Apa Perlu Buat Jika Passport Hilang?

2:37 PTG

Hi Assalamualaikum.

Passport Hilang? Haaa apa perlu buat. Sebelum ni Nad dah pernah ada passport. And pakai pun sekali je untuk pergi Medan, Indonesia tahun 2013 dulu. Time tu masih ada lagi yang 2 tahun punya passport. So kiranya passport Nad ni dah pun expired pada tahun 2015 macamtu. Satu penyakit Nad ni Nad suka bawak passport ke mana-mana. Maksudnya macam kalau Nad balik UiTM Penang Nad akan tetap bawak passport pergi sana sekali hahahahha. At last, passport pun hilang dalam simpanan. Tapi hilang pun time dah expired lah.


Passport Malaysia

Angan-angan nak beli VS passport cover em.

Then tiba-tiba baru-baru ni ada someone ajak pergi Perth, Australia. So Nad macam hmm alahai passport pun dah hilang malasnya lah nak settle kan. Sebab bila Nad Google macam leceh sangat procedure dia. Serious leceh. Antara permasalahan yang Nad jumpa kena report polis dulu, then ada yang takleh buat dekat cawangan sekian sekian. So bertambah la malas Nad nak buat passport baru ni. Tapi disebabkan kena buat jugak Nad pun buat lah.

Nad ada baca someone punya experience dia orang Selangor, tapi dia nak report passport hilang dekat Pejabat Imigresen area Kuala Lumpur. Pegawai tu kata tak boleh, kena buat dekat Selangor. So Nad play safe jelah, Nad pergi Pejabat Imigresen di Shah Alam. First day pergi Nad sampai dalam 11am tapi kebetulan time tu cuti sekolah so nombor giliran dah habis sobs.

Passport Malaysia

Minggu depan tu Nad datang semula lebih awal. Dekat kaunter giliran Nad cerita masalah Nad. Lepastu pegawai pun bagi 2 borang ni suruh isi.

Borang Hijau - Semua orang memang akan dapat untuk buat passport baru.

Borang Putih - Borang untuk passport hilang. Dekat situ nanti korang cerita macam buat report polis. Cerita macam mana passport boleh hilang dekat mana dan sebagainya details details yang penting. Kalau tak ingat nombor passport pun takpe. Sebab Nad pun tak ingat. Tapi bila pegawai tu type ic kita ada je keluar rekod passport kita sebelum ni.

And that's it! You are done! Lepastu procedure semua sama macam buat passport baru tu. Just ada tambahan borang sahaja. Lepas pass ke kaunter, ambil gambar passport lepastu bayar (Sekarang ada yang 5 tahun punya je RM200) then tunggu passport siap. Aaaaa mudahnya alhamdulillah. Padahal risau sangat kalau procedure susah. Tapi pegawai banyak kali ingatkan lepasni jangan hilang lagi ye. Hilang kali kedua dapat amaran. Hilang kali ketiga takleh buat passport untuk beberapa tahun so means takleh pergi oversea untuk beberapa tahun. And akan datang dia kata mungkin akan ada denda berbayar.

P/s : So yay Perth I'm cominggg! Ah tapi tetibe someone tu kata dia nak kena pergi umrah pulak em.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. procedure memang senang tapi kalau dah hilang tuh memang malas nk g setelkan.. kena jaga betul2..huuhu

    BalasPadam
  2. bestnya nak pergi perth!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! jeles T_T

    BalasPadam
  3. Wahh, have fun going perth nad ^^

    BalasPadam
  4. Oi jaga elok elok passport lain kali. Hahah. Uyoo nak jalan jalan Perth 😍

    BalasPadam
  5. sebab tu passport sy ayah yg tolong simpan. kalau dia simpan mmg tau takkan hilang. hihihi. leceh la kalau ada masalah dgn passport etc ni kannn

    BalasPadam
  6. Saya tak pernah ada passport T.T

    BalasPadam
  7. Seghonoknyaaaa nak g Perth! Amboiiii jauh berjalan ye. Panjang betul langkah. Jangan lupa souvenir kite! 😝
    Jangan hilangkan passport lagi, mana tau ada rezeki pergi umrah pulak. Ameen...

    BalasPadam