Punca Laptop Cepat Panas dan Rosak!

6:46 PTG


Assalamualaikum Hai.

Huhuhu nak update cerita sedih T_T Okay apa punca laptop cepat rosak!? Eee benci betul, pelaburan besar kot nak tukar laptop baru hahaha. So I started Google-ing everything up and nahhh hahaha laptop Nad mungkin dah nazak ye. Tapi tak apa, kita guna je sampai akhir hayat dia mampu bertahan.

Nad ada jugak terfikir nak beli laptop lain haha tapi laptop ni baru je berusia 4 tahun 1 bulan so Nad rasa dia still mampu tahan sampai 2 ke 3 tahun lagi kot kan? So mari kita berangan dulu sambil kumpul duit hahaha. Berangan la selama bertahun tahun ye.

 Punca Laptop Rosak

Punca Laptop Cepat Panas dan Rosak! T_T

1) Penggunaan Laptop yang Terlalu Lama

Laptop juga ada had had tertentu yang dia mampu bekerja. Biasanya untuk sesebuah laptop mampu bekerja up to 8 hours only. Tapi biasalah, kadang kita kalau dah menghadap laptop main games atau buat assignments semua tu bukannya perasan dah on laptop lama gitu kan. Bila dah lama sangat guna laptop pun makin panas. So sebaiknya turned off dulu laptop dalam 30 minit sebelum sambung untuk buat kerja lain.

2) Laptop Diletak di Tempat tak Sepatutnya

Okay ini normal T_T Ini habit T_T Bila on laptop selalu nak on dekat tempat yang terlebih selesa iaitu katil! T_T Pastu dah la tak pakai cooling pad! Bijak benar ye. Sememangnya tidak elok dan ini juga punca laptop cepat rosak. Tak kira lah katil ke bantal tapi ia akan buat laptop lebih cepat panas dan pengudaraan tersumbat. Lagipun katil kan kekadang tak berapa rata so nanti laptop dapat serap habuk dan block pengudaraan.

3) Kipas Tidak Berfungsi

Laptop Nad ni baru on berapa minit pun dah boleh dengar bunyi haba tu. Takyah dekatkan telinga pun memang da boleh dengar lah. Itu tanda kipas laptop anda rosak. Rasa bisingggg sangat! Sebabnya haba dekat dalam laptop tak dapat nak dikeluarkan. Nad syak memang kipas dalam laptop ni dah lama rosak dah. Tapi laptop Nad jenis takleh keluar battery so Nad pun taktau nak kena buat camne dengan laptop ni.

4) Pengudaraan Tersumbat

Kalau korang perasan dekat tepi atau belakang latop korang kan ada macam lubang lubang tu kan. Yang selain lubang speaker hahaha. Haba dari dalam laptop juga keluar masuk lalu lubang tu. Kekadang tu sekeliling kita ni kotor sangat sampai block pengudaraan so haba takleh nak keluar. Laptop pun jadi semakin cepat panas dan rosak. Okay yang ni Nad baru tau haha.


Okay sah laptop Nad dah rosak teruk! Haha kalau repair pun mungkin mahal ni? Okokok dah boleh start kumpul duit untuk laptop yang akan datang hahaha. Tolonglah bertahan selama yang mungkin ye Sony :* (Laptop idaman terus terbayang dalam kepala)

You Might Also Like

26 ulasan

  1. sama lah laptop kita kak hahaha. kalau cukup duit mmg dah beli yang baru. sy kadang2 buka laptop dari pagi sampai ke tengah malam mana tak rosaknya T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha habis nak buat cemana kan. Belum lagi marathon movie, memang berjam jam lah jawabnya huhuhu. Pasni kena jaga jaga sikit..

      Padam
  2. ok....skrng saya tgh on laptop atas katil ni.... hahaha T__T
    thanks for sharing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha nah! Sebijik kena kat batang hidung. Nasib akak bukak atas meja ni ehehe. You're welcome Mazni :)

      Padam
  3. wahhhh nice tips. tak tahulah benda2 mcmni kak nad huhuhu. yg selalu main laptop atas katil tu samalah kita. high five sikitttt hahaha :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha takmo high five :p Kak Nad takmo buat lagi dah hehe. Nak jaga laptop ni elok elok je dah pasni hehehe.

      Padam
  4. Kak naddd try la repair dulu TT_TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Qila, biar dia survive ceh ceh hahaha.

      Padam
  5. masa beli laptop dulu pun si penjual tu ada cakap jangan letak atas katil masa duk guna, habuk akan masuk dalam lubang laptop tu. jadi, saya letak laptop atas kotaknya masa guna laptop.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha haah. Lagi pun sebab haba dia kan. Tapi kotak laptop kita dah ke mana entahhh hukhuk.

      Padam
  6. I think cost untuk repair tak juga tinggi sgt, kalau kipas rosak, dorang ganti part, kalau tersangkut habuk, they will get rid the dust. Kalau saya, letak laptop sebelah kipas meja level 3. Biar terbang segala hangat dari lappy. Hehe.

    Bleh juga try d youtube yg cra vacuum sndiri tu laptop, tp kena selalulah. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tak pernah hantar laptop ni pergi repair. Kadang dia merajuk pastu nanti okay sendiri. Wow, boleh eh try vacuum sendiri? Serious taktau boleh hehe thank you Eyqa :) Nanti Nad try search eh hehe.

      Padam
  7. i am currently placing my lappy on my bed. huhuuu. pernah dengar pasal ni, tapi nak jugak buaat >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe terasa tak terasa tak? Dah dah jangan buat eh. Tak sayang laptop keee? Hihi.

      Padam
  8. mmg kena jaga leklok la nampaknyaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe mari kita jaga laptop elok elok ehhhh :D

      Padam
  9. Betul tu Nad. Sebenarnya laptop kena service. Hantar kepada yang pakar atau, boleh tgk youtube. Cara bersihkan dlm laptop. Terutama kipasnya...

    ZH Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nad tak pernahhh service laptop Zack TT_TT Seriousss.

      Padam
  10. Semua yg di atas saya selalu buat. Uhuk uhuk. Tai tak insaf2. TvT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sama je kita! Dah dah jom insaf jom!

      Padam
  11. yes betul sgt semua d atas.
    Nad kumpul duit, beli la macbook :-)
    on 24 jam.
    boleh letak atas katil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe itulah laptop idaman :B Tapi nanti lah, tunggu laptop ni dah betul betul tak boleh survive baru Nad beli lain.. Buat sementara, cuci cuci mata dulu berangan Macbook ekeke.

      Padam
  12. Yang no 2 tu memang betul. Selalu sangat buat. Tambah lagi bila tonton drama korea kat lappy. Memang letak atas katil je. Huhu..

    Lawa macbook dalam gambar. Teringin juga nak ada satu.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kan! Kalau dah marathon movie penat kot asyik nak duduk je. Memang sudahnya baring lah. Jom kita berangan Macbook dulu Siqah! :p Hehe.

      Padam
  13. pernah kena dulu abis warenty laptop rosak sbb kipas rosak. abis ibu papan laptop. pastu rajin2 guna cooler :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu Nad ni cooler pun takde Sop cemana T_T Haha beli asyik hilang je letak mana tah taktauuu.

      Padam