Alami Kesejukan Ice Cafe Pertama di Georgetown, Malaysia

11:33 PTG

Assalamualaikum Hai.

Ice Cafe, Georgetown. Haritu dok la dapat gambar-gambar orang share kononnya Ice Cafe yang terletak di Georgetown. Kita pun tau Georgetown dah dekat sibuk lah nak singgah. Lepas habis je kelas terus siap-siap nak pergi tengok apa je ada kat Ice Cafe yang diviralkan tu. Cari punya cari memang kecik je pintu masuk dia. Kalau tak tengok betul-betul memang terlepas. Cafe ni terletak di bahagian atas kedai ya.

Ice Cafe Georgetown

Tangga nak masuk ke cafe. Getting colder!☃

Masuk-masuk je korang memang akan terus ada dekat ruangan santai untuk bergambar. Then masuk ke dalam sikit baru lah jumpa dia punya cafe. Quite weird sebab siap ada stick 'cannot take photos unless for Ice Cafe's customer'. Habis dah kalau masuk-masuk terus jumpa ruangan bergambar bukan dia tahu kita ni customer ke tak ye tak? Lagipun memang ramai sangat yang keluar masuk. Agak padat walaupun Nad pergi hari Isnin. Mungkin sebab masih baru kan, so ramai yang nak cuba.

Ice Cafe Georgetown
Ice Cafe Georgetown

Menu dessert di Ice Cafe

Agak mahal bagi Nad compared dengan harga di luar. Tapi hehe dah kalau surrounding kita ice, mestilah nak try jugak kann. And yes, menu dia memang semua dessert je. Air, kek, ais krim dan buah-buahan. Tak banyak menu yang boleh disajikan dengan keadaan yang agak sejuk kan. And Nad just order 2 desserts je.

Ice Cafe Georgetown

Ice Bowl Kiwi + Grape Snowflake
Mango Snowflake

Ice Cafe Georgetown

Ice Bowl Kiwi + Grape Snowflake

Apa yang special tentang menu ni? Dah nak habis makan baru Nad perasan hahahah. Bowl untuk isi snowflake tu diperbuat daripada ais. So lambat lah untuk flake mencair sebab ais tu tolong beku kan dia. Boleh makan dengan tenang.

Ice Cafe Georgetown

Mango Snowflake

Macam yang korang sendiri tengok, snowflake ni termasuk dengan ais krim sekali. Ais krim mangga; sedap. Buah mangga pun fresh dan manis dan sedap. Sedikit keras sebab yelah, letak dekat ais kan. Memang keras sikit. Keras yang sedap.

Ice Cafe Georgetown

Decoration!

What's make a cafe unique? Of course dari segi makanan dan decoration dia. Setiap cafe memang akan ada konsep yang berlainan dan unik bagi menarik pelanggan. Untuk cafe ni, almost 100% eh ke memang 100% ais. Rasanya memang 100% ais lah. Sejuk lain macam. Kalau yang tak tahan sejuk tu lebih baik pakai baju tebal sikit 😂

Ice Cafe Georgetown

Ice Cafe Georgetown

Ice Cafe Georgetown

Ice Cafe Georgetown

Kalau musim salji mesti wajib ada snowman dan rumah igloo kan. Yayyy. Boleh jumpa giant snowman dan first time Nad dapat masuk rumah igloo 😋 Dalam rumah igloo tu siap boleh konon-konon macam tengah bakar ikan. Teringat cerita cartoon Pingu. Memang sama lah keadaan sebenar pun. Boleh jugak buat-buat macam kita dah beku dalam ais, ada katil ais dan bermacam lagi lah. Janji korang pandai bergaya dekat setiap ais-ais yang disediakan. 

Ice Cafe Georgetown

Partner in crime 💕

Ice Cafe Georgetown

Pintu masuk dan keluar yang sama. Korang kalau dah lalu sini, jangan confuse. Korang masuk ke cafe yang betul lah tu. Nad masa memula confuse sampai keluar balik. Then dah tanya pekerja dia kat luar baru yakin dan masuk balik semula.


Ice Cafe, Georgetown

Facebook : Ice Cafe
Business Hour : Everyday 10.30am to 10.30pm
Address : 193, Lebuh Victoria, Penang 

You Might Also Like

13 ulasan

  1. unik dan menarik tempat ni.

    BalasPadam
  2. Pada yang kuat sejuk ni mmg enjoy je lah kan Nad :) bila tgk ni pun mmg unik sangat

    BalasPadam
  3. cantiknya tempat ni.. plus, mango tu mengiurkan laaaaaaaa.. puasa nih..

    BalasPadam
  4. Menarik jugak konsep cafe ni walaupun harga makanan agak mahal. Kalau menu makanan melayu lagi menarik. Haha

    BalasPadam
  5. Woww!! Kreatif sangat buat cafe ais...baru tahu ada cafe ni..tq!!

    Jemput singgah: http://zaidilina.blogspot.my/

    BalasPadam
  6. unik betul tempat ni! paling rasa mcm woah dgn mangkuk snowflakes tu
    1000\5 dri ais...dtg sini mmng kena pakai jaket rasanya xD

    BalasPadam
  7. Boleh tahan jugak harga dia. Tapi kalau macam ni konsep cafe nya memang nak lah jugak kan pergi. Harga tu tolak tepi dulu. Haahah!

    BalasPadam
  8. ais? wah unik gilaa. nak pergi tapi jauh sangat T_T
    tngah puasa tgk gambar snowflake tu mmg perghhh hahaha

    BalasPadam
  9. menarik tu..nnt kalau gi Penang boleh try cari tempat ni

    BalasPadam
  10. Unik nya and even quite mahal tapi utk those atmosphere, memang berbaloi.

    // afifahaddnan

    BalasPadam
  11. Agak mahal harganya... tapiiiiiii.. konsep cafe ni berlainan sekali. No wonder lah mahal. Kalau Siqah ke Penang, sure kena singgah kafe ni! Best!

    BalasPadam