Contact Lens Selesa #SoftLens59

2:12 PTG

Assalamualaikum Hai.

Contact Lens Selesa

Siapa katsini pengguna contact lens? Nad yakin memang ramai yang pakai contact lens sekarang. Lagi-lagi yang rabun tapi tak suka pakai spec. Pastinya pilihan korang adalah dengan pakai contact lens; easy & on-the-go. Tapi selesa betul tak contact lens yang korang pakai tu?

Macam Nad, start pakai contact lens since Nad form 4 lagi. Tapi jujur lah selama ni Nad cuma beli yang murah-murah dekat Instagram tu je. Yang korean style punya, yang cuma RM16 or RM20 pun dah boleh dapat. Bagi Nad ok-ok jela sebab selama ni memang pakai contact lens camtu. Rupanya! Memang berbeza tau tiap contact lens. Contact lens SoftLens59 yang Nad pakai ni buat Nad dapat rasa beza antara contact lens yang murah dan yang berkualiti.

Contact Lens Selesa

Contact Lens Selesa

Pengalaman Nad pakai Bausch & Lomb SoftLens59

Nad percaya SoftLens59 memang betul-betul soft. I had a hard time trying to put the lens into my eyes. Rasanya mungkin sebab dah lama tak pakai lens hehe 😅 Tapi tapi tapi, sumpah cakap memang best sebab walaupun Nad cuba masukkan banyak kali tapi mata Nad langsung takde sikit merah pun. Dulu kalau pakai lens murah-murah kemain silap sikit je terus merah sampai kadang terus tak jadi nak pakai lens. Tapi SoftLens59 memang selasa sangattt 😭😭😭 Ish taktau camne nak bagitau tapi memang Nad suka. 

And ini juga first time Nad pakai contact lens yang ada power dan colourless. Seronok sangat sebab pengalaman pertama pakai and memang positive feedback. Nad pakai untuk keluar bersantai tengok wayang semua dan selesa. Sikit pun mata Nad tak rasa letih dan pedih. Selesa tahap terlupa mata ni tengah pakai contact lens.

Contact Lens Selesa

Setiap kali nak pakai jangan lupa bilas dan cuci dengan Bausch & Lomb Renu Fresh. Perkara paling penting pakai contact lens ni ialah KEBERSIHAN. Nad boleh jamin kalau korang betul-betul jaga kebersihan memang takkan ada masalah. In shaa Allah semua okay jee. Nak cuci contact lens pun ada cara dia tau. Nanti Nad share dalam post yang akan datang. 

Contact Lens SelesaContact Lens Selesa

Look at that eyesss 👀👀

Bausch & Lomb SoftLens

Facebook : BauschAndLombMY

P/s : Nak pergi class pun happy je sekarang sebab selesa dah boleh tengok whiteboard dengan tenang.

You Might Also Like

11 ulasan

  1. Nad beli softlens berapa eh per box?

    BalasPadam
  2. Akak pun pakai contact lense jenama nie jugak, dah try macam2 jenis yang lain tapi alih2 jenama nir jugak sesuai ngan mata akak, tapi akak pakai yang ada power, hihi.. Dulu masa muda2 dan masa bujang penah beli jugak lenses yg color tapi skrg takde rasa nak beli dah... 😁

    BalasPadam
  3. *angkat tangan* pengguba tegar contact lens jugak! Hihi. Pernah pakai softlens ni, memang best!

    BalasPadam
  4. Kita pakai brand yang sama! Yeayy! Hihi. Excited boleh tak :D Siqah kenal contact lens sejak masuk U. Dulu selalu pakai lens, sekarang selesa pakai cermin mata je. Sesekali bolehlah pakai lens :)

    BalasPadam
  5. nak pilih contact lens kena yg berkualiti kann

    BalasPadam
  6. echa pernah pakai lens dulu. saja cuba2. tu pun kawan tlg pasang. but malangnya kawan echa pasang lens terbalik n the lens masuk dekat kelopak mata. punyalah nevesss. nasib baik dpt keluar. sampai sekarang fobia nak pakai contact lens!

    BalasPadam
  7. Fairuz dah contact lenses berpisah tiada! Hahahahahahaha... Lagi-lagi sekarang ni memang pakai specs kat rumah je. Fairuz pun beli kat ig je semua coloured contact lenses, and fairuz memang beli kat that specific ig sahaja sebab best. And untuk contact lenses yang clear macam ni, fairuz pun prefer beli kat kedai cermin mata je sekotak-sekotak terus sebab lagi berbaloi. Plus, yes lagi selesa. Power pulak memang ikut power kiri kanan betul-betul.

    BalasPadam
  8. percaya tak saya tak pernah pakai contact lens . tapi teringin jugak nak cuba

    BalasPadam
  9. Nad, saya tak pakai lah.

    BalasPadam
  10. Mai suka lens dari pakai spek, banyak tak bestnyaa dari best bila pakai spek ni, hahaha. Dari form 2 dah start pakai.

    So far memang suka jenama ni, and lagi satu , blincon... lens ni hanya berani beli kat kedai spek je, yang online tak pernah lagi.

    BalasPadam
  11. busyra tak pernah pakai contact lens. even rabun.. hehe. sbb takut. :p dah la spek tak suka pakai. haha

    BalasPadam