Yeayyy Macbook Air 13'

7:50 PTG

Hi Assalamualaikum.


Macbook Air 13'. Yayyyy now I'm so happy πŸ’– Finally got a laptop that I ever dream of! Dari dulu dok asyik ulang-ulang cakap. Tapi cakap kat diri sendiri lah. Nak bagitau kat orang malu hahahah. Sampai sekarang masih macam tak percaya hahah. Sorry excited lebih sikit sebab Nad beli pakai duit saving Nad sendiri. Awh I'm so proud of myself. Empat lima kali jugak lah fikir betul ke nak beli betul ke untuk kalini tolonglah jangan terlalu sayang duit hahah. And finally.

Macbook Air 13'

Macbook Air 13'

Laptop lama Nad yang Sony tu ada lah pakai dalam 5 tahun. Lepastu dia selalu overheat lah jammed lah slow lah pastu nyampah lah lama-lama hahah. Padahal Nad pakai cuma untuk study and blogging je. Takdelah pakai untuk buat apa yang complicated sangat pun. 

Macbook Air 13' Specification

✔ 1.6GHz dual-core Intel Core i5 with 3MB L3 cache (Turbo Boost up to 2.7GHz)
✔ 8GB of onboard 1600MHz 
✔ 128GB of flash storage
✔ 13.3 inch LED -backlit high-resolution glossy widescreen display
✔ Backlit keyboard and ambient light sensor
✔ Preinstalled macOS
✔ Weight 1.35kg



Why Macbook Air 13'?

Kenapa Nad pilih 13' dan bukan 15'? Sebabnya biar senang nak angkut pergi sana sini. Lagipun laptop Nad yang sebelum ni pun size 13' so dah terbiasa hadap screen size ni. Oh dan Macbook ni adalah Macbook yang paling ringan sekali. 

Kenapa Air dan bukan Pro? Easy. Harga dia! Hahahhahahaha. Pro mahal sangat lah woi. Lagipun Nad guna laptop untuk benda yang simple simple je. Asalkan bukak banyak tabs tak lag pun dah bersyukur gila. Bagi Nad, pro tu untuk something yang heavy, professional. Like someone yang kerja in designing or editing. Lagipun I know myself. Nad tak reti sangat bab technology and tak rajin nak explore πŸ˜‚πŸ˜‚ Kang canggih-canggih sangat tak guna pun.

And ada antara benda yang Nad baru tau lepas Nad pakai Macbook ni. First, Macbook ni cepat gila dia punya start and shutdown (like less than 20sec). Sumpah cepat. Tak payah dah nak tunggu lama-lama. Kalau nak sleep lagi cepat gila. Second, touchpad dia ah-may-zinggg. Tak perlu pakai mouse pun takpe. Tapi kena belajar jgak lah shortcut dia semua. Third, tak perlu pakai anti-virus yeayyy. Paling suka jugak part ni. Laptop Nad yang lepas, sekali je kot letak anti-virus tu pun masa awal-awal beli. Lepastu pandai-pandai lah dia lawan virus sendiri. Tu yang barai kot?

Macbook Air 13'

Macbook Air 13'

Waktu Nad beli tu Nad taktau lah ada promotion ke apa kan. Tapi Nad dapat RM288 free voucher (valid on the day of purchase) for any products except Apple brand. So I got these two cute little thingy; laptop cover and mini power bank. Laptop cover tu make sense lah jugak sebab penting and nak protect Macbook from dent kan tapi dah power bank 6,000 mAh sampai RM149 ni apehal? Hahahhahaha. Ye, sebab dia comel.


P/s : Sejak-sejak laptop baru ni rasa makin semangat nak blogging cehceh kbye.

Update : Nad beli ni RM4199 dekat Machine.

You Might Also Like

27 ulasan

  1. uwaaaaaa nak jugakkkk hahaha dari dulu lagi teringin nak beli macbook ni. dah kumpul duit byk kali tapi last2 beli benda lain haihh so sampai skrg belum beli although skrg guna laptop baru tapi nak macbook jugak T_T anyway,happy for you kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahha samalah kita tashira...selalunya bila ada duit bukan beli pun barang dalam wish list. dibelinya barang yang kat depan mata je...

      tahniah nad sebab berjaya capai impian nad!!! insyaAllah lain waktu nak capai jugak impian miliki mac! :D

      Padam
  2. eceh, congrats! btw, laptop kita sama lah. hahaha. cuma laptop ai dah tua

    BalasPadam
  3. Saya punya laptop memang ambil masa yang lama sangat untuk shutdown and start. Stress je rasa.

