Pelancaran Album Wangikanlah Hatimu bersama Noraniza Idris dan Tyka

11:57 PG

Assalamualaikum Hai.


Pelancaran Album Wangikanlah Hatimu. Siapa tak kenal dengan Noraniza Idris yang sememangnya sudah lama bertapak dalam bidang nyanyian? Siapa tak kenal dengan Tyka yang merupakan juara Irama Malaysia 3 Juara? Kalau diorang bergabung, ha wow! 🎉 Memang meletop. 

Antara jemputan yang hadir pada hari pelancaran adalah Zed Zaidi, Dato M. Nasir, Pak Ngah, Dato DJ Dave dan ramai lagi. Memang meriah. Kehadiran artis-artis seni ni tak lain tak bukan adalah untuk menyokong lagu yang ber genre pop etnik dan tradisional ini #saveiramaMalaysia



Majlis dimulakan dengan persembahan tarian daripada penari kebudayaan; Penari Sanggar Budaya. Disusuli dengan persembahan hebat dan mantap dari Noraniza Idris & Tyka 3 Juara. Suara diorang, fuhhh. Memukau! Terhibur betul penonton-penonton yang hadir. Oh selain tu, lagu ini juga bakal dipasarkan terus menerusi aplikasi iTunes Store, Spotify, Joox dan banyak lagi. 



Kempen #saveiramaMalaysia turut dilancarkan semasa hari pelancaran album Wangikanlah Hatimu pada 21 Februari 2017 yang lalu. Kempen ini bertujuan untuk mendukung irama Malaysia dalam industri muzik. Kempen ini akan terus berjalan dan akan berakhir pada 31 Ogos 2017. 


Siri jelajah kempen #saveiramaMalaysia

9-13 Mac : Pahang, Kelantan, Terengganu
22-24 Mac : Perak, Selangor
15-18 April : Penang, Kedah, Perlis
28-30 April : Sarawak
4-7 May : Johor, Melaka, Negeri Sembilan
12-15 May : Sabah


Lirik lagi Wangikanlah Hatimu 💘💘

P/s : Jangan lupa dapatkan album Wangikanlah Hatimu tau! 

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Sekali tengok tyka tue iras2 elyana dah ... eh hari tue awal bulan 3 diorang dah turun perlis pelancaran album ni .. bulan ni nak datang lagi.hope CCL dapat turut serta

    BalasPadam
  2. wangikan hati? cam pelik pulak bunyinya ..haha

    BalasPadam
  3. Suka lagu tradisional Noraniza Idris. Rindu nak tengok persembahan yang penuh orang atas pentas 😊

    BalasPadam
  4. meriah majlis. besar giler kek tu huhu.. puas makan hehe :D

    BalasPadam