Pertama Kali Join Sepetang Bersama Blogger #SBB2017

8:39 PTG

Assalamualaikum Hai.

No automatic alt text available.

Sepetang Bersama Blogger 2017. Walaupun dah 7 tahun Nad berkecimpung dalam bidang blogging ni, tapi ni memang baru pertama kali Nad berkesempatan nak join. Selama ni rasa macam banyak sangat sangat halangan tiap kali nak pergi. Ni pun Nad gigihkan juga pergi dari Penang ke Kuala Lumpur. Gigih tak? But at the end, its all worth it!

Majlis Sepetang Bersama Blogger ni ada 2 sesi; sesi siang dan siang+malam. Disebabkan Nad pun beli tiket sehari sebelum majlis, seat untuk ticket malam dah pun sold out. Memang laku habis! So Nad cuma ada rezeki untuk hadir belah siang je. Tapi tu pun memang dah terlebih cukup dan memadai sangat bagi Nad. Banyak ilmu Nad dapat daripada speaker jemputan yang memang hebat belaka dalam bidang media digital ni.


Majlis Sepetang Bersama Blogger adalah di bawah anjuran Denaihati Network.

Slot pertama adalah perkongsian daripada food blogger, Maha Mahu dan lifestyle blogger, cik Lily Putih tentang pengalaman pahit dan manis sepanjang berblogging. Apa yang Nad belajar ialah cara untuk menolak jemputan sekiranya tidak dapat hadir. Apa yang penting; communication. Nad selalu kalau dapat invitation dan tak dapat hadir, Nad tak reply pun. Kecuali kalau boleh hadir baru Nad reply untuk rsvp. Tapi sebenarnya kita perlu reply ye.

Slot kedua daripada Ibu Hanim berkenaan kajian tentang generasi. Dalam bidang penulisan ni, kita perlu tahu target audience kita. Perlu tahu siapa audience kita sama ada dari generasi Baby Boomers, Gen X, Gen Y atau Gen Z. Dari situ baru kita boleh tahu cara untuk tackle hati pembaca dan emosi mereka.

Slot ketiga daripada Norman Danish dari Misi Viral berkenaan personal branding. Antaranya:

1) Cara yang betul untuk menghulur business card. Sewaktu menghulur, pastikan si penerima senang untuk membaca apa yang tertulis atas business card tu. 

2) Pastikan profile picture di media sosial adalah gambar sebenar dan jelas.

3) Di bahagian bio, tulis tentang diri kita. Apa yang kita buat. Contohnya, link blog etc.

4) Pastikan media sosial aktif. Update sekurang-kurangnya 3 kali sehari (Pagi, Petang, Malam)

Slot keempat daripada Dr Wan Yusof Wan Jeffery berkenaan content mastery. Di negara luar, penulisan mereka adalah sebanyak 500-1000 patah perkataan. Manakala di Malaysia pula, purata hanyalah sebanyak 300 patah perkataan sahaja. Kebiasaannya, trend ini akan masuk ke Malaysia cuma tidak tahu bila. Siapa yang mulakan dulu, dia yang akan ke depan dahulu. Siapa cepat dia dapat!


Dan yang paling seronok sekali mestilah sebab dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain. Time ni lah baru dapat berkumpul. Biasanya kalau blogger sesama blogger ni tak berapa nak malu sangat mungkin sebab masing-masing pun dalam bidang yang sama. Apa pun, memang banyak ilmu yang Nad dapat sepanjang majlis dan berharap majlis seperti ni akan diteruskan lagi pada masa mendatang 💕

You Might Also Like

13 ulasan

  1. Alhamdulillah bertambah ilmu ya Nad....syukur.. :)

    BalasPadam
  2. Wah Nad pergi! Eyja nak pergi tapi tak dapat sebab ada hal. Seronoknya dapat grab ilmu SBB2017! Moga lepas ni Eyja pun dapat pergi. hihihi

    www.blogeyja.com

    BalasPadam
  3. menarik tgk ramai yg join mcm2 ilmu boleh dapat. tak dpt join ritu bz

    BalasPadam
  4. Seronoknyaaa airah pun teringin nak join mcm ni sbb minat sgt blogging

    BalasPadam
  5. wow mmng gigih habis ni dri penang ke KL. salute!
    bestnya dpt buat sharing session dgn blogger2 hebat

    BalasPadam
  6. Bestnya! ❤❤❤ Banyak gila dapat input erh, and thank you for sharing some of 'em here! Dapatlah juga fairuz tau input-input penting pasal blogging yang nad dapat kat sana. 😘💕

    BalasPadam
  7. Seronoknyaa! Tak berpeluang nak pergi sebab hari tu ada exam. Sobs :(

    BalasPadam
  8. bestnyaa dapat jumpa blogger lain plus tambah ilmu..

    BalasPadam
  9. Ana pun pertama kali attend event SBB. InsyaAllah kalau ada lagi akan dtg, mesti join lagi.

    BalasPadam
  10. wahhh dapat join event blogger. tahniah

    BalasPadam
  11. Tak pernah tahu pon benda ni walaupun dah buat blog dari form 5! Adoii. pengisian yg bagus pulak tu. Salute!

    // afifahaddnan

    BalasPadam
  12. waw! tahniah.. mesti seronok kan jumpa rakan2 blogger :) hhehe

    BalasPadam