Kaunter Zakat Bergerak Permudah Urusan Bayar Zakat

1:16 PTG


Assalamualaikum, Hai.

Pernah tak korang rasa leceh nak bayar zakat? Rasa macam urusan nak bayar zakat ni complicated sangat? Rasa macam tak tahu pokok pangkal cara nak bayar zakat ni? Pernah ke? Mungkin ada. Lagi lagi yang baru wajib kena bayar zakat. Mesti rasa blur oh what should I do first? Haritu Nad ada dah explain sikit about zakat ni. Tapi, entry kali ni lebih specific sikit tentang pilihan yang ada untuk bayar zakat tu.


Seperti yang kita tau, Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) ialah agensi yang berperanan sebagai amil utuk mengutip semua jenis zakat harta khususnya di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Baitulmal-MAIWP pula akan mengagihkan wang kutipan zakat kepada yang berkelayakan. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh PPZ-MAIWP dalam mendekatkan diri kepada masyarakat seperti program turun padang dan penggunaan medium masa kini.

Sedia maklum, Wilayah Persekutuan adalah kawasan yang agak padat, sibuk dan sesak dengan pelbagai aktiviti dan perancangan. Setelah dikaji, antara permasalahan yang menyebabkan aktiviti membayar zakat terbatas adalah disebabkan kesesakan lalu lintas, kesibukan di pejabat, tidak dibenarkan ke kaunter zakat pada waktu pejabat dan apabila habis waktu bekerja kaunter zakat juga sudah tutup.

Tetapi, semua tu bukan alasan untuk tak bayar atau tangguh bayar zakat tau! Hehehhe. Kini, pihak PPZ-MAIWP menyediakan 3 pilihan/cara untuk bayar zakat. Semua ni untuk memudahkan kita as pembayar zakat.
Cara pertama :
Pembayaran melalui portal www.zakat.com.my (24 jam 7 hari seminggu). Flexible. Boleh buat pembayaran di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Cara kedua :
Pembayaran melalui Perbankan Internet sperti:-
           
1.
Maybank
2.
Bank Islam
3.
AmBank Group
4.
CIMB Bank Berhad
5.
Public Bank
6.
RHB Bank
7.
OCBC Bank
8.
HSBC Bank
9.
Pos Online
10.
Hong Leong Islamic Bank
11.
iRakyar (Bank Rakyat)
12.
Affins Islamic
13.
Bank Muamalat
14.
AgroBank

Cara ketiga :


Pembayaran Melalui Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP. Haaa ni yang the best part sebenarnya ehehe. Sesuai sangat dengan tagline “Kami Bersedia Ke Tempat Anda”. Wow kan? Hehe. Van ni boleh tempah tau. Kalau ada mana-mana syarikat, badan kerajaan, majlis, program yang ingin menempah van zakat ni boleh hubungi 1-300-88-5757. So far dah ada sebanyak 7 lokasi tetap Kaunter Zakat  Bergerak ni.


Selain itu, kaunter ini juga dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan SEMAKAN. Pembayaran pula boleh dengan menggunakan TUNAI, KAD KREDIT PERBANKAN ISLAM, KAD DEBIT dan CEK. Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 dan ke atas. Nah, you pay extra you get extra! =)

                                                -------------------------------------------

·         - Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak perlu menunaikan zakat.
·         - Semak terlebih dahulu segala bentuk pendapatan, perniagaan yang ada dan rujuk kepada pegawai-pegawai zakat.
·         - Jangan sekadar main agak-agak, kena zakat atau tidak. Rujuk, semak dan kira terlebih dahulu kerana hukum zakat adalah WAJIB dan merupakan RUKUN ISLAM yang Ke-3 tau!
·         - Disarankan bayar zakat sebelum 31 Disember tahun ini untuk mendapat pelepasan cukai pada tahun yang sama.
·         - Tunai zakat pada institusi yang dilantik. Asnaf individu, keluarga dan anak-anak akan mendapat lebih manfaat.
·         - Fatwa kebangsaan, bayar selain institusi yang dilantik, hukumnya SAH tetapi BERDOSA. Tau tak korang!


Boleh rujuk http://www.maiwp.gov.my untuk berita dan maklumat agihan.
Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran zakat sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757
"Tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat kerana segala kemudahan telahpun tersedia"

You Might Also Like

4 ulasan

  1. skrg semua online je..
    alhamdulillah memudahkan

    BalasPadam
  2. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam
  3. Sekarang semua dah mudah untuk bayar zakat :)

    BalasPadam
  4. Assalam... Mudah je tu...

    Pendapatan Kasar Setahun x 2.5%

    Contoh:
    Pendapatan: RM4,000 x 12 bulan = RM48,000
    Kadar Zakat - 2.5%
    Zakat Perlu Dibayar = RM1,200

    Semoga bermanfaat dan membantu. Wassalam

    http://toneexcel.net.my

    BalasPadam