Movie Review : Atomic Blonde

12:48 PTG

Assalamualaikum Hai.

Atomic Blonde. Yayy. Cerita ni baru je keluar semalam. Tapi Nad dah tengok premiere screening Atomic Blonde ni hari Selasa haritu. Thanks to Yes4G Nad ada menang giveaway yang dianjurkan di facebook diorang. Kira bernasib baik lah dapat menang ni. Walaupun haritu RM1,000 terbang kena bayar ke Yes (Yang ni kita cerita next post ya).

So Atomic Blonde ni. Waktu memula menang haritu Nad curious jugak lah cerita pasal apa sebenarnya kan hahah. Entah best ke tak ni. So nak tau jugak, Nad pun pergilah tengok di TGV One Utama gigih ni dah menang punya pasal kan hehe.

Atomic Blonde

Sinopsis Atomic Blonde

Cerita bermula apabila James Gasciogne (Sam Hargrave) iaitu agent M16 kena bunuh oleh Yuri Bakhtin, ahli KGB disebabkan dia ada The List. Dalam The List tu, ada senarai nama-nama agent yang masih aktif di Soviet Union. So now, Bakhtin yang ada senarai tu. 

10 hari kemudian. Lorraine Broughton (Charlize Theron) ayng merupakan top agent untul M16 telah diarahken ake Berlin untuk menyiasat tentang kematian ahli M16 tu dan dapatkan semula The List. Sampai je kat Berlin, identiti Lorraine dah terdedah apabila dia disambut dengan ahli KGB. Lepastu baru Lorraine jumpa main contact dia dekat sana, David Percival (James McAvoy) yang akan bantu dia dengan kehilangan The List. Lorraine juga ada contact dengan agent dari France, Delphine Lasalle (Sofia Boutella) tentang penyiasatan ni. 

Lorraine mula rasa curiga bila dia rasa banyak rahsia David tak bagitahu. Dan Delphine juga ada bagitahu rahsia tentang David. Selain tu, Spyglass pernah tengok The List dan dia hafal semua nama yang ada. So Spyglass juga kini jadi buruan yang akhirnya terbunuh. 

Setelah lama menyiasat, baru lah Lorraine tau sebenarnya dia dah pun diperangkap oleh David yang juga merupakan penjahat sebenar, Satchel sejak dari mula lagi. Lorraine cuba selamatkan Delphine sebab pernah bagitau rahsia David tapi David lebih pantas untuk bunuh Delphine. Akhirnya, Lorraine dapat bunuh David ke tak? Hehe.


Atomic Blonde

Atomic Blonde

Oh oh, selain Nad menang ticket premiere screening Atomic Blonde ni, Nad juga ada menang tshirt ekslusif Atomic Blonde hehe yeayyy. Setahu Nad, tshirt ni takde dalam list hadiah, tapi time collect ticket ada dapat jugak. Alhamdulillah lah kan. Disebabkan Nad datang ngam-ngam je timing, so lepas collect ticket Nad terus masuk hall. Tak sempat nak bergambar sangat pun huhu.

Atomic Blonde

Atomic Blonde

Director : David Leitch
Duration : 1 hr 55 mins
Genre : Action

You Might Also Like

7 ulasan

  1. hahahah tak suka ending dia sebab james mcavoy mati!!!! spoiler alert!!!!
    since sekarang tadak cerita best so, bolehlah kalau nak layan cerita ni. masih tunggu justice league!!!

    BalasPadam
  2. Macam best je ni, lepasni nak tengok la. Jemput baca review Ghost House.

    https://adeliazahrah.blogspot.my/2017/08/movie-review-ghost-house-2017.html

    BalasPadam
  3. masa g GSC hari tu perasan gak poster ni, tapi end up tengok The Dark Tower. Best! tak sempat nak tulis review aje lagi :)

    BalasPadam
  4. Bestnya siap dapat baju. haha. Best tak bagi awak?

    BalasPadam
  5. Eh maksud mai best tak movie ni, haha.

    BalasPadam
  6. Alaa....James McAvoy jadi crook?!! Mmm...nak tengok ka tak? Hahaha...akak dah terlepas wayang ni.

    BalasPadam