harta kita ada harta orang lain. Kadang kita tak sedar, kadang kita leka, kadang kita lupa nak sedekah. Dengan zakat ni lah kita dapat menyucikan harta, dapat membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Ketiga, mendapat ketenangan hati. Tenang kah anda kalau tahu ramai orang susah kat luar sana tapi kita masih ego tinggi melangit takmau bayar zakat? Keempat, untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Buat benda yang Allah perintahkan, yang Allah suka, in shaa Allah.

Medium Bayar Zakat :
1)      Melalui potongan gaji
2)      Melalui kaunter bayaran zakat
3)      Secara online




Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah adalah organisasi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis bekerjasama membentuk Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). PPZ-MAIWP memungut zakat harta di 3 buah wilayah iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Negeri-negeri lain ada masjlis agama islan tersendiri yang akan memungut zakat. Bukan under PPZ-MAIWP ya..

Tugas PPZ : Memungut zakat
Tugas Baitulmal : Mengagihkan zakat


PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) WILAYAH

Facebook : Pusat Pungutan Zakat
Website : http://www.zakat.com.my/
Youtube : @ppztv
Hotline : 1-300-88-5757

P/s : Okayyy, jangan lupa bayar zakat tau semua :D

You Might Also Like

12 ulasan

  1. Thx nad sbg peringatan n ilmu...kdg2 zety pun adaa jugak main share je.. Lps ni kena lebih berhati2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe welcome Zaitie :) Tula kan lagi lagi yang viral bukan main tuu. Kita main sebar je..

      Padam
  2. Setujuu ! Dengan kemudahan teknologi yang canggih sekarang lagi lah kena amalkan konsep tabayyun :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah Zizie :) Hehe bagus bagus.

      Padam
  4. wah thank u so much kak nad for the reminder hihi <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi welcome ;) Qila belum perlu bayar zakat ehehe.

      Padam
  5. bagus share pasal ni. may Allah bless you :)

    BalasPadam
  6. Media sosial perlu lebih ramai lagi Blogger dan orang ramai dalam konsep berTabayyun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes betul. So that everyone is aware about what they share :) Kan kan.

      Padam