Eksplorasi Lasak di Gua Tempurung

1:08 PG


Assalamualaikum Hai.

Gua Tempurung

Eksplorasi Lasak di Gua Tempurung. Ini lah yang jadi bila berkawan dengan orang yang suka aktiviti outdoor ye haha. Walaupun Nad sejenis tak berapa nak outdoor sebab tak suka penat haha. Alang alang dah sampai Perak, Nad include kan lah jugak aktiviti lasak yang quite famous dekat Gua Tempurung ni. Time survey survey aktiviti dekat website dia, memang da nampak fun and dah boleh gambarkan suasana dekat sana nanti cemana.

Tempat ni start buka pukul 9 pagi, kitorang sampai dalam pukul 9.20 camtu. Awal kan awal kan? Tapi sekali sampai dah ramai orang hahaha excited betul orang lain eh? Ramai yang tengah tunggu turn lah. Time Nad nak beli ticket tu dah kosong dah tempat ticket hehe.

Gua Tempurung

Student price RM12 so make sure korang bawa student card okay.

Gua Tempurung

Gua Tempurung

Okay dah jom masuk! Hahah. Kitorang masuk sekali dengan rombongan rombongan lain haha makcik makcik jelah ramai. Oh, nak masuk ni dia ada package package dia tau. Kiranya ada Tour 1, 2, 3 and 4. Tour 1 and 2 aktiviti naik turun tangga je dalam Gua Tempurung tu. Tour 3 and 4 melibatkan aktiviti air dalam Gua Tempurung. So kebanyakan anak anak muda remaja ramai amik Tour 3 and 4 sebab lebih challenging kan. (Kecuali saya)

Gua Tempurung

Jangan risau kalau korang takut tersesat ke apa dekat dalam Gua Tempurung tu nanti. Ada tour guide yang akan jaga and bagi penerangan pasal sejarah Gua Tempurung ni. So korang just behave and ikut je in shaa Allah selamat hahahah. 

Gua Tempurung

Okay handphone start takde line dah.

Gua Tempurung

Okay korang perhatikan belah kiri tu eh. Nampak tak tangga? Dia ada lampu sekali tu. Yes, korang akan mendaki. Basically, memang korang akan naik turun tangga naik turun naik turun dan kemudian tahu mana jalan keluar? YES, korang akan patah baik guna laluan yang sama hahahhaha. Aw. Time Nad pergi tu kan banyak makcik makcik, memang ramai lah yang baru separuh jalan dah give up. So if korang nak bawak mak korang ke apa pergi sini fikir la dua kali ehh.


Cantik en?

Gua Tempurung

Yang ni pun cantik en? Eh. Hahahah takdelah. A selfie in a cave won't hurt :p

Gua Tempurung

Sebenarnya, Nad pun tergolong dalam kalangan makcik makcik tu tadi. Cuma Nad memang buat sampai habis lah Tour 2 tu. Tapi memang penattttt. Bila part mendaki je rasa macam bila nak habisss bila nak patah balikkk. Padahal orang lain rilek je kan. Oh pastu kan siap orang yang jaga ticket tu cakap "Pasni nak gi tengok wayang ke?". Hahhahaha. Alah, kita buat aktiviti kering je pun. Tapi baju and shawl lepastu memang out. Habis berpeluh semua.

Gua Tempurung

Okay sila hadam part ni betul betul ye. Harga eksplorasi di Gua Tempurung as of October 2016. Boleh pilih korang nak Tour berapa ikut kesesuaian masing masing. Ni Nad just berjalan dalam Gua Tempurung je. Ada banyak lagi aktviti lain macam water rafting, river tubing, night trekking, kayaking, hiking and waterfall abseiling. Eh memang sesuai lah untuk pencinta pencinta aktiviti outdoor macam korang ni. 

Gua Tempurung



Gua Tempurung

WebsiteGua Tempurung
Alamat : No 25, Jalan Tasik, 35600, Gopeng, Perak
No phone : +605-359 1561

P/s : Harap entry ringkas yang tak berapa lasak ni membantu kihkih.

You Might Also Like

14 ulasan

  1. Balasan
    1. Hahah memang zaman-zaman study je lah kot pergi sini ehh. Nad pun ni time zaman study haa.

      Padam
  2. huuusshh best ni ....
    suka jg explore gua camni klu free nanti anak2 dah besar boleh try jg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe betul Eima. Boleh jadikan ni aktiviti family :p Heheh.

      Padam
  3. Cantik environment gua.. Dengan lampunya..

    BalasPadam
  4. Macam best je explore xplore gua ni. Heheh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe memang best kak Inani! Ni pun Nad masuk sampai stage 2 je. Kalau masuk sampai stage 4 rasanya lagi best nii.

      Padam
  5. Wah...senangnya berwisata ke dalam gua. Pemandangan dalam gua Tempurung memang menakjubkan. Good Job :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantikk pemandangan dalam gua ni. Mari lah Malaysia hehe :p

      Padam
  6. cantik!
    kalau badan lembik macam i ni larat tak agak-agak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha larat je Rasya! Tapi kena amik stage 1 lah hahhahahha.

      Padam
  7. wow, menarik
    kena cuba juga nanti ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe try try Sop. Once in a lifetime :)

      Padam