Food Review : Burps & Giggles Cafe, Ipoh

9:54 PG

Hi Assalamualaikum.



Burps & Giggles Cafe, Ipoh. Fuh serious lama dah tak lepak cafe sebenarnya. Rasa rindu pulak zaman-zaman rajin lepak cafe buang duit. Eh. So waktu Nad nak pergi Ipoh Nad shortlist dalam 2 ke 3 cafe yang menarik dan famous dan macam best jee. But we ended up pergi satu cafe je dan cafe yang bertuah adalah; Burps & Giggles Cafe. And i have no regret choosing this one. 


Front door.

Cafe ni betul-betul terletak tepi jalan. And no parking space pun depan tu. Alah biasa lah dekat bangunan-bangunan lama camni sama lebih kurang macam dekat Penang. Tapi yang buat lebih susah nak cari sebab diorang takde letak sign, nama kedai. Unless, yang sekecil-kecil di pintu tu hahahah. But ya it's not a big deal. Kedai dia ni sebenarnya besar dalam 2 ke 3 buah kedai camtu.


INTERIOR DESIGN





Of course cafe win dengan interior design yang menarik. Grafa Cafe, Subang Jaya dan Flora Cafe, Ampang pun sangat menarik. How do i explain this eh? Burps & Giggles Cafe ni dia bertemakan barangan lama like barang-barang antik gitu. Most of my time there Nad banyak melilau-lilau speechless tengok aaa camne dia boleh terfikir nak buat cafe camni. Even the toilets pun wow okay hahhaha. 

Macam Nad cakap, dia ada 3 kedai kan. First one dekat pintu masuk tu macam ruangan santai gila best lepak ramai-ramai. Second one yang Nad duduk standard lah normal. Third one bahagian dessert camtu. Staff dia pun semua okay. Datang bila panggil je hahahah and sangat sopan. 


FOOD


Average price makanan dekat sini dalam RM18 or RM19 camtu.


Fish & Chips [RM19]

Sorry Nad tak ingat kawan Nad makan apa tu hahahah. For food, Nad pilih fish and chips sebab yang lain-lain tu Nad tak berapa boleh imagine rupa dia akan turned out jadi apa hahaha. Oh btw, ramai cakap famous menu dekat sini burgers. Overall fish & chips Nad okay sedap rangup lazat semua. And portion makanan dekat sini size dia besar. Yang mana, makanan kitorang berdua tak habis. Cancel terus niat nak makan dessert em.


Oh sebelum Nad lupa nak mention. Most cafe dekat Penang, Selangor and Kuala Lumpur buka tengahari or petang and tutup malam. Tapi dekat Ipoh lain. Cafe diorang mostly buka pagi or tengahari and tutup petang. Time awal-awal planning sebenarnya pergi cafe for dinner camtu. Tapi bila tengok banyak yang tutup dalam pukul 6 petang or 7 and 8 malam. Rasa macam oh bukan semua cafe operating sampai malam eh? Hahah. Which also explained kenapa dalam gambar Nad tak ramai orang. Sebab dah nak closing hahahha.



Burps & Giggles Cafe

Address : 93 & 95, Jalan Sultan Yusuf, Ipoh, Perak
Phone number : 05-2426188
Facebook : Burps & Giggles
Operating Hour : 10am -6pm
Status : Halal Food

You Might Also Like

8 ulasan

  1. I live in Ipoh but I never heard of it T.T Thanks for the info tho. Gotta check that out soon

    BalasPadam
  2. pernah pergi sekali je Ipoh tu pun xsempat nak berjalan merata.
    yang ingat g kat selalu locks tu. ;)

    BalasPadam
  3. Menarik kedai ni. Nampak unik! Oklah tu kalau makanan sedap. Jgn kedai je nampak cantik tp makanan hampeh huhuhu.

    BalasPadam
  4. Antik sangaaat deko macam ni. Jarang jarang jumpaaa. Alaa banyaknyaa tempat best dekat Ipoh. Bila entah nak jalan jalan sana pulak

    BalasPadam
  5. uwaaa. best pergi cafe2 macam ni sbb suka tengok deco diorang plus of course nak ambil gambar kan kak nad? hihi rasa macam nak makan fish & chips pulak dah T_T

    BalasPadam
  6. Tak pernah pergi lagi Burps & Giggles. Next time Nad pergi lah Konda Kondi tau! Semua makanan dia sedap gila, seriously! Nanti pergi Ipoh lagi, try okaayyyy. 😉

    BalasPadam
  7. airah duduk batu gajah and memang pernah dtg sini. cafe kat ipoh semua best gilos

    BalasPadam