Qmanda Beauty Media Launch

4:59 PTG

Hi Assalamualaikum.


Qmanda Beauty Media Launch. Qmanda Beauty 💕 Korang pernah dengar tak? Brand ni dah setahun berada di pasaran dan makin meluas nampaknya. Media Launch kali ni adalah untuk memperkenalkan duta terbaru mereka iaitu; Risteena Munim. Memang cantik orangnya dan dia pun mengamalkan Qmanda Beauty ni sejak pergi menunaikan umrah sebab masatu kulit dia kering sangat. Dan alhamdulillah, mengikut pengalaman Risteena, kulit dia semakin pulih lepastu.

Qmanda Beauty terdiri daripada 3 produk iaitu facial treatment, vitamin E serum dan day cream PSF35. Packaging dia pun comel dan nampak exclusive sangat ye. Jarang-jarang brand skincare yang mengambil warna hitam sebagai warna tema mereka.



Bersungguh-sungguh Risteena ceritakan pengalaman kulit dia yang kering akhirnya pulih hasil penangan Qmanda Beauty ni. Memang power lah! 💥 Lagipun masa dekat Mekah, cuaca agak jauh lebih panas berbanding di Malaysia. Sebab tu kulit Risteena boleh sampai kering dan menggelupas. Tapi Alhamdulillah, ada Qmanda sebagai penyelamat! Hehe.

Semasa media launch juga, terdapat pengguna setia Qmanda Beauty yang sudi berkongsi pengalaman manis sepanjang menggunakan Qmanda. Woww, ternyata walaupun baru setahun berada di pasaran Qmanda Beauty memang sudah ada pengguna setia yang tersendiri. Produk bagus mesti boleh jalan lah kan 😁


 Acara Perasmian oleh pengasas dan duta Qmanda Beauty.


Team Qmanda Beauty.

Ha haaa lupa nak bagitau harga! Satu set Qmanda Beauty hanya berharga RM60 sahaja. Bagi Nad sangaaaaat berbaloi! Sebab apa? Sebab set skincare ni dah lengkap sangat dah. Pencuci muka untuk menanggalkan kotoran, day cream untuk melindungi kulit muka dan serum untuk memperbaiki kulit. Fuh complete! Lagipun kalau korang perasan rata-rata serum di pasaran memang lebih RM50 which explained why i don't wear serum sobs mahal. Tapi set Qmanda Beauty ni cuma RM60 jeeee.

Dekat mana nak beli? Korang boleh beli direct dekat butik Qmanda di Bangi (Alamat di akhir entry) ataupun beli secara online pada stokis-stokis Qmanda atau pun melalui website Qmanda sendiri. Well, banyak choice.


Nad bersama duta dan pengasas Qmanda Beauty.

Qmanda Beauty

Alamat : Q'MANDA, 3-23-3, Jalan Pusat Bandar 8, 43650, Bangi, Selangor
Email : info@qmandaofficial.com
Instagram : @qmanda_beauty

You Might Also Like

6 ulasan

  1. wah, Qmanda ada produk baru. Kita kenal pengasas Qmanda ni. Akak tu baik and friendly. hehe. skrg ddk jauh, dah xdpt jumpa akak tu.

    BalasPadam
  2. Hye I'm back guys!!! Check out my new post!! ==> https://ameridzuan.blogspot.my/2017/03/3-must-have-

    ESPECIALLY TO ALL ZALORA LOVERS!!

    BalasPadam
  3. Menarik! Uyo jumpa retis. Heheh :)

    BalasPadam
  4. Woww bestnya. Dapat jumpa artis pulak tu.

    BalasPadam