Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook Tinggalkan Running Man!

3:07 PG


Assalamualaikum Hai.

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pulak nak tinggalkan Running Man? Nad memula dengar pun memang terkejut lah. Cerita yang Gary nak tinggalkan Running Man pun masih dok tanya-tanya lagi betul ke Gary dah takde kat Running Man? T_T Macam tak percaya satu-satu ahli Running Man slow-slow tinggalkan rancangan ni. Hmm. 

Waktu mula-mula berita ni tersebar, ramai yang cakap diorang yang nak tinggalkan Running Man. Ada yang kata kalau before ni Gary tinggalkan Running Man untuk fokus dalam bidang rap, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pun nak tinggalkan Running Man sebab nak fokus dengan aktiviti lain. Tapi lepas beberapa hari, baru tau bahawa produksi yang kick diorang T_T Bukan diorang yang nak tinggalkan Running Man dengan rela hati! Eeee apa ni!

Running Man, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook

Running Man, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook


Seriously walaupun kadang-kadang Song Ji Hyo ni jenis yang bukannya banyak sangat cakap pun dalam Running Man, tapi Nad sukaaaaa gila tengok dia! Sebabnya eh cantik ya ampun kulit takleh cantik lagi keee? Bila tengok je mula lah berangan feeling-feeling kulit sendiri pun flawless gitu hahahah. Hmm pasni dah takleh nak tatap lama-lama dalam Running Man tu.

Rasa macam tak percaya pulak dah takkan tengok 2 selebriti ni dalam Running Man. Pastu ada jugak rumors yang mengatakan tempat mereka akan diganti dengan Kang Ho Dong. Haihhh. Takkan sama lah dengan ahli asal Running Man ni T_T Taktau macam mana produksi boleh buat keputusan camni. nad tengok pun ramai yang kecewa kot.

Running Man, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook

P/s : K pasni takmo tengok Running Man dah huhu.

You Might Also Like

34 ulasan

  1. Hilang seri running man dah 😭😭😭 Tak best lah dah lepas ni. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu tula pasal kak Inani. Nad pun dah tak layan sangat da sekarang ni hmm.

      Padam
  2. Dah! pulak kenapa produksi tu nak kick depa dua tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahaha tula tu Mrs A. Macam-macam konflik ada.

      Padam
  3. Masalah dia pada rating sbnrnya Nad..hmmm :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lahh sebab rating ke kak Sally. Hmm tapi kalau gini makin teruk lah rating dia nanti hmm.

      Padam
  4. omo omooooo, seriouslyyy??? aaaaa... apeni apeni apeniiiii no waayyyyy :'O

    BalasPadam
    Balasan
    1. TT_TT Sedih en Fairuz! Kenapa mesti jadi gini lahh.

      Padam
  5. Biasanya begitulah.
    Cuma kita yg tak tau future orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat future orang, future sendiri pun taktau ni Adam! Hahahha.

      Padam
  6. sedihnyaaa. serius masa kang gary keluar pun dah sedih gila2. T^T
    BV ada baca yg runningman last ep pada bulan feb 2017. lepas nie takdak runningman lagi. TT^TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan kan! Even Gary tak banyak cakap sangat tapi kalau dia takde, takde lah Monday Couple huhu.

      Padam
  7. tahun depan bulan feb last ep running man ni :'( bangun pagi je dah terbaca pasal news diorang,tak tahu nak cakap apa sbb sedih gila rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaha alahai. Sian Tashira baru bangun tidur dah dengar berita gini eh.

      Padam
  8. takpa la sis lepas ni pun rm akan tamat jugak . huhu . betul ke kena kick ni ? firsttime dengar ni . hm .

    The Talking Diary

    BalasPadam
  9. and now runningman will be stop terus on feb2017. ingt lg time ep300, jae suk kata lets make it 1000eps! T_T diorg duk kira rating national je, tak kira fans oversea ni, haih... btw, salam kenal,hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu jauh lagi perjalanan kalau nak kejar 1000 eps tu. Entahla producer ni pun taktau apa diorang fikir kan. Salam kenal Yuhaisya ;)

      Padam
  10. Lepas nie running man dah takde.. takde lagi gelak ketawa sampai berguling-guling lepas nie.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Amin. Selalu dok layan lagi-lagi kalau time stress hmm.

      Padam
  11. good things will eventually end. teringat zaman kegemilangan running man dulu. tapi rating jatuh dah takleh buat apa, memang kena tamatkan running man, buat variety show baru. orang akan bosan juga dengan format yang sama. biasanya k-show ni dia recycle je org yang sama mcm jaesuk haha jongkook utk variety show. sama mcm x-man dulu.

    hihi terpanjang pulak.
    takpela diorg kena kick pun, sbb mmg akan tamat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahahah. Betul jugak en apa Aisya cakap ni. Japgi ada rancangan lain lagi yang akan tarik minat kita hahah. Ala-ala Running Man jugak.

      Padam
  12. running man baru ni x best mcm sblm ni. lepas pengarah baru ambik alih mcm boring jer nak tgk..

    BalasPadam
  13. no more running man dah pasni T^T
    PD taktau ke bila diorang camni lagi teruk jadinya kott, viewers RM ni dari serata duniaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhahahahah tula pelik Mazni. Ada lah tu issue-issue dalaman yang kita taktau kan hahah.

      Padam
  14. entah kenapa rancangan ni boleh jd menarik?
    padahal diaorg yg main2..kita plk yg duk ketawa tgok..haha..
    terikut2 jgk tgok rancangan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahahahha! Tapi kadang even tengok je pun berdekah jugak la gelka tu kan.

      Padam
  15. dok kejar rating, last2 apa pun tarak. bye2 running man. tgk balik episod2 yg lama je la pasni.

    BalasPadam
  16. mujur tak jadi rumor ni. yeyy. tapi still lemau lah RM sejak Gary keluar. saya pun dah jarang-jarang tengok lepas Gary takde wuwuu. Btw, saya duduk Klang dekat Jalan Kebun. Hee. Jom singgah blog saya and bace new entry! :) http://iamfieonafieridz.blogspot.com . TY <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh dekat je tu dengan tempat Nad. Even after kawin pun still stay Jalan Kebun eh Fie?

      Padam