Fresh and Best of the Best Quality (BBQ) Chicken

10:00 PG

Assalamualaikum Hai.

BBQ Chicken

Minggu lepas Nad ada makan dekat satu restoran Korea yang terletak di Petaling Jaya. Disebabkan Nad intern dekat Subang Bestari, so agak dekat juga nak pergi berbanding dari rumah. Waktu nak pergi, Nad asyik terfikir yang menu utama dia mesti BBQ Chicken kan and everything will be like"Chicken, Chicken, Chicken".

Lokasi restoran BBQ Chicken ni senang dicari. Nad guna Google Maps je memang jumpa cuma restoran ni agak tersorok sedikit. Dan bila tengok sign board dia, Nad rasa macam familiar. Cuma mungkin selama ni Nad rasa ini restoran Cina (Well, first impression Nad based on the signboard). Ternyata, ini restoran Korea ye bukan Cina 😂

BBQ Chicken

BBQ Chicken

Suasana dalam restoran pun nice dan santai je. Agak ramai juga yang datang restoran ni waktu dinner. Tapi untuk lunch pun boleh je datang. Diorang ada set lunch berbaloi serendah dari RM16.90. Susun atur meja mostly macam gambar di atas. Persekitaran sesuai untuk makan bersama keluarga dan kawan-kawan.

Okay. So Nad nak share antara menu dan hidangan yang Nad sempat rasa waktu pergi ke sana. Total ada 6 hidangan kesemuanya.

BBQ Chicken

BBQ Chicken

Hot-Hot Chicken | RM31.50 dan RM59.90 

Hot-Hot Chicken adalah antara menu yang paling famous di restoran ni. Menu ni ada 2 set (9pcs dan 18pcs). Kalau 9pcs iaitu separuh ayam harga dia RM31.50 manakala bagi 18pcs iaitu seekor ayam harga dia RM59.90. Istimewanya, ayam ni telah di'marinate' dengan bbq Hot & Spicy selama 24 jam. So, ramuan dia memang telah sebati dengan ayam. Bagi Nad yang tak tahan pedas, ayam ni memang pedas. Tapi, yang buat Nad nak tambah lagi sebab dia ada campuran madu (so jadi manis) dan ayam ni rangup! Pedas tapi sedap. How to describe this? 

BBQ Chicken

Kimchi Bokkeumbap | RM17.90 dan 18.90

Just like a normal kimchi. Di bawah kepingan telur tu ada nasi ye. Nasi dia kira macam nasi goreng. Nothing much. Cuma sekali lagi, ayam gril dia sedapppp. Mungkin menu dia memang menekankan kesedapan ayam lah. Untuk menu ni, ada 2 jenis iaitu original barbeque (RM17.90) dan korean charboiled (RM18.90).

BBQ Chicken

Sous-Vide Chicken Salad | RM19.50

Disebabkan Nad tak makan sayur-sayuran, so Nad hanya mampu dengar dari mulut rakan-rakan yang makan sekali heheh. Diorang kata sayur ni semua fresh and still juicy. Tak kering and everything mixed well. Oh, dalam campuran sayur ni ada dada ayam juga. Sesuai untuk yang jaga berat badan tu heheh.

BBQ Chicken

Bulgogi DOL-SOD Bap | RM16.90

I love this one! Pertama sekali, kena gaul rata semua bahan dalam satu mangkuk ni. Ada campuran nasi, sayur dan daging. Tapi untuk menu kitorang, disebabkan daging habis so yang tengah-tengah tu digantikan dengan ayam. All mixed well and nahhh sedappp. Menu ni rasa manis sikit hehe. Yang ni boleh tolong cover balik rasa pedas Hot-Hot Chicken tadi yay.

BBQ Chicken

Paris Wings | RM15.90, RM29.90 dan RM54.90

Paris Wings atau kitorang panggil Gangnam Wings 😂 Disebabkan susun atur dia macam gangnam style tu. Ayam ni datang dalam portion yang kecil sampai lah besar. Untuk yang paling kecil iaitu 5pcs berharga RM15.90, 10pcs RM29.90 dan 20pcs berharga RM54.90. Ayam ni di'marinate' dengan sos Paris sama jugak selama 24 jam. Dan menariknya, ayam di BBQ Chicken ni memang semua rangup-rangup! Menu ni pula agak pedas pedas manis ayam dia.

BBQ Chicken

I'm so sorry tak sempat nak makan yang ini. Tapi Nad percaya, ayam untuk menu ni pun sehebat ayam-ayam yang lain.

Nad kurang sikit dengan makanan ala-ala Korea ni. Satu restoran Korea je yang Nad pernah try setakat ni iaitu Mr. Dakgalbi. Yang lain-lain tu setakat ni belum pernah lagi. Tapi BBQ Chicken memang pun so far so good. Antara menu yang Nad try ni memang highlight di restoran ni. So Nad cadangkan, kalau korang baru first time nak merasa boleh lah try menu-menu di atas.

Setakat ni yang Nad tau, BBQ Chicken ada 14 cawangan di Malaysia (Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak). Antaranya di KL Festival City, Wangsa Walk, Bangsar Trade Centre dan Faber Towers. Tapi kalau korang malas nak bertapak ke restoran, boleh juga order online hanya di kawasan-kawasan tertentu sahaja ye. Malah, charge delivery untuk sesetengah kawasan juga adalah FREE. 

BBQ Chicken

Address : Unit 6A-1, Jalan SS6/6, Kelana Jaya, 46200, Petaling Jaya, Selangor
Business hours : Isnin hingga Jumaat dari 11am hingga 10pm
                           : Sabtu Ahad dari 1pm hingga 10pm
No tel : 03-7803 0330
Facebook : BBQ Chicken Malaysia
Instagram@bbqchickenmalaysia 
Website : http://bbqchicken.com.my/ 

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Selalu teringin nak makan dekat kedai ni tapi tak berpeluang lagi.

    BalasPadam
  2. 1st time saya makan dekat restoran ni, saya try menu yg last tu..sedap.. saya makan nasi tu dengan stew kimchi tu je.then ayam tu makan jadi dessert hahah

    BalasPadam
  3. lapar ar bila nampak gambar makanan..

    BalasPadam
  4. Kedai makanan korea ke... Ingat western... Selalu terpandang dekat mall... Tapi tak rasa nak masuk... Hiii

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/25/pemakanan-untuk-penghidap-cyst-yang-sedang-hamil/

    BalasPadam
  5. penah makan kat times square, ayam dia pedas bagi kita yg tak tahan ni. harga makanan agak mahal tpi rasa dia sedap jugalah

    BalasPadam