Pelancaran Dream Cut! Fast and Organic Hair Saloon

8:31 PTG

Assalamualaikum Hai.

Dream Cut Hair Saloon

Dream Cut; Fast Hair Saloon. Nad berkesempatan untuk menghadiri perasmian Dream Cut Hair Saloon yang berlangsung di 3rd Floor, Sunway Velocity Mall. Saloon ni terletak berhampiran kedai Vivo dan Adidas Neo. Sejujurnya, ini kali pertama Nad menjejakkan kaki ke mall baru ni. Memang besar dan bermacam butik best yang ada.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh pihak Dream Cut dan juga beberapa selebriti tempatan seperti Miss Tourism Malaysia, model dan pelakon tempatan. Dimulakan dengan sesi bergambar, sesi memotong ribbon dan sesi menandatangani board. Mari lihat gambar di sekitar majlis perasmian;

Dream Cut Hair Saloon

Dream Cut Hair Saloon

Dream Cut Hair Saloon

Apa yang menarik tentang Dream Cut Hair Saloon ni?

Untuk pengetahuan, saloon ini merupakan saloon pertama di Malaysia yang menggunakan pewarna rambut organik dan natural diimport khas dari Korea and Italy. Strictly no ammonia, no paraben and no benzophenone. Founder saloon ini, Miss Mindy Low merupakan orang Korea dan telah banyak outelt Dream Cut dibuka di sana. Beliau mendapat idea untuk membuka saloon berkonsepkan barangan organik dan natural kerana merasakan hampir kesemua produk penjagaan rambut mengandungi terlalu banyak bahan kimia yang merbahaya untuk rambut dan kesihatan pelanggan.

Suasana di dalam saloon juga kemas dan ekslusif bagi menjamin keselesaan pelanggan. Untuk servis yang tiptop begini, jangan pula terus rasa "Eh mesti mahal ni harga buat rambut katsini". Tak semestinya yee. Bagi Nad, dengan produk yang serba organik dan keadaan saloon yang wow, harga yang ditawarkan juga sangat masuk akal.

Hair Cut ; flat rate RM18 only
Hair Colour for Short Hair ; RM 58
Hair Colour for Medium Length ; RM58 x 2
Hair Colour for Long Hair ; RM58 x 3

Dream Cut Hair Saloon

Organic Hair Colour

Dream Cut Hair Saloon

Serum boleh didapati pada harga serendah RM18 manakala Pomade pula pada harga serendah RM

Dream Cut Hair Saloon

Di sini, mereka menggunakan perkhidmatan mesin layan diri dari segi pembayaran. Bayar dahulu, potong kemudian ha gitu. Masukkan jumlah duit yang mencukupi ke dalam mesin ni. Kemudian akan keluar resit. Cuma perlu tunjuk resit kepada pekerja yang bertugas dan dah boleh potong rambut dah yay. Mudah kan?

Dream Cut Hair Saloon

Suasana dalam saloon yang serba ekslusif.

Selain itu, sesiapa yang bercita-cita hendak membuka saloon rambut franchise juga kini boleh dengan modal serendah RM300,000 (termasuk lesen, training, stock, renovation dan equipment). Peluang terbuka untuk membuka perniagaan franchise saloon rambut Dream Cut ni. Antara kelebihannya, yang kita sedia maklum mereka hanya menggunakan produk rambut yang natural dan organik. Pelanggan juga sering mendapat servis pewarnaan rambut secara percuma apabila membeli produk mereka. Setiap outlet juga ada dibekalkan dengan kamera CCTV yang beroperasi 24 jam. Nasihat dan  tunjuk ajar akan diberi untuk memilih lokasi saloon, perancangan perniagaan, marketing dan akaun niaga.

Dream Cut Hair Saloon


Dream Cut Hair Saloon

Address : Lot 3-85, 3rd Floor, Sunway Velocity Mall Lingkaran SV, Sunway Velocity, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur
Phone no : 03-9202 5560

P/s : Bila lah nak jejak lagi ke Sunway Velocity ni, rambut rimas dah tahap apa ni 😂

You Might Also Like

2 ulasan

  1. macam menarik jerr ^_^ salam Ramadhan nad

    BalasPadam
  2. waahhh join perasmian produk. best

    BalasPadam