Trend Tudung Gosok Gosok Wangi iBawal

7:20 PTG

Assalamualaikum Hai.

#gosokgosokwangi iBawal. Sewaktu majlis Sepetang Bersama Blogger 2017, Nad diperkenalkan dengan tudung iBawal ni. First time dengar konsep tudung yang bila kita gosok akan jadi wangi. Eh memang betul tau. Tudung iBawal ni bila kita gosokkan, akan keluar haruman seakan-akan bau bunga. Fuhhh. 

Tudung iBawal

Nad berpeluang untuk cuba dua designs iBawal yay 🙆

Tudung iBawal

Memang exclusif dan unik kan packaging dia

Tudung iBawal

Kalau korang nak tau, material yang digunakan iBawal ialah satin crepe. Sebab tu kita nampak dia macam berkilat sikit. Tapi disebabkan dia juga crepe, so mudah untuk dibentuk di bahagian muka tu. Hasilnya jadi cantik je memandangkan tudung iBawal juga non-slip. Tudung iBawal juga dihasilkan dengan kualiti yang tinggi. Percaya lah, jahitan tudung ni memang kemas, lurus dan teratur. Bagi Nad, tudung ni agak berat dan semestinya tak jarang yang memudahkan kita untuk menggayakannya. 

Tudung iBawal

Tudung iBawal

Close up material

Tidak hanya di Malaysia, tudung iBawal juga sudah mula dipasarkan di negara luar seperti Brunei dan Singapura. Mengenai harga pula, ia memang mampu milik dan berpatutan setanding dengan kualitinya. Harga bermula serendah RM35 hingga RM55 sahaja. 

Tudung iBawal

Nad menggayakan Serena Cattleya Blue - RM42.00

Tudung iBawal

Nad menggayakan Sofeya 2016/2017 Kuda Kepang Iris - RM49.00

Bagaimanapun, sempena dengan raya yang bakal tiba, iBawal memperkenalkan The Soraya 2017 Parfunm Flora & Fauna. Tudung Soraya memperkenalkan bunga tempatan dan tumbuh-tumbuhan yang unik dan tersendiri. Koleksi hijab wangi Soraya ini adalah penghargaan kepada alam kerana tengah menginspirasikan unsur-unsur flora dan fauna. Antara rekaan flora dan fauna yang menjadi pilihan adalah bunga raya, merak, rama-rama, orked dan batik bloom.

Tudung iBawal

Serious tak tipu, untuk koleksi raya ni memang cantik sangat-sangat! Cepat grab untuk cantik di pagi raya.

Tudung iBawal

Hotline : 017-3199 311
Facebook : iBawal
Instagram : iBawal.my

You Might Also Like

9 ulasan

  1. Its so beautiful! lama dah tak pakai bawal, i may grab one of those ibawal some day. :D

    BalasPadam
  2. Menarik dan lawa designnya! Gosokgosok boleh keluarkan haruman wangi. Hebatnya! Siqah jarang pakai bawal tapi suka juga nanye. Mudah dan simple =)

    BalasPadam
  3. kotak dia mmng nampak eksklusif!

    BalasPadam
  4. cantik-cantik designnya. menarik jugak la kreativitnya bila mengeluarkan bau wangi kan

    BalasPadam
  5. cantik tudungnya sama dengan tuan dia !! hee~ kakak pun iBawal-nators.. gittew--

    BalasPadam
  6. tudung sekarang macam-macam trend ada. I'm so tempted

    BalasPadam