    BalasPadam
  4. wahh bestnya laptop baruuu. smngat nak brblogging. hehe. bagus la nad pakai duit saving sndiri.. :)

    BalasPadam
  5. Arghhhhhh, my dream. Dari zaman matrix lagi duk berangan2 nak pakai MacBook tp smpai skarang hanya mampu pakai Toshiba. Uwaaaaa~

    I'm soo jealous. Share sikit tips saving please! Hihi

    BalasPadam
  6. Waaaaa seronoknya dapat Macbook ni! Semoga dengan kehadiran Macbook ni lebih rajin la kan nak berblogging hihihi.

    BalasPadam
  7. wahhhhh bestnyaaa, BV pun teringin nak merasa guna macbook nie. tapi sekarang nak guna apa yang ada. hahhaha :D

    BalasPadam
  8. Akk pun nak kena cari laptop yang boleh ke hukur hilir nak.update blog..hehehe

    BalasPadam
  9. MacBook yang paling best bab virus takkan masuk tula. Syiookkkk! Ala tergoda juga dengan kepantasan macbook tu. Laptop sekarang mcm siput. Ok boleh masuk dalam next wishlist, hehe

    BalasPadam
  10. wahh memang excited la dan rasa puas hati sebab beli guna saving sendiri kan

    BalasPadam
  11. Huwaaaa teringin gak nak pakai macbook. Laptop saya dah nyawa2 ikan so mmg bye2 la blogging :p

    Beli ni online ke atau kedai? Ada survey harga kat tempat lain2 tak? (Acah nak survey manalah tahu kan huhu)

    BalasPadam
  12. share la harga hahaha nak beli macbook jugak tapi masih mengumpul T.T hrap time deg nnti mampu laaa

    BalasPadam
  13. Teringin sangat nak guna laptop jenama apple.. mesti best kan..

    Tapi laptop sekarang masih ok lagi.. Tunggu rosak baru upgrade baru.

    BalasPadam
  14. Aduiihhhhh idaman qolbu! Cepatlah kerjaaa nak jugaakkkk... Huhu..

    BalasPadam
  15. alhamdulillah hasil dari duit saving sangat berbaloi hehe. bestnya ada macbook. nak tunggu elsa kumpul rm5000 tu memang ambil masa lama tu hahaha

    BalasPadam
  16. Bestnya..!! Mmg idaman kalbu jugak ni.. Dari dulu angan2 nak pakai macbook ni.. Asal simpan je, bli benda lain pulak.. Huhu..

    BalasPadam
  17. nak jugakkk tapi masih berkira kira takut membazir stressnya haha πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
  18. 5 tahun utk laptop tu masuk akal untuk ditukar

    harga rm4k perghhh, teknologi makin lama makin canggih sis, mudah2an alah membeli menang memakai

    lepas ni entri lagi berlambak2 kot, sebab laptop baru hehe

    BalasPadam
  19. huwaa nangis saya dengar harga tu! hahaha tapi mesti seronokkan pakai duit saving beli benda yang berbaloi and tahan lama =)

    BalasPadam
  20. Waaaaah syoknya Nad 😍

    BalasPadam
  21. Aku dulu nak gak beli Macbook Air ini, makcik aku tak bagi pula. Alih-alih beli ASUS je. ;)

    BalasPadam
  22. wahhh seronoknya dapat macbook air! hehe tak perlu pro2. macbook air pun cukup dah! mmg ada kepuasan kan bila beli benda2 mahal gini dgn saving sendiri. bestnya lah . 😍😍 tahniah nad! haha

    BalasPadam
  23. Wow..nak masuk dalam wishlist juga lah cenggini

    BalasPadam
  24. tahniah. dah tercapai impian nak beli macbook air. hehehe...

    BalasPadam
  25. lawanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tp harga dia pun lawa T_T

    BalasPadam