Street Art Gopeng, Perak

8:35 PTG


Assalamualaikum Hai.

Street Art Gopeng, Perak. Fuhhh beriye plan nak pergi Perak ni. Tup tup bila sampai sana HAHAHHAHAHHA. Gelak dulu mampu. Sebab sebab sebab, la haiii rupanya dekat area area Matrikulasi Gopeng je eh? Pernah je rupanya pergi dengan family sebab nak hantar adik Nad pergi Matrik Gopeng tu. Lalu lah dekat hotel and kedai makan yang pernah pergi semua tu kahkah.

Sebelum pergi, Nad macam google Street Art Ipoh, then macam tersesat pulak baru tahu Gopeng pun ada street art dia sendiri. So dah alang alang ke sana mestilah kena singgah jap kan. Nah korang cuci cuci mata jap tengok Nad beriye bergambar kat sini hahah.

Street Art Gopeng

Street Art Gopeng

Nak beli boyfriend handsome baik hati sorang!
  
Street Art Gopeng

Street Art Gopeng

Street Art Gopeng

Street Art Gopeng


Anyway, memang cantik mural ni semua. Exact location dia betul-betul dekat bandar lama Gopeng. Lama jugak lah kitorang mencari guna waze since dia bawa ke Heritage Gopeng ke apa tah. Tapi sebenarnya dah masuk dalam kawasan street art ni. Cantik lah bangunan lama diserikan dengan mural Hahahhaha excited gila bila dah start nampak mural ni satu per satu. Even kawan yang duduk Gopeng pun be like "Aku yang duduk Gopeng ni taktahu pun benda ni ada katsini". Alahai.

P/s : Lepasni ada banyak lagi cerita Nad dekat Ipoh menyusul tauuu :p

You Might Also Like

42 ulasan

  1. amboiiii bukan main nak beli boiperen ye...
    kalau ada jual Cik Nur nak beli juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahha kalau ada jual kita sama sama beli ye cik Nur :p Heheh.

      Padam
  2. welcome to gopeng hagen.sy dari gopeng..

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha Gopeng Hagen pun boleh eh Najiah hahah.

      Padam
  3. Wah. Cantik street art.. Dari biar dinding bangunan kosong dan ada yang kotor, lebih baik dihiasi dengan street art.

    Dapat menarik lebih ramai pelancong.. Seronok tgk lukisan yang nab kongsi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan, betul betul. Lagi bangunan lama camni ada sentimetal value yang tersendiri. Hehe thank you Reen! :)

      Padam
  4. menarik tempat ni. sekrg lukisan macam ni ada je dekat mana-mana..best2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tula kak Nadia. Even dekat bangunan baru baru pun banyak dah sekarang.

      Padam
  5. Aah mcm bru dgr sblm ni x tau jgk hehe

    BalasPadam
  6. Memang cantik mural tu. Dah lama ada dh tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama eh Kin? Hehe Nad nak datang Ipoh baru tau ada mende ni.

      Padam
  7. Ohhh ada street art ipoh dan gopeng ek? Siqah baru tahu. Kiki. Menarik nampak gambarnya nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahahaha haah Siqah. Ada dua, dia lain lain. Nad pun memula confuse masa search tu samada sekali atau asing.

      Padam
  8. wah boleh tahan gak street art yang ada kat gopeng ni. nak kena pergi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe try pergi singgah Zuan kalau dah dekat :)

      Padam
  9. wah, cantiknya, harituh masa gi Perak, saya tak singgah pulak kat sini...rugi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah alamakkk dah dah jangan ralat sangat. Nanti boleh singgah lagi hehe.

      Padam
  10. Balasan
    1. Hehe memang lawa Anis. Cantik menarik :)

      Padam
  11. ruginya tak singgah perak ritu... tak apa ada masa singgah lagi.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kan. Esok esok pun boleh singgah lagi. Lukisan tu ada je dok situ hahah.

      Padam
  12. Cantikkk ! Kemain nak beli boipren tuu. Hahaha !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha yelah kak Inani penat dah membujang ni nak beli je boyfriend boleh tak? Hahah.

      Padam
  13. Nampak macam real pula gambar tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe kan. Street Art memang selalu gitu.

      Padam
  14. Baba2 bergambar dgn mural 3D mmg saya fail! Tak tahu camne nk menggayakan bagi real.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahahhaa takpe LZ kita try try je. Yang mana jadi, jadi. Yang tak jadi tu, simpan dalam phone je hahahhahaha.

      Padam
  15. best! memang cantik mural dia. kreatif kan? teringat time prgi street art dekat penang ritu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, creative! haha Nad sendiri pun tak pernah explore habis Street Art dekat Penang tu Nadhie :>

      Padam
  16. cantik tempat ni...klau jenis kaki bergambar mmg kena lah singgah..hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Raihan. Wajib! So Nad ni ada lah sikit dalma categori kaki bergambar hahah sikit laaa.

      Padam
  17. cannot wait for your next update, sebabnyaaa, next month, kita nak pergi perak jugakkk, so nak tau which places yang best hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak sorry Hazwani. Update banyak tergendala TT_TT I hope you enjoy your Ipoh's trip.

      Padam
  18. hahaha selalunya kan memang macamtu kan. kita konon2 mcm dah tau sangat negeri sendiri, alih2 kawan cerita ada tempat menarik tempat kita. tiba2 rasa krik krik krik. hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu takpe. Biasa kalau dah dekat dengan rumah lagi lah kita tak pergi kan hahah.

      Padam
  19. amboi kak nad, boyprend tak boleh dijual beli eh hahahaha :p
    cantikla dia punya mural niiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah please lah boleh jual beli hahahha. Cantik en Mazni pi lah try singgah :>

      Padam
  20. banyak tempat dah ada street art nih.. cantik kan bangunan lama diberi warna baru..:)

    BalasPadam
  21. I loveeeee art street. Walaupun tak paham seni sgt tp suka tgk lukisan cantek2 tuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sama lah kita. Seronok part bergambar je kan sebenarnya :p

      Padam